My photo
Some days are just bad days, that's all. It's sad to know I'm done. Tears come from the heart and not from the brain. The good times of today, are the sad thoughts of tomorrow. Let my soul smile through my heart and my heart smile through my eyes, that I may scatter rich smiles in sad hearts.... - emildzajayy

01 May 2013

♥ setahun dah berlalu laaa ♥


" ku pilih hatimu, tak ada ku ragu. mencintamu adalah hal yang terindah. 
dalam hidupu ku oh sayang. kau detak jantung hatiku.
setiap nafasku hembuskan namamu. sumpah mati hati ingin memilihmu.
 dalam hidup ku oh sayang. kau segalanya untukku.. -ku pilih hatimu"

Hello dan assalamualaikum sayang sayang semua.
Kemungkinan entri aku kali ni agak menyentuh perasaan serta menusuk anak panah.
Dan juga, akan terasa bait-bait madah aku ni.
Sebelum aku meneruskan madah-madah dan amanat-amanat ku ini.
Terlebih dahulu aku minta maaf dan ampun seandainya entri kali ni amat PANAS daripada biasa.
Sebab one day ni, tetiba je aku teringat2 masa lalu.
Tambahan lagi dengan tarikh hari ini. :'D


" Waktu terus berlalu, tanpa ku sedari yang ada hanya AKU DAN KENANGAN.
 Masih teringat jelas, senyum terakhir yang kau beri untukku...-rahsia hati"

Yaa, setahun dah berlalu.
Permulaan MEI kali ni, memang amat terasa kehilangan tu.
Memang teramat lama dah perkara ni berlalu.
Teramat lama.
Tapi aku hairan, kenapa ia masih segar dalam ingatan?
Setahun lalu, aku kehilangan segalanya.
Aku kehilangan kebahagiaan.
Aku kehilangan gelak tawa.
Aku kehilangan diri aku.
Dan aku kehilangan semuanya!
Dalam tempoh setahun ni, macam-macam cara aku dah buat.
Macam-macam benda aku dah lakukan.
Untuk melupakan segala kenangan.
Untuk melupakan segala kepahitan dan kemanisan.
Untuk melupakan siapa dia dalam hidup aku suatu masa dulu.
Untuk membuang segala perasaan yang masih tersisa.
Cuba untuk bahagia dan ketawa.
Dan cuba untuk bukak buku baru.
Tapi semua tu SIA-SIA je aku rasa.
Ternyata semua tu tak dapat nak buang segalanya.
Semakin aku buang perasaan aku, semakin tu perasaan ni hadir.

Bayang-bayang dia tetap aku nampak.
Dan tetap menjadi bayangan abadi buat aku. -,-"
Segala kenangan kat sini semuanya masih jelas.
Kenangan tu banyak sangat, banyak-banyak sangat. -,-"
Kadang-kadang aku cuba tipu diri aku dengan menidakkan semua ni.
Tutup kedua-dua mata ni untuk cuba menidakkan segalanya.
Tapi? Ermmmm... *kedengaran keluhan tu

" sulitku untuk melupakan mu. kerna hanyalah wajahmu. 
yang selalu terbayang olehku setiap waktu...-berharap kau kembali"

Dulu, dialah abang, dialah teman dan dialah sahabat.
Di saat aku susah maupun senang, dialah yang selalu ada.
Kadang-kadang famili ada banyak benda yang dorang nak handle selain aku.
So dialah penyelamat time tu.
Suka duka gembira ketawa sedih keluh kesah kami sama-sama.
Itu yang buat aku ingat dan hargai sampai sekarang.
Even aku ni suka mengeluh, merungut, membentak, dia tetap layan gak.
Even ada masa dia tengah marah ker, sibuk ker, apa ker, dia tak pernah lupa tanya diri aku.
Apa aku buat, dah makan ker belum, cam mana kelas, study pa semua.
Dia terima aku seada nya. -,-"
Siapa aku sebelum nya. -,-"
Dia cuba untuk bahagia dan menceriakan hidup aku.
Dia cuba jaga aku sebaiknya.
Dan pada masa yang sama dia korbankan kebahagiaan dia.
Dia korbankan perasaan dia.
Sampai satu detik tu, aku jadi rasa bersalah dalam hidup dia.
TAPI! Dia cuba jaga hati aku sebaik mungkin.
Dia cuba untuk menjadi yang terbaik.
Dia cuba untuk mencintai sepenuhnya.
Semua tu dia buat hanya untuk aku.
Yaaa UNTUK AKU MASA TU!

"Ku ingin kau berada disisi ku. dalam waktu sukar atau bahagia. oh cinta panjatkanlah minta hamba ini.

Cinta, berikanlah kekuatan, untuk meniti cubaan dariMu. semoga hari kami kembali menyinari, jalan ini..-kembali"

Tapi kenapa aku lepaskan semuanya? KENAPA? -,-"
Takpelah, semua yang terjadi ni ada hikmahnya.
Itu lah yang dia selalu cakap kat aku.
And one more thing, Allah selalu ada untuk insan yang sentiasa bersabar.
Tak pernah aku lupa semua nasihat dia.
Semua yang aku buat ni demi kebahagiaan dia sebetulnya.

And now.................................
Aku bukan siapa-siapa dalam hidup dia lagi.
Aku dah tak penting lagi.
Hati dia bukan untuk aku lagi.
Hati dia dah termiliki sekarang. :'D
Cukuplah aku melihat dia tersenyum dan bahagia.
Cukuplah dia disayangi seseorang yang boleh menghargai dia.
Aku tak cukup sempurna untuk menjadi seorang yang terbaik dalam hidup dia.
Dia berhak untuk pilih kehidupan dia yang lebih baik.
Aku akan tetap tersenyum dengan apa jua yang dia pilih dalam hidupnya.
Aku akan sentiasa doakan yang terbaik buat dia.
Dia selalu dalam doaku.

" dan jika, dia lebih dari ku. lebih baik untukmu. 
ku bisa terima... -kau harus terima " :')

Memang ku akui, selepas dia pergi, memang takde teman ketawa lagi.
Takde teman nak meluah.
Takde teman nak bercerita.
Takde teman nak mengadu.
Takde teman untuk gaduh-gaduh manja.
Tapi aku kena terima hakikat tu.
Semua tu dah takde.
Dah hilang.
Dan takkan kembali lagi. Kan....

" Selepas kau pergi, tinggallah disini ku sendiri.
Ku merasakan sesuatu, yang telah hilang di dalam hidupku...-selepas kau pergi"

Hati ni tak pernah mengharap apa-apa lagi dah.
Cukuplah dengan quota 4 kali tu aku cuba selama ini. *sebak masa tu
Jawapan tetap sama.
Apapun, cukuplah dengan menanti dan terus menanti.
Sampai satu masa aku jumpa jawapan yang sebetul2Nya dan kepastianNYA.
Aku tak kisah kalau aku tak kecapi kebahagiaan masa ni.
Cukuplah juga untuk aku tengok dia bahagia. :D
Cukup oke, jangan paksa oke, jangan paksa!! *dialog Nabil Raja lawak

" seandai kau tahu, apa yang ku mahu. mahukah dirimu? tuk mendekatiku? dan aku tak bisa.
memaksa dirimu. walau dalam tidur. ku kan menantimu hingga akhir nanti...-sofea jane"

Babe! Setahun dah babe.
Lama sangat dah tu.
Takkan takde niat nak bukak buku baru?

Bukan aku taknak bukak buku baru.
Cuma belum masa.
Hati tak boleh dipaksa.
Kalau dipaksa pasti takkan baik.
Pasti semua akan jadi hancur!
Segala kenangan dengan dia tu amat berharga dan ternilai dalam hidup aku.
Aku tak mampu nak gantikan semua tu dulu.
Aku rasa bersyukur sangat, dia pernah hadir dalam hidup aku dan sentiasa buat aku bahagia.
Biarlah jodoh tu datang sendiri.
Kalau ada, adalah. Kalau takde, takpe.

" tak pernah ku mencoba, dan tak ingin ku mengisi hatiku dengan cinta yang lain.
Kan ku biarkan ruang hampa di dalam hidupku...-rahsia hati"

Aku bukan yang terbaik untuk mencari yang terbaik dalam hidup seseorang.
Teramat banyak kekurangan dalam diri aku ni.
Teramat banyak!
Aku takkan membahagiakan diri aku ketika hati tengah kecewa.
Yang itulah paling sakit sekali kat dunia ni taw!
Time kecewa tu, biarlah diri ini tenang dulu.
Bila segalanya dah okey, inshaaAllah, ada juga kebahagiaan nanti.
Jangan tersalah langkah.
Hidup ni sekali jeee.
Pengalaman mendewasakan kita juga.
So sabar dengan apa yang mendatang.
Kita tak taw apa akan jadi kat kita lepas 5 6 7 tahun dari sekarang.
So tak yah gelojoh sangat. Hehehe

" aku tahu dimana nak cari cintamu. disini tak mungkin mengalah dengan apa yang mendatang.
yang ku tahu, ku cuba terbaik untukmu yang indah jadikan kenangan yang luka perbetulkan...-begini caranya"

Aku akan simpan kenangan dia sampai bila-bila.
Kenangan yang teramat manis dan indah pernah aku kecapi suatu masa dulu.
Tak maw ganti, tak maww!!!!
Biarlah ia terganti dengan kenangan lain dari yang lain.
Kenangan yang tak mungkin sama dengan kenangan ketika bersama dengan dia.
Itupun kalau aku mampu. KALAU MAMPU. *rasanya aku takkan mampu

"aku bukan lemah tanpa cinta, hanya tidak mampu sendiri tanpanya.
biarkan aku menangis kerna derita. dia hadir memutarkan mengajar aku erti cinta. 
namun semua tidak seindah ku sangka... -dejavu" 

UNTUK DIA *aku tak taw la dia taw ke tak entri ni :

" Terima kaseh untuk segalanya. Yang pernah kau beri. 
Amat ku hargai. Semua ku simpan didalam hati... -terima kasih"

Thanks for the memories too.
Awak tetap terbaik dan terhebat dalam hidup saya.
Sebab tu sampai sekarang saya tak mampu nak cari pengganti dalam hidup saya.
Btw, saya minta maaf. 
Saya taw, awak tak suka bila kita ingatkan sesuatu tarikh tu.
Dan menulis segalanya pasal ini.
Takpelah, menulis dan membicara tentang awak dah cukup buat saya tersenyum sekarang.
Saya nak awak happy dengan dia.
Saya selalu doakan kalian berdua.
Hati awak memang untuk dia dari dulu kan?
Dia beruntung dapat awak.
Jaga dia baek-baek.
InshaAllah, awak pasti bahagia dan tersenyum.
Sebab saya taw, awak cari yang boleh buat awak terasa dijaga dengan sempurna.
Dan sentiasa memahami dan terima siapa awak.
InshaAllah.
Ameenn... :')

" ku anggap selamanya tak pernah berubah, kasih dan cintamu teguh untuk aku. 
namun bukan aku akhirnya cintamu. ini takdir engkau milik dia.
biarkan hati ini, merawat luka nya sendiri. membuang cinta lama terbenam dalam hidup ini... -cinta kaseh"

* lukisan kat bawah ni, tetiba je buat aku teringin nak lukis. SORRY. 


*kini hanya tinggal kenangan, hanya waktu menentukan kita kan bersama*

" hidup ini tak seperti yang kita harapkan. Ketika kita mencari bahagia, ia seakan jauh meninggalkan kita. Tika kita ingin melupakan kedukaan, ia seolah-olah semakin kerap mengekori. Siapa kita untuk menolak setiap yang ditentukan-Nya? Siapa kita untuk berasa lebih kuat daripada Dia? Ada waktu-waktunya, aku seperti tidak percaya melalui saat melukakan itu. Mengenali kau merupakan kenangan pahit dalam hidupku. Namun disisi lain, aku melihatnya sebagai saat terindah yang tak mungkin dapat aku temui lagi sampai bila-bila. Begitu pun, menulis dan menyebut nama mu di kejauhan begini masih menjadi perkara terbaik yang tetap akan aku lakukan untuk selamanya. Moga ada waktu untuk kita bertemu. Moga ada ruang untuk kita berbicara.. Ku biarkan rindu berlalu.... "

Tersenyum bukan bermaksud bahagia. Bersedih bukan bermaksud kecewa. Tapi ia hanya sebahgian daripada kehidupan. Bahagia itu hanya menutup jalan derita dihati. Dan aku pasti, suatu hari nanti bahagia yang dicipta dengan penderitaan ini menjadi  kebhagiaan yang terindah dan abadi disii Allah. Ameen.. -emildzajayy

P/S : takde niat nak buat entri macam ni. Minta maaf kalau ada pihak yang marah. Ini pun dah cukup membuat aku bahagia walau perlu begini. Hanya luahan hati yang dah lama sangat terbuku. Pendam sorang2. Dah lama jugak tak buat entri merapu macam ni kan. Hehehe btw, tadi pergi airport, kalau nak taw, aku tersentap. Airport ni lah aku tunggu dia berjam-jam sampai ke Kuching dan temankan dia sehingga dia masuk kapal terbang. :'D

" Rasa takut kehilangan mu, kini menjelma menjadi nyata. Ku tak bisa menghindar,
 MUNGKIN CINTAKU TELAH USAI...-lara hati"

Dengan lirik lagu kita dapat bagitahu segalanya.
PEACE................ :'D *senyum dalam kegembiraan ni!
Salam maaf permisi. Ku undur diri.



♥ hidup ini indah tapi tak seindah surga. ingatlah Allah sentiasa ada untuk kita. Amin :') ♥

12 comments:

Faeytynn Zayn said...

pandai akak lukis,lukis saya boleh? hihihi :D

Rayna Ziqdhiyafi said...

feeling jap ^^,..susahkan nak lupakan kenangan lalu..kenapa kak nak shout xblh yer??

Rayna Ziqdhiyafi said...

ok, dh blh..line prob kot td..^^,

Nurhasnatul Nabila said...

ohhh so touch!
mydear jgn sesedih ea.. allah sentiasa ade utk kite.. sabar.. be strong!

Emildza Jayy ♥ said...

boleh je dek. :D

Mira said...

hehe comelnya lukisan :D

Nurul Husna said...

be sstrong ye kak emel. :') nice lukisan tuu :D

Nasuha said...

Semoga akk snti d berikan kekuatan dlm mghadapi setiap liku2 kehidupan..

Nurrul said...

sabar...
anyway , cantik lukisan tu :)

tenku butang said...

cantik lukisan tu yunk..
hai yunk.. salam kenal yea..

done follow sini.. jom follow blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

AiSyA LiEzA said...

cntik lukisan... biarkan kenangan lalu mjadi memori y terindah utk persinggahan y lepas... :))

Ryn Inutl said...

Sabar dear , Kenangan kadang2 memang susah nak lupa , :)