My photo
Some days are just bad days, that's all. It's sad to know I'm done. Tears come from the heart and not from the brain. The good times of today, are the sad thoughts of tomorrow. Let my soul smile through my heart and my heart smile through my eyes, that I may scatter rich smiles in sad hearts.... - emildzajayy

26 May 2013

♥ bila hati menangis ♥



Assalamualaikum.
Entri kali ni mungkin agak menyentuh perasaan.

Kadang-kadang, apa kita rasa ni tak semua orang rasa kan?
Kadang-kadang, apa yang kita harapkan tak semua kita dapatkan?
Kadang-kadang, apa yang kita cuba gembirakan tak semua nya membahagiakan kan?
Bila kita cuba selami lagi hati ni, rupanya ada satu benda yang masih tersisa.
Iaitu perasaan masih mencintai.

Perasaan yang sukar untuk diungkap.
Perasaan yang hadir tanpa diduga.
Perasaan yang menyakitkan.
Perasaan yang menyedihkan. 
Perasaan yang membencikan.
Dan perasaan yang paling sukar untuk dibuang adalah perasaan yang masih tersisa.

Kenapa masih tersisa? Kenapa ekk?
Kadang-kadang aku tanya diri aku. Kenapa?
Kadang-kadang aku terfikir, aku juga berhak bahagia.
Tapi kenapa? Kenapa perasaan ni ada lagi?
Kadang-kadang aku cuba nak buang.
Tapi aku tak boleh.
Aku betul-betul tak boleh. 
Perasaan ni masih terindah bagi aku.
Terindah sangat.
Mencintai seseorang dari jauh pun dah cukup buat aku bahagia. :')

Kalau orang tanya, bila nak cari peganti? *perlu ker soalan ni
Jawapan aku ringkas dan padat je.
" tak sedia dulu dan tak nak fikir lagi "
Tak mudah nak cari pengganti.
Tak mudah nak ganti kan semua kenangan tu.
Kalau dimata ni asyik nampak bayangan dia je kan.
So bagi aku tak mudah dan terlalu sukar.

Kalau dia bahagia, aku turut bahagia.
Kalau dia tersenyum aku turut tersenyum.
Itu dah cukup bagi aku selama ni.
Aku tak boleh nak ambik dia lagi.
Aku tak boleh nak paksa dia lagi.
Dia milik orang lain.
Dia sayangkan orang lain.
Hati dia buat orang lain.
Bukan untuk aku lagi.
Itu yang aku selalu aku ingatkan kat diri aku sendiri.
Dia bukan milik aku lagi.
Bukan lagi mel.
Ko kena taw, dia bukan milik ko lagi.

Aku tak taw la, kenapa aku buat entri ni.
Nak diluah mati mak, nak ditelan mati bapak. *betul ker ni?
Takde motif untuk aku buat entri ni.
Sebab apa yang aku rasa ni, dah lama sangatttt benda tu berlalu.

Okeylah, nak chaw dulu.
Layan konsert kotak, tendangan dari langit.
Tak sangka pulak, aku dapat tengok gak kat tv! 
Apapun, lagu yang sampai sekarang ni aku suka alunkan.


Hening malam ku sendiri
Bintang bulan ku pandangi
Hari-hari ku lewati

Kenangan indah dengan mu

Masih terasa di hati
Rasa sedih tak bertepi
Tak ada cinta sejati didunia ini

Mungkin kau tercipta tuk pergi
Meski bayangmu di benak abadi
Saat ini dirimu telah pergi
Berdiri menanti kau kembali

Mungkin kau tercipta tuk pergi
Meski bayangmu di benak abadi
Saat ini dirimu telah pergi
Berdiri menanti, Berdiri menanti
Berdiri menanti kau kembali
Bayangmu kan abadi
Meski kau telah pergi
Disini ku berdiri
Menanti kau kembali....


* bayangan abadi - kotak
Bila la dapat dengar orang bawa lagu ni lagi kan. :'D






♥ hidup ini indah tapi tak seindah surga. ingatlah Allah sentiasa ada untuk kita. Amin :') ♥

4 comments:

ejulz said...

iboh sedih2.. :)

kacang buncis said...

pandai karang ayat...hehehe penah jadi pensyair ke?hihihi

Emildza Jayy ♥ said...

ejulz, sik sedih. sad jak
kacang buncis : nice name, btw, tu buka karang, tu mmg dr hati. :D

Nies alhaQ said...

Sabar ya emel. In shaa Allah, dengan sabar itu Allah akan hadiahkan kemanisann yang berpanjangan nanti. :')