My photo
Some days are just bad days, that's all. It's sad to know I'm done. Tears come from the heart and not from the brain. The good times of today, are the sad thoughts of tomorrow. Let my soul smile through my heart and my heart smile through my eyes, that I may scatter rich smiles in sad hearts.... - emildzajayy

07 May 2013

♥ 7 perhentian yang meyedihkan atau menyesengsarakan ♥


Assalamualaikum dan selamat malam yee wahai blogger2 dan stalker2 sekalian.
Korang dah solat belum?
Dah makan ker belum ni?
Tengah buat apa pulak tu?
Btw, macam mimpi je kan aku merajinkan diri nak buat entri baru hari ni.
Entri kali ni mungkin memberi sedikit PENGAJARAN DAN IKTIBAR untuk korang. *kotlerrr

Hari ni memang memenatkan dan memeningkan kepala.
Tapi apapun, aku laluinya dengan penuh kegembiraan.
Even kegembiraan tu jelas terpancar diwajahku yang tengah sakit ni.
Oke, kita straight forward je laa. HAHAHAH *berpantun pulak dah
Hari ni aku p jalan-jalan.
Bukan sebarang jalan-jalan aku p ni.
Daripada TABUAN (Kuching Sarawak) aku BERJALAN KAKI sampai ke BANDAR KUCHING!
Amacam best tak? *rasa best kann

Actually, aku memang suka jalan kaki macam ni.
Memang dah biasa sangat laaa.
Tapi yang menggemparkan, boleh lagi aku berjalan sejauh tu. HAHAHAHA *gelak2 tapi hati Tuhan je taw
Aku gtaw la kat my mum, memang dia suprises sangat laa.
Biasanya dia tak suprises cenggitu, cuma kali ni jee.
Sebab boleh lagi aku berjalan sejauh tu.
Imagine je korang, kawasan THE SPRING (Kuching Sarawak) tu!!
Mana taknyerrrrrrrr dia suprisessssssss!

Sepanjang perjalanan tu, memang banyak kali aku berhentilaa.
Rasanya mungkin dalam 7 kali kot perhentian yang menyedihkan atau menyesengsarakan?
Bukan sebab letih atau sebab apa.
Nak taw kerr??? JENG JENG JENGGG!!! SEBABBB!!!

1. PERHENTIAN SATU
Aku berhenti time ni baru je 20 langkah, gara-gara aku terserempak dengan anjing yang memang pada waktu tengah laparrrr. Tengok je aku, terus masing-masing angkat muka. Imagine je korang time tu keadaan aku yang tengah takut gilerr! Even anjing tu besar kecik besar kecik je aku tengok!!! Nak tak nak aku kena stay cool kat sana dulu dalam 10 minit, baru lah anjing-anjing tu nyahhh dari situ! HAHAHA *bukan apa, aku trauma sebab pernah kena kejoorrr anjing masa dulu.

2. PERHENTIAN DUA
Perhentian kedua, lepas je kes anjing tu, aku teruskan perjalanan yang betul-betul menggembirakan tapi disudut hujung ulu hati aku ni tersimpan seribu kesedihan. *nanti aku ceritakan
Sambung balek kisah aku, time berjalan tu, aku tiba2 je berhenti! Bukan sebab aku penat ker apa, tapi memang time kena berhenti jugak! Kalu orang lain pun kena berhenti gak. yela, nak lalulintas, kena la behenti. Kang ko jalan je terus tak pasal2 keluarga ko pulak makan free 7 hari 7 malam! HAHAHAHA time tu aku kena ambik masa 15 minit berdiri sorang-sorang bawa payung sampai jalan-jalan betul2 clear, barulah aku melintas. BETUL-BETUL mencabar keimanan! Sebab kereta tak putus-putus berjalan. *aik?Berjalan ker? Bergerak ek? LANTAKLAAA!

3. PERHENTIAN KETIGA 
Perhentian ke 3 ni paling aku gelak habis!!! HAHAHHAHAAH *aku gelak duluuuuu
Bukan apa, bukan sengaja untuk berhenti, ko gilerr ker nak bagi aku berjalan sebelah ORANG GILA yang time tu tengah kacau orang lalu lalang. Kang tak pasal-pasal, penumbuk sebiji aku bagi kat orang tua tu kang! *macam la kuat sangat kannnn  Ala, aku hormat dia baaa. So aku bagi dia layan dan kacau budak lalu lalang kat sana. Baru lah aku teruskan perjalanan aku. Nasib baik time tu aku kat sebuah kedai kat tepi-tepi jalan. Tak la pelik sesangat kalau sesorang je kat jalan raya kann.

4. PERHENTIAN KEEMPAT
Lepas je dari tahanan orang gila tu, aku teruskan perjalanan dengan membawa payung di kanan aku, dan handbag dikanan aku. Sambil bernyanyi-nyanyi kecil, tah lagu apa aku bawa saja untuk hiburkan hati. AKu berhenti lagi! Kali ni aku berhenti bukan sebab penat gak! Sebab aku betul-betul sesak nafas! HAHAHHAHA Sesak nafas gara-gara jalan yang aku lalui itu, CEWAHH!! Penuh dengan pasir dan batu-batu konkrit dimerata-rata jee. Yela, lalu kawasan pembinaan memang begitu kan. Nak tak nak, aku kena berhenti dulu, sebelum kereta kuning yang ada cangkul tu lalu. Barulah aku lintas kawasan tu. Hehehe

5. PERHENTIAN KELIMA
Perhentian kelima kali ni, memang dah kat bandar kuching dah. DiTENGAH TENGAH BANDAR KUCHING SARAWAK! Aku berhenti kejap, sampai ada budak sekolah yang lalu lalang tepi aku tengok2 aku. *mungkin dorang ingat aku ni orang gila kot   Mana tak gila, cakap sorang-sorang! Yela, alang-alang dah kat tengohhh bandar, so aku memang ada dua pilihan time tu, nak ker PLAZA MERDEKA terus ker, nak ke SARAWAK PLAZA. Bila aku fikir-fikir balik, jauh sangat kalau aku teruskan ke SARAWAK PLAZA, so dengan keputusan yang ada ditangan sekarang, aku pilih untuk ke PLAZA MERDEKA! HOHOHOHOHO *ketawa jahat macam shin chan

6. PERHENTIAN KEENAM
Sebelum aku menerukan perjalanan, tiba-tiba pulak HP ku berbunyi. Nasib baik aku alert time tu. Tengok je nama, hoo, diaaa. Adik aku rupanyerrr. Mintak tolong p reload no dia. Nasib baik gakla, kawasan tu memang kedai-kedai yang berderet-deret. *adeh KLMJ siotttt masa tuuu. Tapi aku buat tak taw je, dan teruskan perjalanan untuk p singgah kedai relod dan sempat gak la aku rehat bersama kit kat, minum2 apa yang patutt. Padahal, PLAZA MERDEKA tuu haaa depan mata dahhh. HAHAHAHA

7. PERHENTIAN KETUJUH
 Dan perhentian TERAKHIR BAGIKUUUU. Plaza merdekalah. HAHAHAA ITU JE PUNNNN.   :D


PENGAJARAN DAN IKTIBAR aku dapat :

Betul orang cakap, bila kita sedih, bila kita susah, tak semua orang sanggup berada disisi kita.
Sebab tu adakalanya kita perlu memikirkan kebahagiaan kita dulu.

Hari ni memang aku terasa habis laaa.
Macam ni kan perasaan bila kita perlu buat sesuatu sorang-sorang tanpa sapa pun yang sudi meneman.
Mintak teman pun, macam-macam je alasan.
Bila dah disuak DENGAN DUIT! LAJU JE KAKI DAN TANGAN MEMBANTU!!!!
Memanglaa orang cakap, kat dunia ni takde yang free, masuk toilet pun kena bayooorr.
Tapi fikirlah sejenak, siapa kita disisi korang semua.
Masa ni orang lain susah, kita bantu.
Mana taw, satu hari nanti, ko yang susah, jadi masa tu aku pun bole bantu.
Kadang-kadang aku tak suka persoalkan susah senang dalam hidup ni.
Sebab bagi apa yang aku buat tu memang ikhlas dari hati.
Cuma kadang-kadang, ada certain perangai orang ni memang buat hati bengang dan berang jugak!

" Pelikkan aku ni, lesen P kat dompet.
Padahal, bila-bila je boleh bawa kereta..."

Tapi tak semua benda kita nak tu kita dapat.
Tak semua benda kita rancang tu akan terjadi.
Memang banyak rahsia hidup yang kita kena pendam kan dan rahsiakan.
Walau hilang satu kawan, tak bermaksud ko hilang semua kawan.
Allah tetap ada.
Dia mendengar doa orang yang teraniaya. Hehehe
Aku taw, ada yang terbaik dalam hidup aku walau bukan sekarang.
Hadapi dengan senyuman, semua yang terjadi biar terjadi!

Btw, aku sempat gak beli barang tadi. HAHAHA
Ni je yang aku beli, sebab tudung aku dah kehabisan stock! :D


Takde yang sudi nak bagi tudung.
So aku beli sendiri je laa. HAHAHAAh *kesiannnn
Btw, aku dah baca setengah dari buku tu.
Best gakk.
Actually, aku cari buku JANGAN BERSEDIH.
Tak jumpa.
Ada jumpa, tapi tebal sangat.
Aku nak yang tipis sikit, yang senang dibaca.
Apapun, buku kat atas tu, yang buat aku terpikat, perjalanan kita di alam barzakh.
GERUN DAN MENAKUT!

Aku nak kongsikan satu mimpi yang sampai sekarang aku tak bole lupa.
Aku lupa tarikh dia bila dan jam berapa.
Mimpi tu, aku terdengar satu bunyi. (macam bunyi trompet)
Dan aku nampak laa orang sekeliling lari lintang pukang macam nak selamatkan diri jee.
Ada satu suara tegur aku, dia cakap "dah tiba masanya"
Memang masa tu aku gerun sangat-sangat.
Aku nampak kereta berterbanganan.
Pokok-pokok rebah.
Kanak-kanak menangis.
Saat tu lah aku cari keluarga aku tak taw kemana dorang pergi.
Dan sampai satu saat, aku sempat text seseorang.
Aku masih ingat ayat tu.
Aku taip.RAHSIAAA!!   *jangan pelik! Ni kisah benar!!!
Aku memang masih ingat lagi bunyi trompet tu!
Dengan keadaan yang huru hara.
Tup-tup tadi aku baca buku tu, aku terbukak satu ayat. 
Serta merta mimpi aku tu menjelma, dan membuatkan aku ingin nak kongsikan serba sedikit.
Even orang cakap, mimpi tu mainan tidur kann.
takpe, untuk iktibar jeee. 
Buat aku dengan yang lain.
So ayat dia macam ni :

" pada suatu hari, dibunyikan sangkala (trompet) maka terkejutlah orang yang dilangit dan dibumi, kecuali orang yang dikehendaki Allah. Semuanya datang kepada Allah menghinakan diri.." (An-naml: 87) "

Aku harap ia sebagai satu iktibar atau pengajaran buat aku dan kawan-kawan yang mebaca ni.
Assalamualaikum.......... Peace :D


♥ hidup ini indah tapi tak seindah surga. ingatlah Allah sentiasa ada untuk kita. Amin :') ♥

6 comments:

Nies alhaQ said...

Nice entry. Sesuai la 7 perhentian akak tu dgn buku yg akak beli tuuuu. Hihihihi

Anyway, jaga2 dgn mimpi, mungkin itu juga sbg petandaaa/ilham dr Dia.

Keep it up sis!

AiSyA LiEzA said...

hek3.. cm cite 7 perhentian lak... wowww.. rjinnyer akk jln kaki..kalau adik mmg xlaa... ahhaa..betul3.. kawan masa susah sukar di cari.. rmai kwan duit je skrg..ngeh3.. tapi kalau dpt y betul2 sggp berada lam susah n senang... mmg bestt!! hek3... :3 berapa lama anjing tu nak pergi?? ahhahaha xD

Emildza Jayy ♥ said...

Hahaha! Anjing tu boleh bertahan 10 minit je dek, sebab tuan dia time tu jugak ada. Itula senang.

Emildza Jayy ♥ said...

Yup, itula akak kena waspada sikit kan. =))

Nies alhaQ said...

Gooood! =)

Piranti Sakinah said...

hay :D Salam persahabatan