My photo
Malaysia
Having a great name is wonderful feelings i ever had. Nurul Emildza Binti Jaya. Born on May 1991. Live at Kuching Sarawak. Borneo blood. Mix bidayuh malay. Having a suck life but still make it wonderful. No one knows what she's feelings until they know her. If they know. If only the knew the truth. But not inside. the best word for describe her " AKU TABAH BERJALAN SEMBUNYIKAN HARAPAN..." - xoxo

27 April 2013

♥ aku tersenyum bila kawan bahagia ♥



Hai, assalamualakaikum kat korang.
Actually, aku malas nak buat entri for this week.
Tapi memandangkan aku terbaca satu post budak.
Yang buat aku terkilan dan sedih serta sentap.
Ya kawan, maaflah kalau terstalker ko lah ye.
Tak terniat dan tak terfikir pun.
Ni gara-gara aku tertengok ko punya picture jee.
Dah alang2 menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.
Btw, im happy for you now.
Ternyata ko tak sia-siakan zaman muda ko sekarang.
And now, aku tengok, ko try untuk bahagia dan tersenyum.
Aku happy bila tengok ko dah jumpa pengganti untuk yang lama ko.
At least, tak la ko sedih sangat dengan atas yang pernah terjadi kat diri ko. KAN!

Yela, nak aku mention kat sini nanti, kang kena sepuk pulak!
So aku biarkan ini suatu rahsia yang takde satu pun taw.
Ala, aku cerita kat sini pun, takde lah yang taw sapa aku ceritakan.
Apapun, aku betul-betul happy kat ko sangat-sangat.
Ko dah try untuk happy, bahagia, and i hope, yang future husband ni,
boleh buat ko bahagia dan rasa sentiasa dihargai. IN SHAA ALLAH!
Lagipun, dah macam-macam cara gak la aku tengok ko untuk cuba bahagia.
Btw, hensem plak mamat yang ko pilih ni kan.
Hensem CANGATTTT-CANGATTT!!!!!
Bertuah lah badan, yela, ko pun apa kurangnya.
CANTEK, LAWA, MANIS, serta CUTE LAGI!
Petik jari pun boleh dapat.
So aku happy sangat-sangat.
Ada gak la hati aku nak try contact kawan aku yang sorang ni.
Tahlaa, masa tak mengizinkan kot.
Dan bagi member2 ku yang lain :
Minta maaf dan ampun, aku takde pun korang still happy gak aku tengok.
Aku happy untuk korang semua.
Banyak pulak plan korang ek? *KANTOI STALKER hahaha

Berbalik ke cerita asal.
Yela kawan, ko happy sekarang ek? *sambung lagi
Baguslaaa, jangan sedih-sedih lagi taw.
Aku salah seorang punca ko bersedih sangat suatu masa dulu.
Sekarang, ko dah jumpa kebahagiaan dan kegembiraan kau.
Hope ko bahagia dunia dan akhirat.
Jangan merasa dikecewakan lagi.
Mana taw MAMAT yang ko pilih ni memang FUTURE HUSBAND ko sendiri.
Kadang-kadang aku rindu korang.
Tapi nak buat cam mana kan.
Ini je termampu aku buat untuk tutup semua luka dan sedih.
Tak yah lah cari facebook aku lagi.
Dah delete habis dah akaun aku semuaaaa. SEMUANYAAA!!
Kesemua akaun FB aku yang pernah wujud tu semua aku DELETE.
Accept MELLDZA INCHIHA.
Tah cam mana masih wujud FB lama ku tu.
Aku lupa lerr, apa email dan pasword dia.
Nasib baik FB tu deactived sekarang.
Btw, nak ke laman web utk FB DELETE?
Kalau nak, aku bagi.
Tapi fikir dua tiga empat kali lah yek.
Takut nanti menyesal kemudian hari.
Yang nak tekad betul2 je ni boleh delete akaun FB Sendiri.
Okey, kalau nak delete jugak, KLIK SINI

Lastly, daripada aku. Dan ucapan yang mungkin ko tak taw kewujudan nya.
Semoga ko bahagia dan sentisa tersenyum macam yang ko harapkan.
Ko nak sangat bahagia macam yang lain.
And i now, ko kuat.
Mungkin dengan bukak buku baru ni, ko lebih rasa bahagia.
Kita tak taw kan.
Lagipun, memang ko dah jumpa jawapan nya sekarang.
So tak yah nak berdalih lagi laaa.
Berpantun-pantun pulookkkk doh!
Tapi aku akan sentiasa dan selalu mendoakan kebahagiaan kawan-kawan aku semua.
Tak kisah la kalau aku belum kecapi kebahagiaan aku sekarang.
As long as, korang tersenyum dah cukup bagi aku.
Bahagia korang, bahagia aku jugak.

So, aku hanya mampu tersenyum.
Dan akan sentiasa tersenyum.
Dan anggap ini satu ujian buat aku.
Aku kena tabah dan redha even perlu pasrah.
Orang tak berada di tempat aku.
So don't judge a book by its cover.
Eh betul ke tu?
Tapi cukuplah untuk aku mendoakan dorang.
Ameen.............


YAA!! SAYA HAPPY SEKARANG!
SAYA HAPPY SANGAT-SANGAT SEBAB KAWAN-KAWAN SAYA BAHAGIA.
BILA LAGI TURN SAYA YE?
Best pulak tengok orang happy dan bahagia sekarang!
Saya pun nak jugaaaaakkkkkk!
Tapi takpelah, saya masih menghargai detik2 yang lama buat masa ni.
Saya senang begini. Sendiri Sepi Diam Sebab mengajar saya untuk terus tabah!
Dan macam mana nak tersenyum dalam kelukaan dan penantian.
Dan sampai satu saat saya betul2 dapat jawapan dan kepastianNya. In shaa Allah.
PEACEEEE............ :'D *wajah gembira ni

P/S : Kawan perempuan yang jauh dimata sekarang. Aku cerita pasal dia la. Happy untuk awak!



♥ hidup ini indah tapi tak seindah surga. ingatlah Allah sentiasa ada untuk kita. Amin :') ♥

23 April 2013

♥ no title I ♥







LUKISAN DI WAJAH TAK SAMA DENGAN LUKISAN DIHATI. 
" aku hanya menuruti, mengikut apa saja hukuman.."




♥ hidup ini indah tapi tak seindah surga. ingatlah Allah sentiasa ada untuk kita. Amin :') ♥

18 April 2013

♥ kisah hantu II ♥


Hai hai hai haiii ahli blogger dan pembaca serta stalkerrr sekalian!
Assalamualaikummmm...
Siapa jawab comel, siapa tak jawab tak comel! *tanak kawan aahhh

Btw, entri aku kali ni kisah hantu BAHAGIAN II !!
Sebelum ni, korang dah baca kan BAHAGIAN I aku?
Kalau belum, nahhh KLIK SINI.
So kali ni, aku tetap dengan dua kisah hantu aku ni.
Satu kisah yang aku alami sendiri.
Dan satu kisah lagi dari member-member aku atau dengan kata lain, aku yang dengar dorang bercerita.
So nak dimulakan cerita, aku ada pesanan sikit !!!

AMARAN KERAS : Ibu mengandung tidak dibenarkan membaca dikuatiri anak akan menyerupai apa yang aku ceritakan ni. Dan kanak-kanak yang berumur 7 hingga 12 tahun tidak digalakkan. Takut dikuatiri, terikut-ikut perangai hantu yang akan aku ceritakan ni. (aku rasa takde kena mengena )

 * cantek pulak baju ni. Mana tempah?

Pengalaman 1 :

Mengikut pengalaman satu ni, melalui pengalaman aku sendiri. So nak di jadikan cerita seram untuk malam jumaat keliwon ni, aku nak hangatkan lagi suasana. Kalau boleh, tolong tutup lampu! Baru serammm nak cerita kann. Btw, ada SATU SOALAN UNTUK KORANG.

Korang pernah tak tinggal sorang-sorang dalam bilik asrama ?

Bagi sesiapa yang tengah dok asrama tu, hati-hati lah yek. TOLONG TUTUP PINTU BILIK ASRAMA KORANG KALAU TIME MACAM NI! Tak mustahel ada "manusia" menyamar menjadi member korang atau orang lain! Aku pernah kena sekali dulu! Time tu JAM 11 ker tak silap aku laaa. Aku pun bukak la besar giler pintu bilik asrama. Tengah aku dok layan mesej pa suma sambil online kann, and the same time gak, aku tunggu member aku dtg laaa. TIBA-TIBA TUUU!!!!! Ada satu budak tu, masuk tak bagi salam pun. Dan tanya........

Budak A :  "KAK, ADA JUMPA KAWAN SAYA TAK?" 

Aku pun terkejut gila babi laaaa. Aku toleh, tak jelas sangat la wajah dia. Sebab masa tu, rambut dia, mak aih. Kalah plak dengan rambut den. Aku jawabla.

Aku:  "KAWAN ADEK BADGE BERAPA? DAN KOS APA? ADEK PLAK? ARAS MANA BILIK ADEK?" 

Tiba-tiba pulak tu dia angkat tangan, aku ingat kan apa dia angkat tangan! Rupanya nak tunjuk bilik dia jee. Time dia tunjuk tu, memang aku gerun laa. KAKU SEMACAM BANGGG!!! Aku pun tengok lah arah dia tunjuk. ARAS SATUUU!! HUJUNG LAGI TU. BELAKANG PULAK HUTAN! WARRRRRGGGG!!! Aku pun tanya lah.

Aku : " ADEK TAK TANYA KER TEMAN SEBELAH BILIK ADEK?" 

Sebab, yang aku mushkil sangat, kenapa bilik aku dia pegi? Sedangkan bilik aku masa tu ARAS 4 BEB! So aku pun pelik la semacam. Last-last dia pun cakap. 

Budak A : "TAKPE LA KAK. BALIK DULU." 

Aku pun jawab. 

Aku : "OKE". 

Blah je dia, member aku pulak masuk. Member aku tegur laa. Noy, ex roomate ku dulu.

Noy : "APASAL PINTU BIARKAN TERBUKAK MALAM MACAM NI?"

Aku pun jawabla dan tanya.

Aku :  "TUNGGU KO LAH TADI. NOY, KO ADA JUMPA BUDAK LALU TAK TADI?" 
Noy : BUDAK MANA PULAK MALAM-MALAM MACAM NI MEL? JANGAN NAK PSIKO BOLEH TAK?" 

Aku pun BLURRRLAH! Aku ceritalah semuanya kat Noy. Noy pun was-was jugak. Sebab memang dia tak jumpa siapa-siapa. Apalagi, aku pegi lah ajak Noy ke bilik budak tu tunjuk tadi. Sampai je aras satu. Aku ketukla, takde jawapan pulak. Bila tengok, lampu terbukak. Last2, budak bilik sebelah kuar dari bilik. Aku tanya lah dia, siapa punya bilik ni. Pada masa yang sama, tuan punya bilik pun tengah study group kat bilik sebelah tu. Dia pun kuar. Tunjuk diri dia. Aku pun blur, sebab bukan budak ni yang jumpa aku. Aku tanyalah dia. 

Aku : "DEK, ROOMATE ADEK MANA?"
Budak B : "ROOMATE SAYA BALIK RUMAH KAK. KENAPA EK?"

Masa tu, aku dengan Noy berpandangan. Terus kitaorang mintak diri. Jiwa kacau jugak laa aku masa tu. Yela, suspen beb! Korang dapat imejin tak? Siapa budak yang tegur aku tengah2 malam macam tu? So, dengarlah NASIHAT KU INI :

JANGAN BIARKAN PINTU BILIK ASRAMA ANDA TERBUKA DI TENGAH MALAM. TIME TU APA-APA BOLEH JADI MAAAA............................

Pengalaman 2 :

Ni kisah tentang member aku laaa. Tak taw laa seram ke tidak. KISAH PASAL ASRAMA JUGAK NI! Kebanyakkan nya aku tengok laa, kisah hantu ni banyak terjadi di kawasan asrama je kan. Mungkin laa ada yang tak pernah mengalami. Tapi bagi yang pernah mengalami tu, memang akan mempercayai jugala WUJUDNYA MAKHLUK LAIN NI. Nak dijadikan cerita. Actually, ni cerita member kepada member aku. Member aku yang cerita ni nama dia BED. Dan member dia punya pengalaman ni, tak taw la pulak namanyaa. Takpelaa, tu tak jadi hall.

Cuti mid-sem bermulaaa. Member Bed yang dikenali Al ( bukan nama sebenar ) tak balik cuti mid-sem. Yela, ruma jauh kan. Dia pulak study kat ****** di semenanjung sana. Keluarga dia agak tak berapa kaya. Budak Sarawak. So cuti tu, dia tak la balek. Seminggu je, so tak yah la balek. Dia pun buat rancangan untuk stay di asrama sampai habis cuti. 

Malam tu, jeng jeng jenggg. Jam 12 macam tu laa. Dia tengah dok online sambil dengar lagu. Mula-mula tu dia tak la perasan sangat bunyi yang dia dengar. Yela, kalau dah alunan muzik terpasang, confirm korang ingat bunyi tu datang dari muzik kan. Padahal..................... eeee aku pulak meremang bulu roma bila ingat balik kisah tu. Siapa berani nak menyanyi lirik macam entah papee je tu. Bunyik dia macam ni :

" Uleekkk mayat bergoleekkk..............................." @#$%&!! ( lagu ulik mayang)

Korang pernah dengar ker lagu tu? Atau korang pernah dengar cerita ni jugak? Time tu, memang heboh laa pasal orang menyanyi lirik segitu. Memang tak sangka laa, si AL ni yang terkena. Time dia dengar tu, tiba-tiba je meremang satu badan. Dia intai laa bawah katil................................ Nak taw tak apa jadi? 

TIBA-TIBA JE MAYAT BERGOLEK BAWAH KATIL !!!!

Apalagi, Al pun pengsan laaa. Dia ditemui pengsan pun kat bilik dia sendiri, selepas member dia pergi bilik dia keesokkan harinyaa. Dorang tanya lah dia apasal pengsan, Al pun cerita la apa yang jadi dan start dari tu lah, si Al tak berani sangat nak stay asrama sorang-sorang. Termasuk dengan member-member dia yang lainnn. Hehehehe 

SERAM KERR APA AKU CERITA NI? J
ANGAN CAKAP TAK EH. NANTI KENA BATANG HIDUNG SENDIRI.
 BARU TAWW LANGIT TU TINGGI KER RENDAH! 

So tunggu lagi lah yek kisah hantu yang selanjutnya nanti. 
HOPE KORANG ENJOYYY!!!! :D BTW........



* aku tak taw, kenapa aku buat lukisan ni tadi tiba-tiba. SMILEEE :'D



♥ hidup ini indah tapi tak seindah surga. ingatlah Allah sentiasa ada untuk kita. Amin :') ♥

15 April 2013

♥ happy birthday zizan ♥


HAPPY BIRTHDAY ZIZAN RAZAK!!!!
Genap abang zizan kita ni 29 Tahun!
Abang zizan bila nak kawen ek?
Apapun, semoga abang zizan panjang umur.
Dimurahkan rezeki.
Berbahagia selalu disamping keluarga maupun yang disayangi.
Dan saya doakan abang zizan sukses dalam apa jua yang abang zizan tempuhi.
Semoga abang zizan kekal dalam industri ni sampai bila-bila.
Saya memang sentiasa mengikuti abang zizan ni.
Dari mula audition Abang musim pertama dulu.
Tak sangkat time tu, abang terpilih.
Ingat lagi time ujibakat Raja Lawak musim pertama.
Semoga Allah berkati Abang Zizan dan keluarga sampai bila-bila. Amin..

Btw, ada hadiah sikit la untuk abang zizan.
Walau tak seberapa, dan walau tak ditengok, harap abang suka lah yek.



TADAAA!! Abang zizan nampak ker apa tu? Hehe
Sememang nye ni lah abang zizan.


Abang zizan, ni lukisan tah tahun bila.
Lama dah, lukisan saya buat ni.
Dan lama jugak simpan, nak bagi tak tau pulak cam mana kan.
Banyak lagi lukisan abang, ada lagi tu. Hehehe
Hahaha so this is for ABANG ZIZAN!
HAPPY BIRTHDAYYYY!
MAY ALLAH BLESS YOU ABANG ZIZAN!! :D
Harap abang zizan suka drawing ni ek.
Tak seberapa sangat bang sebab tak pro sgt laa.
Kena edit tu, sebab tak jelas lepas scan. :D

P/S : Kalau ada jodoh, nak jumpa abang zizan lagi. Kalau boleh, nak salam dan ambik gambar sekali laaa. Abang zizan datang Kuching ni pun, saya dapat tengok dari jauh je bang. Nak jumpa dekat2 t kena halau pak guard plak kann. Harap ada masa untuk jumpa abang zizan. :DDD

Senyum sentiasa bang! Rehat dulu bersama kit kat selalu okeee. :D
Kirim salam kat Abang johan! Nak bagi satu lah gambar kat abang johan jugak.
LOVE JOZAN FOREVER! :D


Ni gambar lama abang zizan dengan abang johannn... :D
Gandingan terhebat JOZAN!


*REPOST GAMBAR JAP


Assalamualaikum.. Dan peaceee...



♥ hidup ini indah tapi tak seindah surga. ingatlah Allah sentiasa ada untuk kita. Amin :') ♥

10 April 2013

♥ hobi yang pelik atau tabiat 1 ♥


Well hello, dan assalamualaikum!
Aku tak taw ayat sapa aku ikut kat atas tu.
Tiba2 je aku taip begitu.
Apapun, dah lama tak terjah dalam ni.
So ada entri baru lerrr.
Mesti korang rindu kan dengan entri aku ni!
Kejap mood oke, kejap tak.
Itulah dinamakan lumrah kehidupan.
Tak semestinya kita kena happy dan tersenyum sentiasa.
Kalau macam tu tak mencabar lah hidup.
Take it easy and let it go now! 
Orang lain boleh buat, why not me? In shaa ALLAH!
Selagi aku bahagia kerana Allah. *cukuplerrr
Ermm entri kali ni tentang sesuatu hobi atau pun tabiat?
Tabiat ker? TEBIATTTT???

Den nak kaborkan ni haa, hobi den ni poleekk sikit.
Uihnaa, betul ka ayat aku tuh? *negori sembilan mari (kang kena hempuk dek dorang baru taw!)
Aku try-try jee, apa yang terlintas di cerebrum cellebrum aku ni sampai ke medulla oblogata.
Apala yang aku carutkan ni kan.
So entri kali ni aku cerita sekett pasal hobi aku yang pelik.
Ada kot dalam 3,4 jenis hobi yang pelik aku org tak taw sangat.
Tapi kali ni aku bagi 2 je lah dulu. Andd...
Sampai satu time masa tu hobi aku dihidu oleh orang rumah. HAR HAR HAR! * gelak sampai cabut gigi

Hobi pertama yang pelik dan mengjengkelkan :
Mungkin hobi aku ni ada kot kat certain manusia atau memang seramai manusia selalu buat.
Tapi dorang-dorang abg2 akak2 macik2 pacik2 yang buat tu confirm time tengah hari panas terik sampai rasa matahari tu atas kepala. Itu je time dorang rasa tepat untuk buat hobu segini.
Tapi aku tak pulak, time hujan ker, panas ker, mendung ker, kilat continue mengontinue ker.
Aku tetap gak ngan hobi pelik ku ni iaiaiiaituuu :
DUDUK DI DEPAN PETI SEJUK!
Paling lama aku boleh bertahan depan peti sejuk 20 minit!
Aku tak taw la apa kejadahnya aku buat kat depan peti sejuk sampai lama cenggitu.
Nak kata masak ambik barang kat dalam peti sejuk, mak oiii.
Tak dakk pulokk!
Especially, time pagi-pagi.
Time semun-semun je rasa, tengah kesejukkan yang ramainya saat tu masih dalam selimut.
Bukak je peti sejuk, aku duduk lah bersimpuh, sambil termenung.
Sampai satu time tu, my mom turun kat bawah then dia tegur.
" apa dibuatnya tu si nurul oiii, takde nya pizza kuar dalam peti sejuk tu"
Aku pun tersedar la sambil menjawab " Tak sedar pulak la mami..Ingatkan nak ambik air utk minum"
Memang masa tu, aku nak p ambik air.
Tapi aku memang suka la dok depan peti sejuk.
Bagi sesiapa yang baru taw tu, hehehe jgn heran ek.
Kalau satu saat satu masa satu detik dan satu ketika nanti peti sejuk rumah korang aku buat begitu! :D

Hobi kedua yang drastik dan unik serta gila :
Hobi aku kali ni aku tak taw kalau ada yang salu buat.
Tapi salu gak aku dgr pasal hobi aku ni persis macam orang lain.
Mungkin ramai kot. Lebih2 lagi kat Hospital BAHAGIA LALLALLAALL~
Iaiiaaiittuuuu :
CAKAP SORANG-SORANG SAMBIL GELAK!
Korang suka cakap sorang-sorang tak, suka gelak sorang2 tak?
Aku ni tak taw la, mungkin buat tebiat kot.
Cakap sorang-sorang ala2 macam ada org je kat depan aku pastu gelak, senyum2.
Hobi aku ni pernah lah dikesan oleh adik aku Fara.
Malu lah jugak masa tu dia tegur.
Yelah tengah cakap sorang depan laptop senyum2 ni mana tak nya kena tegur!
Masuk-masuk je dia ke bilik, terus tegur aku.
" Ko oke ker? Sampai cakap sorang2 kat lappy tu. Nak kata ko tgh skype tak pulak!"
Aku pun tersentak laah, terus menjawab : " takla, aku tengah menyanyi je ni pun, ko tu buta?" *cover
Memang malu giler la masa tu.
Sebab aku memang suka cakap sorang-sorang, senyum gelak sorang2. Har Har Har
Kadang-kadang diluar jangkaan.
Kadang-kadang aku sendiri tak sedar.
So bagi sesiapa yang tak taw, kena hati-hati lah yek.
Dan pada sesiapa taw tu, memang pernah lah mengalamninyerr.
Takut pulak aku kena cop * orang gila bertauliah dan cute pula!

P/S : Jauh-jauhkanlah dengan hobi begini. Takut nanti sampai ke tua. Kang orang ingat ko tu nyanyuk! Har Har Har. Tapi best aperr, unik je hobi aku ni. Aku pun tak perasan kenapa aku ada hobi begini. *buang tebiat kot

So sampai disini saja lah hobi aku ni ek.
Nanti aku gitaw lagi apa yang pelik dan unik pasal aku.
Dengan ini aku tayang kan wajah aku baru hangat dalam hp hari ini punya! MY SELCA~


Time aku send gambar ni dalam laptop kan satu ayat je kuar kat mulut aku, "macam barbie doll!"
Barbie doll ker SARIP DOL!! * gelak sambil goleng2 kaki ke atas sambil mata berair

Time aku tengah SELCA ni, lagu KARAM by Zabarjad berkumandang kat station SINAR FM!
Station favourite oke.
Mana ada perempuan umur 18 tahun macam aku ni layan radia Sinar FM kan.
Aku sorang je. *perasan sikit umur 18 padahal 22 tahun dah!

Aku nak nyanyi seket laa untuk lirik yang paling aku suka:
" perlukah aku terus mengharapkan? Camar yang hilang kembali ke sarang. Apakah masih ada kerinduan? Yang tersimpan dihatimu sayang.....?" * berangan jap 

Time lagu ni berkumandangkan, otak aku otomatik terus berlegar-legar kenangan lalu.
Yela the one and only aku pernah bawak lagu ni sama2 dengan TUUTTTT sambil dia main gitar.
Sambil jerit-jerit time tu.
Aku je ker yang mengingati semua ni? OH TIDAK!
So bila teringat kenangan dulu, kena senyum LIKE THIS! OKEEE?


* pahitpun itu ku tersenyum
Bawah mata hitam tak leh elak! Akibat suka tidur lewat. :B

PEACEE ALL. =)


♥ hidup ini indah tapi tak seindah surga. ingatlah Allah sentiasa ada untuk kita. Amin :') ♥

06 April 2013

♥ no title ♥



AKU SEOLAH-OLAH DIHINA!!


DAN SEOLAH-OLAH AKU DIPIJAK-PIJAK SEKARANG!!




♥ hidup ini indah tapi tak seindah surga. ingatlah Allah sentiasa ada untuk kita. Amin :') ♥

01 April 2013

♥ selca carca marba ♥


Assalamualaikum yoo............


* kerna aku rimas gedik mengada-ngada *

Tak taw nak cakap apa. 
Sememamng nya ni la hobi aku masa lapang.
Kalau dah tak taw nak buat apa, aku selca sendiri.
Ayat selca ni aku ambik pun dari blog Akak Yuyu kita.
Selca means = Self capture.
Kesian kan, hobi yang tak mendatang kan faedah. 
Tapi apapun, gambar baru lagi.
Panas lagi dari hp. Har Har Har
Memang teramat annoying dan gediks.
Tapi hakikat aku tak macam tu.
Ni gambar masa boring je tadi.
As long as aku tak kacau hidup orang.
Dan orang tak kacau hidup aku.
Bila tengok lagi gambar tu meluatttttt pulokk dah.
Entri berani mati aku buat ni. Har Har Har

Bukan ni je gambar aku capure sendiri tadi beb!
Banyak lagi.
Lebih banyak dari ni.
Takkan aku nak masukkan semua kat dalam ni.
Nanti apa plak orang cakap.
Har Har Har
Sememang nya bibir ku yang merekah merah bak delima belum masak tu semesti menarek minat.
Ala, time aku tu aku saja je pakai lips merah.
After aku capture2, naaa aku buang balek laa. Har Har Har
Takkan aku nak tonjol kan kemerahan bibir ku itu. CEWAHHH!
Tapi apa motif aku ek?
Bagi tontonan ramai?
Tak leeiiii, aku saja buat entri untuk mengisi perut ku yang keroncong dah ni. (mengisi masa lapang)

Apapun enjoy my entry.
Jangan marah ek, aku letak gambar sebegini rupa. 
You are my friends.
He He He He
Peace yoooo ~


Ku coba tersenyum ~~


* LUKISAN KU BUROKKKK!! *



♥ hidup ini indah tapi tak seindah surga. ingatlah Allah sentiasa ada untuk kita. Amin :') ♥