My photo
Malaysia
Having a great name is wonderful feelings i ever had. Nurul Emildza Binti Jaya. Born on May 1991. Live at Kuching Sarawak. Borneo blood. Mix bidayuh malay. Having a suck life but still make it wonderful. No one knows what she's feelings until they know her. If they know. If only the knew the truth. But not inside. the best word for describe her " AKU TABAH BERJALAN SEMBUNYIKAN HARAPAN..." - xoxo

29 March 2013

♥ kisah hantu I ♥


Assalamualaikum beb! Dan salam sejahtera. Akhirnya aku bukak balik blog aku ni.
Sejak beberapa minggu yang lalu, ada masalah seket!
Boring derr, tak berblogg begini.
Baca blog orang je keja.
Tak best pulakkk.

Hari ni sedikit penat laaa.
Seket je laaa. Tak la banyak sangat penat nyerrr.
Ermm entri kali ni pasal kisah hantu bagai.
HANGAT KER TOPIK KALI NI?
TAK KOTTT! HEHEHE

Saja je nak kongsi sedikit pengalaman ni.
Pengalaman kena sakat dek hantu la!!
Hihihihih seram ker tajuk cerita aku kali ni?
Yela, kan malam ni malam jumaat.
Jadi nak cari aura keseraman, aku sengaja je nak bukak topik hangat begini.
Kisah hantu aku kali ada 2, 2 pengalaman.
Pengalaman pertama, pengalaman aku sendiri.
Pengalaman ke dua pulak dari member aku laa.
So nak di jadikan cerita, aku mulai bukak pengalaman pertama aku.

PENGALAMAN 1 :

Pengalaman pertama aku ni, aku tak nampak benda tu. Tapi aku dengar benda tu. Nak dijadikan cerita, time tu aku tengah dok lepak dengan rumate aku. Fiza, then member sekelas aku yang kebetulan nyer bilik dia sebelah bilik kami je. Si Net. Rumate Net plak, member sekelas kami gak. Emma, tapi time tu dia dah tidur dah. Kejadian ni berlaku masa tu aku sem 3. Belum lagi praktikal. Tengah dok melepak, gelak2, bercerita, yela nak release sikit stress lepas buat keja kan. So berborak laa. Tak sedar plak masa tu jam hampir nak ke angka 3 pagi! Apalagi, menggelabah laa. Mana taknya, kelas pagi tu pulak jam 8 beb! Hahaha so, aku mintak la Fiza teman kan aku ke toilet dulu. Yela, sebelum tido, kena la bersih apa yang patut kan. Net pun ikut sekali laa. Aku sempat gak jerit nama Emma kat bilik sebelah, mana la taw dia nak ikut sekali. Aleh2, dia ikut gak. Time otw nak ke toilet tu, sempat gak la kami gelak2. Padahal, bilik2 yang lain suma dah gelap! Aras 4 masa tu memang tak ramai sangat penghuni. Tambahan lagi, kami punya bilik paling hujung. Belakang tu hutan dan belukar je penuh! First2 masuk dulu, memang terkejut jgak laa. Hujung giler beb! Lepas je kuar dari toilet, aku dengan Fiza still gak borak2 sambil gelak2. Tiba2 je kan............... JENG JENG JENG!!! ADA BUNYI SUARA ORANG PANGGIL SALAH SEORANG DARIPADA KITAORANG!!! Cuba teka, siapa budak yang benda tu panggil? Aku? Fiza? Net? Or Emma? Hehehe Emma la dia panggil. Cuba bayangkan masa tengah jalan tu tiba2 ada orang panggil. Soft je suara dia panggil! EMMMAAA~~~~~ Jam 3 pagu beb!!! Ada budak panggil sedemikian rupa! CEWAH!! Time tu, memang aku tak sedar laa, apa lagi, aku sampuk la dan bagitaw Emma ada orang panggil dia, "Emma, ada budak panggil ko laa, lembut plak suaranyaaa, EMMMAAA~~~" Aku cakap begitu kat dia. Terus Fiza menyampuk gak, "Yela maa, Ada budak panggil. Lembut je suara." Masa tu, Emma tengah mamai lagi. Bangun dari tidur, mesti nak sedar apa2 kan. Net plak, memang diam je laa. Sampai je depan bilik Dorang Emma. Tetiba je Net bukak mulut. " Apasala korang tegur benda tu tgh2 malam macam ni? Tak pelik kerr?" Apalagi, berpandangan la aku dengan Fiza. Ntah, macam mana tadi beraninya kami tetiba je takut jadi kalut sampai lemah lutut! Sesampai je aku dengan Fiza ke bilik, aku rebahkan badan kat Katil. Lampu memang aku tutup terus. Masa tu kat kepala aku macam2 bentuk benda je menjelma! Aku tanyala Fiza, dia tidur ker belum? Rupanya tak! Dia macam tu jugak! Apalagi, bangun je aku terus capai bantal selimut buku yasin tarik Fiza, kuar dari bilik tu dan ketuk bilik dorang Emma. 10 minit macam tu, baru bilik dorang terbuka. Aku sempat lagi tanya, "apasal lambat sangat bukak pintu ni?" Emma pun jawabla, " Yang ko plak, macam nak roboh je pintu diketuk ni". Apalagi, memang seram gilerrr laaa! Sebab masa tu, aku ketuk slow je pun! Aleh2, dah pagi. Tersedar dari tidur, tengok aku terlelap kat bilik dorang! Kesian plak aku kat dorang Emma ni. Sebab dorang bagitaw yang dorang terpaksa berjaga untuk jaga kami. Dorang cakap, aku baca yasin boleh gelak. Fiza pulak, gelak tetiba dan tak henti gelak! Emma masa tu memang bukak terus surah yasin dalam lappy. Serius, masa tu memang aku tak ingat apa2 beb! Warggghh!! Itula pengalaman yang memang aku takkan lupa. Start dari tu lah, aku asyik mintak teman p toilet ke, mana2 laa. Dulu aku dikenali berani mati sorang2 berjalan. Lepas kejadian tu, emmang aku taubat habis beb! Taknak la aku dengar suara tu lagi! SERAMMMM MAAKKK!!

PENGALAMAN 2 :

Cerita ni, aku dapat sumber dari kawan aku gak laaa. Nurul nama dia. Baru je tadi kami pas berborak hal benda ni. So nak dijadikan cerita, cerita dia ni aku tak taw la kategori seram ke tidookkk! Sebab masa aku dengar cerita dia tu, memang meremang gak la segala bolu bolu aku ni mendengar. Seolah2 aku yang berada ditempat dia. Hishhh!!! Time tu, dia tengah p toilet dengan member dia. Lupa plak nama budak tu siapa. Memang budak poli gak la dorang ni. So time dalam toilet tu, Nurul kena tegur laa. Ada "manusia" tegur dia, dan bersuara " Wangi nyer bau darah kau Nurul " Masa tu Nurul memang dalam toilet, terus dia tegur. " Haishhh, jangan tegur apa-apa la bodoh!!" Kuar je dia dari toilet, dia marah plak dengan kawan dia tu. Dia marah sebab tegur benda pelik2. Apalagi, terpinga-pinga la kawan dia kena marah. Padahal time tu, sah2 kawan dia kat luar toilet, tak cakap apa-apa pun. Seminit macam tu, terus dorang lari penuh dengan perasaan tinggal kan toilet tuuu! Lepas kejadian tu, Nurul balik la rumah. Seperti kebiasaan kita balik rumah time cuti. Malam time Nurul balik, dia terasa something laa. Macam ada asap je lintas depan dia. Nak tak nak, dia cuba la pergi berubat. Nenek tu sentuh laa bahagian ubun-ubun Nurul, dan nenek tu cakap. " Padanla benda tu ikut Nurul. Darah Nurul wangi. " Masa tu, aku dengar cerita dia memang sampai ke telinga2 laaa aku rasa meremang! Adehhh! Kalau benda tu dah tegur bab2 darah ni, memang takut gak laa weeiiiii!! SERAAMMM SIOOOTTTT!

Aku tak taw korang terasa seram ke takk.
Sebab aku cerita melalui pengalaman aku dan pengalaman dari mulut kawan je.
So kalau nak rasa sendiri, p lah sakat sendiri yekk.
Ini sekadar perkongsian.
Sebab, makhluk halus ni wujud kalagan kita. 
Cuma Benda tu tak nampak jee.
Dia pun TERINGIN nak berkawan ngan manusia.
Tu sebab la dia sakat kita.
Kita ni pulak, taw takuttt je keja!
Yela, sapa tak seram beb!
Dorang bukan manusia yang ada roh badan dan boleh dilihat mawpun disentuh.
Memang takdeeeeeeeeeeeeeeee!
Apapun, thanks for reading.
Ada pengalaman gak ker?
Boleh laa share komen sekali.
Salam Jumaat buat semua.
Malam ni tidur awal!
Malam Jumaat apa-apa boleii jadi meehhh!
Hahahahahhahhah
Peaceee yoo!


EPIC FAILED! HAR HAR HAR
Try nak sexy tapi tak boleeyyyy ~~ :D


♥ hidup ini indah tapi tak seindah surga. ingatlah Allah sentiasa ada untuk kita. Amin :') ♥

7 comments:

MarnieyZ said...

comelnya. :D

Emildza Jayy ♥ said...

Apa yg comell tu???

waddah jannah said...

dua2 srram,,tapi pengalaman 2 paling sram siot,
akak,, xyahlah pergi toilet masa dh malam,,< nasihat!

Emildza Jayy ♥ said...

Haha tak nak lagi dah p toilet malam2. Pegi pun, toilet rumah je. Sekarang akak dah habis study, so takde nak dirisaukan lagi dah. :D

Nana Liena said...

setan mmg suka kat tempat2 yg tersembunyi mcm lubang2,tempat yg kotor2 yag ada najis segala..hehe.. dia nak sakat sbb nak tgk kita ni kuat ke idak..kalau tak mmg snng nak masuk..apa2 pun buat apa2 jgn lupa Allah..hehe

Emildza Jayy ♥ said...

Yup tu betul dekkk. =)

Admin said...

iiihhh... ngeriiii....
mampir ya ke blog saya http://tiara-effendi.blogspot.com/