My photo
Malaysia
Having a great name is wonderful feelings i ever had. Nurul Emildza Binti Jaya. Born on May 1991. Live at Kuching Sarawak. Borneo blood. Mix bidayuh malay. Having a suck life but still make it wonderful. No one knows what she's feelings until they know her. If they know. If only the knew the truth. But not inside. the best word for describe her " AKU TABAH BERJALAN SEMBUNYIKAN HARAPAN..." - xoxo

06 March 2013

♥ entri terakhir buat sekian kali nya ker ♥


Assalamulaikum. Hai warga blogger dan stalker.
Ni last entri aku kali ini.
Pasni, aku akan tutup semua laman-laman sosial yang aku bukak.
Termasuk Tumblr, Ask.fm semua.
Twitter dan facebook memang dah lama tutup.
Tak taw laa kenapa nak tutup semua ni.
Macam boring je kot.

Banyak ke arah blogging pun macam boreenggg je.
So, buat masa ni nak tutup laa semua. 
Start jam 7 pagi ni esok, atau lusa aku tutup.

Time orang nak turun kerja, aku baru je nak tidurkannn.
Apapun, nak kongsi sikit pasal hidup memblogging ni.

Nanti buka balik laa blog ni. Kalau rajin!
Tak leh hidup la wei tak blogging! Hehe

Since 2010 aku dah mula blogging.
Masa tu, ex roomate aku, Noi, masa sem 1 tak silap laa, dia la dulu geng pertama yang ada blog.
Diikuti aku, tapi aku time tu, takla teror sangat blogging.
Yela, baru je nak bjinak-jinak.
First buat blog dulu macam nak gelak pun ada bila teringat.
Yela, mana tak nya, blog aku dulu siap ada kelopak bunga jatuh lagi dlm blog.
Ala-ala autumn in my heart la tu!
Padahal, tak punnnn.....................
Time tu aku buat banyak gak la benda aku belajar.
Bila dah fed up, semacam bosan, aku terus tinggalkan blog macam tu jee.

Start je semester 4 tak silap aku, aku mula aktif balek.
Sebab time tu, tengah praktikal.
Online je keja. Memang sentiasa di ofis gak waktu tu.
Time tu jugakla, member sepraktikal aku try gak buat blog.
Sampai member aku di lawas pun ikut sama blogging.
Apa lagi, naik gila la cari follower. 
Sampai aku sanggup buat entri penuh-penuh.
Semata-mata nak bagi blogger lain baca.
Dan cari ramai follower yang memang nak sangat follow aku. Hehehe
Tapi time tu, blog aku masih tak lawa lagi.
Tak taw la sekarang, lawa ke tidakk ek?? Blog aku ni? =P

Sampai satu masa tu, aku baliklaa p sabah.
Biasala, tak sah kalau tak bercuti kat ruma sepupu disana.
Bulan 3 tahun 2012 tak silap aku.
Betul laa tu, tahun tu.
Dia memang pakar bidang blogging ni.
Aku mintak dia tolong ubah, dengan lebih faham tolong aturkan apa yang pelik dalam blog aku.
Kemaskini apa yang patut, kira nak cantekkan lagi macam blog dia. 
Apalagi, semua benda dia ubah.
Satu malam dia buat blog aku.
Tengok? Betapa minat gilerr nya dia dengan bidang blog ni.
Aku time tu, sibuk dok tido.
Penat sangat pas jejalan bandar KK.
Tersedar aku dari tidur, tengok dia masih gak duduk menghadap lappy.
Aku pun malas la nak kacau.
Keeseokkan harinya, kitaorang masing-masing dah nak siap pegi pulau.
Lupa la aku kat kawasan mana.
At the same time, memang kecoh la amaran tsunami tak silap aku.
Ingat lagii, macam nak tergelak pun adaa.
And sempat lagi la dia tunjuk blog aku yang dia gubah.
GILA! Memang terperanjat gilerr beb!
Memang berubah habis.
Rugi lerr, aku tak simpan gambar2 blog  yang aku snap dulu.
Hilang entah ke mana. Hehehe
Shout box aku dia ubah, header, semualah!
Aku akui, memang masa tu aku tak pandai sangat atur blog.
Apa lagi, bersemangat habislah aku untuk blogging.
Balik je dari sabah, aku terus dengan aktiviti blogging aku.
Banyak benda aku kongsilaa dalam blog aku.
Semalam aku try bukak la entri lama-lama.
Weinaa, memang ada yang menghappykan, memang ada yang menyedihkan.
Semua aku coretkan dalam blog ni.
Sampai pernah lah orang marah aku cerita perihal sendiri dalam blog.
Memang aku akui, blog ni kira bukan rahsia laa.
Takkan la semua benda nak gitaw kan? Ada betulnya tu. Hehe SORRY YA BRO!

Tahun lepas la tak silap aku, time aku tengah putus cinta la, Hihihihi putus cinta la sangat! =P
Aku ubah lagi semua blog aku.
Aku cuba belajar benda baru tentang blog.
Macam nak atur header, shout box, semualah!
Alhamdulillah, kiranya teror dah laa.
Hihihihii puji diri sikit. Bukan nya selalu kan.
Tapi nak ditengokkan blog aku macam kelam kabut je kan?
Tahlaa, AT LEAST AKU TAK PAKAI BLOGSKIN KAN!
Aku buat sendiri je pun. 
Usaha diri je semua ni, berbaloi laa kita ni kretif.
Wah!! Puji lagi ker ni? (muka tak malu sikit)
Apapun, memang aku puas hati la dengan blog aku sekarang.
Sayang gak nak tutup blog aku ni.
Nak buat macam mana kan, kiranya, aku kena pergi la.
Tak selamanya kita boleh begini.
Walau time ni aku bersusah payah tengah cari kerja terbaik, aku kena sabar.
Sekurang-kurangnya, ada gak pengalaman aku timba buat masa ni.
Blogging ni memang best beb!
Tumblr pun best gakk.
Tapi cukupla sampai sini ho.
Aku macam ketagih je nak blogging.
Cari follower bagai.
Alasan aku? Sebab boring.
Kalau dah online, lupa kiri kanan beb.
Masa pun bergerak dengan pantas.
Dari tadi gak la aku ni online.
NON STOP!!!

Apapun, hidup mesti diteruskan.
Bulan 3 ni, banyak cabaran.
Banyak dugaan.
Masa berlalu dengan pantas.
Teramat pantas bagi aku.
Pantas sepantas-pantas nyerrr.
Dan genap laa 3 tahun aku memblogging. Dan genap laa 2 tahun ermmmmmm............. SABAR! 
Tapi nak buat macam mana, ketentuan Allah gak.
Jodoh, ajal, maut tu semua ditangan Allah. Dia tentukan apa yang terbaik.
Kita harus bersyukur, sebab masih bernafas. Masih lagi sempat nak bertaubat.
Kisah blogging aku ni pun cukupla sampai sini yeekkk.
Ada masa kita blogging lagi.
So takde la lagi budak yang kaki follow, komen bagai dah.
Hehehehe
Adiossss! Peacee............................................

Eh lupa, last drawing untuk semua, aku tak taw apa ada diotak sampai buat macam ni sekali.
Hahahha ala, masa tu tiba-tiba je lagu Yuna berkumandang.
So dengan imaginasi aku yang kuat ni, aku p la lukis.
Tapi takla, sehebat Abg Rusydee kita kan. :D
Memang sememang nya teror melukis. 
Dan bab-bab blogging jugak!
Salah satu rakan blogging muslim sejati.
Ni Blog dia, kalau nak view --------> RUSYDEE
Try je la follow, kalau ada blog tuu okee.

Btw, nahhh untuk dia heyy untuk diaaa ~~~~~~~~ (kekasih lama - dialog P.Ramlee)


AMACAM? CUTE TAK? HAHAHAHA SORY LER, ni je termampu. 

P/S : Oh ya, atas permintaan kawan-kawan blogger, dorang asyik tanya lagu apa yang tengah berkumandang di blog ni, so untuk pengetahuan anda, inilah lagu Laluna band! Tajuk dia LARA HATI. Tak silap aku, aku ada gitaw la lagu ni sebelum ni? Apapun, lagu ni memang first dengar aku terpikat terus laa. Selain lagu Selepas kau pergi dan Membekas dihati. Aku taw band dan lagu yang dua tu dari seseorang gak. Dan Lara hati ni, aku dengar time aku tengah-tengah dok boring layan you tubee. Weeeeeeeeee ~~~



Ni salah satu member blogger tanya lagu ni. Thanks yee SYAHIDAH. Sebab minat! =)


Ni gak, budak blogger yang minat. Btw, thankss. =))

Part aku suka lagu ni, ehh kalau bole semua lirik dialah aku suka. :'D
" Ku coba tersenyum, saat kau pergi. Meski lara hati menangis melepasmu, andaikan kau tahu, betapa aku masih mencintamu, ingin rasanya aku memelukmu. Tuk terakhir kali sebelum engkau pergi, namun ku takut tak mampu menahan air mataku............."

Pahitpun itu ku tersenyum. Senyum je k selagi termampu. :"D
" Terima kasih atas segalanya. Yang telah kau beri, amat kuhargai. Semua ku simpan dalam hati.
Penuh riang tawa mesra terukir di hati..."

PERHATIAN!!! ADA SOALAN NI. MANA SATU KAMU ?? ANSWERR OKEE :D
Klik ini ---------> GILA GILA (game best, bukan virus!!!)



♥ hidup ini indah tapi tak seindah surga. ingatlah Allah sentiasa ada untuk kita. Amin :') ♥

2 comments:

Nao Mei said...

cik akak melapor diri sekolah kat sini pula,,,hihi
balas kunjungan awak dear :)

Emildza Jayy ♥ said...

Hahaha oke, lapor lah diri anda. =)