My photo
Malaysia
Having a great name is wonderful feelings i ever had. Nurul Emildza Binti Jaya. Born on May 1991. Live at Kuching Sarawak. Borneo blood. Mix bidayuh malay. Having a suck life but still make it wonderful. No one knows what she's feelings until they know her. If they know. If only the knew the truth. But not inside. the best word for describe her " AKU TABAH BERJALAN SEMBUNYIKAN HARAPAN..." - xoxo

29 March 2013

♥ kisah hantu I ♥


Assalamualaikum beb! Dan salam sejahtera. Akhirnya aku bukak balik blog aku ni.
Sejak beberapa minggu yang lalu, ada masalah seket!
Boring derr, tak berblogg begini.
Baca blog orang je keja.
Tak best pulakkk.

Hari ni sedikit penat laaa.
Seket je laaa. Tak la banyak sangat penat nyerrr.
Ermm entri kali ni pasal kisah hantu bagai.
HANGAT KER TOPIK KALI NI?
TAK KOTTT! HEHEHE

Saja je nak kongsi sedikit pengalaman ni.
Pengalaman kena sakat dek hantu la!!
Hihihihih seram ker tajuk cerita aku kali ni?
Yela, kan malam ni malam jumaat.
Jadi nak cari aura keseraman, aku sengaja je nak bukak topik hangat begini.
Kisah hantu aku kali ada 2, 2 pengalaman.
Pengalaman pertama, pengalaman aku sendiri.
Pengalaman ke dua pulak dari member aku laa.
So nak di jadikan cerita, aku mulai bukak pengalaman pertama aku.

PENGALAMAN 1 :

Pengalaman pertama aku ni, aku tak nampak benda tu. Tapi aku dengar benda tu. Nak dijadikan cerita, time tu aku tengah dok lepak dengan rumate aku. Fiza, then member sekelas aku yang kebetulan nyer bilik dia sebelah bilik kami je. Si Net. Rumate Net plak, member sekelas kami gak. Emma, tapi time tu dia dah tidur dah. Kejadian ni berlaku masa tu aku sem 3. Belum lagi praktikal. Tengah dok melepak, gelak2, bercerita, yela nak release sikit stress lepas buat keja kan. So berborak laa. Tak sedar plak masa tu jam hampir nak ke angka 3 pagi! Apalagi, menggelabah laa. Mana taknya, kelas pagi tu pulak jam 8 beb! Hahaha so, aku mintak la Fiza teman kan aku ke toilet dulu. Yela, sebelum tido, kena la bersih apa yang patut kan. Net pun ikut sekali laa. Aku sempat gak jerit nama Emma kat bilik sebelah, mana la taw dia nak ikut sekali. Aleh2, dia ikut gak. Time otw nak ke toilet tu, sempat gak la kami gelak2. Padahal, bilik2 yang lain suma dah gelap! Aras 4 masa tu memang tak ramai sangat penghuni. Tambahan lagi, kami punya bilik paling hujung. Belakang tu hutan dan belukar je penuh! First2 masuk dulu, memang terkejut jgak laa. Hujung giler beb! Lepas je kuar dari toilet, aku dengan Fiza still gak borak2 sambil gelak2. Tiba2 je kan............... JENG JENG JENG!!! ADA BUNYI SUARA ORANG PANGGIL SALAH SEORANG DARIPADA KITAORANG!!! Cuba teka, siapa budak yang benda tu panggil? Aku? Fiza? Net? Or Emma? Hehehe Emma la dia panggil. Cuba bayangkan masa tengah jalan tu tiba2 ada orang panggil. Soft je suara dia panggil! EMMMAAA~~~~~ Jam 3 pagu beb!!! Ada budak panggil sedemikian rupa! CEWAH!! Time tu, memang aku tak sedar laa, apa lagi, aku sampuk la dan bagitaw Emma ada orang panggil dia, "Emma, ada budak panggil ko laa, lembut plak suaranyaaa, EMMMAAA~~~" Aku cakap begitu kat dia. Terus Fiza menyampuk gak, "Yela maa, Ada budak panggil. Lembut je suara." Masa tu, Emma tengah mamai lagi. Bangun dari tidur, mesti nak sedar apa2 kan. Net plak, memang diam je laa. Sampai je depan bilik Dorang Emma. Tetiba je Net bukak mulut. " Apasala korang tegur benda tu tgh2 malam macam ni? Tak pelik kerr?" Apalagi, berpandangan la aku dengan Fiza. Ntah, macam mana tadi beraninya kami tetiba je takut jadi kalut sampai lemah lutut! Sesampai je aku dengan Fiza ke bilik, aku rebahkan badan kat Katil. Lampu memang aku tutup terus. Masa tu kat kepala aku macam2 bentuk benda je menjelma! Aku tanyala Fiza, dia tidur ker belum? Rupanya tak! Dia macam tu jugak! Apalagi, bangun je aku terus capai bantal selimut buku yasin tarik Fiza, kuar dari bilik tu dan ketuk bilik dorang Emma. 10 minit macam tu, baru bilik dorang terbuka. Aku sempat lagi tanya, "apasal lambat sangat bukak pintu ni?" Emma pun jawabla, " Yang ko plak, macam nak roboh je pintu diketuk ni". Apalagi, memang seram gilerrr laaa! Sebab masa tu, aku ketuk slow je pun! Aleh2, dah pagi. Tersedar dari tidur, tengok aku terlelap kat bilik dorang! Kesian plak aku kat dorang Emma ni. Sebab dorang bagitaw yang dorang terpaksa berjaga untuk jaga kami. Dorang cakap, aku baca yasin boleh gelak. Fiza pulak, gelak tetiba dan tak henti gelak! Emma masa tu memang bukak terus surah yasin dalam lappy. Serius, masa tu memang aku tak ingat apa2 beb! Warggghh!! Itula pengalaman yang memang aku takkan lupa. Start dari tu lah, aku asyik mintak teman p toilet ke, mana2 laa. Dulu aku dikenali berani mati sorang2 berjalan. Lepas kejadian tu, emmang aku taubat habis beb! Taknak la aku dengar suara tu lagi! SERAMMMM MAAKKK!!

PENGALAMAN 2 :

Cerita ni, aku dapat sumber dari kawan aku gak laaa. Nurul nama dia. Baru je tadi kami pas berborak hal benda ni. So nak dijadikan cerita, cerita dia ni aku tak taw la kategori seram ke tidookkk! Sebab masa aku dengar cerita dia tu, memang meremang gak la segala bolu bolu aku ni mendengar. Seolah2 aku yang berada ditempat dia. Hishhh!!! Time tu, dia tengah p toilet dengan member dia. Lupa plak nama budak tu siapa. Memang budak poli gak la dorang ni. So time dalam toilet tu, Nurul kena tegur laa. Ada "manusia" tegur dia, dan bersuara " Wangi nyer bau darah kau Nurul " Masa tu Nurul memang dalam toilet, terus dia tegur. " Haishhh, jangan tegur apa-apa la bodoh!!" Kuar je dia dari toilet, dia marah plak dengan kawan dia tu. Dia marah sebab tegur benda pelik2. Apalagi, terpinga-pinga la kawan dia kena marah. Padahal time tu, sah2 kawan dia kat luar toilet, tak cakap apa-apa pun. Seminit macam tu, terus dorang lari penuh dengan perasaan tinggal kan toilet tuuu! Lepas kejadian tu, Nurul balik la rumah. Seperti kebiasaan kita balik rumah time cuti. Malam time Nurul balik, dia terasa something laa. Macam ada asap je lintas depan dia. Nak tak nak, dia cuba la pergi berubat. Nenek tu sentuh laa bahagian ubun-ubun Nurul, dan nenek tu cakap. " Padanla benda tu ikut Nurul. Darah Nurul wangi. " Masa tu, aku dengar cerita dia memang sampai ke telinga2 laaa aku rasa meremang! Adehhh! Kalau benda tu dah tegur bab2 darah ni, memang takut gak laa weeiiiii!! SERAAMMM SIOOOTTTT!

Aku tak taw korang terasa seram ke takk.
Sebab aku cerita melalui pengalaman aku dan pengalaman dari mulut kawan je.
So kalau nak rasa sendiri, p lah sakat sendiri yekk.
Ini sekadar perkongsian.
Sebab, makhluk halus ni wujud kalagan kita. 
Cuma Benda tu tak nampak jee.
Dia pun TERINGIN nak berkawan ngan manusia.
Tu sebab la dia sakat kita.
Kita ni pulak, taw takuttt je keja!
Yela, sapa tak seram beb!
Dorang bukan manusia yang ada roh badan dan boleh dilihat mawpun disentuh.
Memang takdeeeeeeeeeeeeeeee!
Apapun, thanks for reading.
Ada pengalaman gak ker?
Boleh laa share komen sekali.
Salam Jumaat buat semua.
Malam ni tidur awal!
Malam Jumaat apa-apa boleii jadi meehhh!
Hahahahahhahhah
Peaceee yoo!


EPIC FAILED! HAR HAR HAR
Try nak sexy tapi tak boleeyyyy ~~ :D


♥ hidup ini indah tapi tak seindah surga. ingatlah Allah sentiasa ada untuk kita. Amin :') ♥

06 March 2013

♥ entri terakhir buat sekian kali nya ker ♥


Assalamulaikum. Hai warga blogger dan stalker.
Ni last entri aku kali ini.
Pasni, aku akan tutup semua laman-laman sosial yang aku bukak.
Termasuk Tumblr, Ask.fm semua.
Twitter dan facebook memang dah lama tutup.
Tak taw laa kenapa nak tutup semua ni.
Macam boring je kot.

Banyak ke arah blogging pun macam boreenggg je.
So, buat masa ni nak tutup laa semua. 
Start jam 7 pagi ni esok, atau lusa aku tutup.

Time orang nak turun kerja, aku baru je nak tidurkannn.
Apapun, nak kongsi sikit pasal hidup memblogging ni.

Nanti buka balik laa blog ni. Kalau rajin!
Tak leh hidup la wei tak blogging! Hehe

Since 2010 aku dah mula blogging.
Masa tu, ex roomate aku, Noi, masa sem 1 tak silap laa, dia la dulu geng pertama yang ada blog.
Diikuti aku, tapi aku time tu, takla teror sangat blogging.
Yela, baru je nak bjinak-jinak.
First buat blog dulu macam nak gelak pun ada bila teringat.
Yela, mana tak nya, blog aku dulu siap ada kelopak bunga jatuh lagi dlm blog.
Ala-ala autumn in my heart la tu!
Padahal, tak punnnn.....................
Time tu aku buat banyak gak la benda aku belajar.
Bila dah fed up, semacam bosan, aku terus tinggalkan blog macam tu jee.

Start je semester 4 tak silap aku, aku mula aktif balek.
Sebab time tu, tengah praktikal.
Online je keja. Memang sentiasa di ofis gak waktu tu.
Time tu jugakla, member sepraktikal aku try gak buat blog.
Sampai member aku di lawas pun ikut sama blogging.
Apa lagi, naik gila la cari follower. 
Sampai aku sanggup buat entri penuh-penuh.
Semata-mata nak bagi blogger lain baca.
Dan cari ramai follower yang memang nak sangat follow aku. Hehehe
Tapi time tu, blog aku masih tak lawa lagi.
Tak taw la sekarang, lawa ke tidakk ek?? Blog aku ni? =P

Sampai satu masa tu, aku baliklaa p sabah.
Biasala, tak sah kalau tak bercuti kat ruma sepupu disana.
Bulan 3 tahun 2012 tak silap aku.
Betul laa tu, tahun tu.
Dia memang pakar bidang blogging ni.
Aku mintak dia tolong ubah, dengan lebih faham tolong aturkan apa yang pelik dalam blog aku.
Kemaskini apa yang patut, kira nak cantekkan lagi macam blog dia. 
Apalagi, semua benda dia ubah.
Satu malam dia buat blog aku.
Tengok? Betapa minat gilerr nya dia dengan bidang blog ni.
Aku time tu, sibuk dok tido.
Penat sangat pas jejalan bandar KK.
Tersedar aku dari tidur, tengok dia masih gak duduk menghadap lappy.
Aku pun malas la nak kacau.
Keeseokkan harinya, kitaorang masing-masing dah nak siap pegi pulau.
Lupa la aku kat kawasan mana.
At the same time, memang kecoh la amaran tsunami tak silap aku.
Ingat lagii, macam nak tergelak pun adaa.
And sempat lagi la dia tunjuk blog aku yang dia gubah.
GILA! Memang terperanjat gilerr beb!
Memang berubah habis.
Rugi lerr, aku tak simpan gambar2 blog  yang aku snap dulu.
Hilang entah ke mana. Hehehe
Shout box aku dia ubah, header, semualah!
Aku akui, memang masa tu aku tak pandai sangat atur blog.
Apa lagi, bersemangat habislah aku untuk blogging.
Balik je dari sabah, aku terus dengan aktiviti blogging aku.
Banyak benda aku kongsilaa dalam blog aku.
Semalam aku try bukak la entri lama-lama.
Weinaa, memang ada yang menghappykan, memang ada yang menyedihkan.
Semua aku coretkan dalam blog ni.
Sampai pernah lah orang marah aku cerita perihal sendiri dalam blog.
Memang aku akui, blog ni kira bukan rahsia laa.
Takkan la semua benda nak gitaw kan? Ada betulnya tu. Hehe SORRY YA BRO!

Tahun lepas la tak silap aku, time aku tengah putus cinta la, Hihihihi putus cinta la sangat! =P
Aku ubah lagi semua blog aku.
Aku cuba belajar benda baru tentang blog.
Macam nak atur header, shout box, semualah!
Alhamdulillah, kiranya teror dah laa.
Hihihihii puji diri sikit. Bukan nya selalu kan.
Tapi nak ditengokkan blog aku macam kelam kabut je kan?
Tahlaa, AT LEAST AKU TAK PAKAI BLOGSKIN KAN!
Aku buat sendiri je pun. 
Usaha diri je semua ni, berbaloi laa kita ni kretif.
Wah!! Puji lagi ker ni? (muka tak malu sikit)
Apapun, memang aku puas hati la dengan blog aku sekarang.
Sayang gak nak tutup blog aku ni.
Nak buat macam mana kan, kiranya, aku kena pergi la.
Tak selamanya kita boleh begini.
Walau time ni aku bersusah payah tengah cari kerja terbaik, aku kena sabar.
Sekurang-kurangnya, ada gak pengalaman aku timba buat masa ni.
Blogging ni memang best beb!
Tumblr pun best gakk.
Tapi cukupla sampai sini ho.
Aku macam ketagih je nak blogging.
Cari follower bagai.
Alasan aku? Sebab boring.
Kalau dah online, lupa kiri kanan beb.
Masa pun bergerak dengan pantas.
Dari tadi gak la aku ni online.
NON STOP!!!

Apapun, hidup mesti diteruskan.
Bulan 3 ni, banyak cabaran.
Banyak dugaan.
Masa berlalu dengan pantas.
Teramat pantas bagi aku.
Pantas sepantas-pantas nyerrr.
Dan genap laa 3 tahun aku memblogging. Dan genap laa 2 tahun ermmmmmm............. SABAR! 
Tapi nak buat macam mana, ketentuan Allah gak.
Jodoh, ajal, maut tu semua ditangan Allah. Dia tentukan apa yang terbaik.
Kita harus bersyukur, sebab masih bernafas. Masih lagi sempat nak bertaubat.
Kisah blogging aku ni pun cukupla sampai sini yeekkk.
Ada masa kita blogging lagi.
So takde la lagi budak yang kaki follow, komen bagai dah.
Hehehehe
Adiossss! Peacee............................................

Eh lupa, last drawing untuk semua, aku tak taw apa ada diotak sampai buat macam ni sekali.
Hahahha ala, masa tu tiba-tiba je lagu Yuna berkumandang.
So dengan imaginasi aku yang kuat ni, aku p la lukis.
Tapi takla, sehebat Abg Rusydee kita kan. :D
Memang sememang nya teror melukis. 
Dan bab-bab blogging jugak!
Salah satu rakan blogging muslim sejati.
Ni Blog dia, kalau nak view --------> RUSYDEE
Try je la follow, kalau ada blog tuu okee.

Btw, nahhh untuk dia heyy untuk diaaa ~~~~~~~~ (kekasih lama - dialog P.Ramlee)


AMACAM? CUTE TAK? HAHAHAHA SORY LER, ni je termampu. 

P/S : Oh ya, atas permintaan kawan-kawan blogger, dorang asyik tanya lagu apa yang tengah berkumandang di blog ni, so untuk pengetahuan anda, inilah lagu Laluna band! Tajuk dia LARA HATI. Tak silap aku, aku ada gitaw la lagu ni sebelum ni? Apapun, lagu ni memang first dengar aku terpikat terus laa. Selain lagu Selepas kau pergi dan Membekas dihati. Aku taw band dan lagu yang dua tu dari seseorang gak. Dan Lara hati ni, aku dengar time aku tengah-tengah dok boring layan you tubee. Weeeeeeeeee ~~~



Ni salah satu member blogger tanya lagu ni. Thanks yee SYAHIDAH. Sebab minat! =)


Ni gak, budak blogger yang minat. Btw, thankss. =))

Part aku suka lagu ni, ehh kalau bole semua lirik dialah aku suka. :'D
" Ku coba tersenyum, saat kau pergi. Meski lara hati menangis melepasmu, andaikan kau tahu, betapa aku masih mencintamu, ingin rasanya aku memelukmu. Tuk terakhir kali sebelum engkau pergi, namun ku takut tak mampu menahan air mataku............."

Pahitpun itu ku tersenyum. Senyum je k selagi termampu. :"D
" Terima kasih atas segalanya. Yang telah kau beri, amat kuhargai. Semua ku simpan dalam hati.
Penuh riang tawa mesra terukir di hati..."

PERHATIAN!!! ADA SOALAN NI. MANA SATU KAMU ?? ANSWERR OKEE :D
Klik ini ---------> GILA GILA (game best, bukan virus!!!)



♥ hidup ini indah tapi tak seindah surga. ingatlah Allah sentiasa ada untuk kita. Amin :') ♥

05 March 2013

♥ tentera sulu tuntut Sarawak dah ♥


Assalamulaikum para hadirin hadirat sekalian alam.
Entri kali ni memang mengejutkan aku yang tengah dok stalker blog budak.
Aku dikejutkan dengan berita yang memang aku tak taw tarikh nya bila!
Hari ni kot, sebab takde pulak dalam berita.
Betul ke ni? Apa yang aku tengok dan baca?
I need explanation!!!

CUBA TENGOK NI!!!!
Hahahah aku memang la tak taw apa-apa dalam surat khabar diatas.
Bab aku belum baca pun.
Gambar ni pun aku ambik dari salah satu blog budak.
Main terjah jee.
Yang peliknya sekarang, apasal pulak Sarawak ek?
PLUS! Kenapa baru sekarang hak-hak Sulu ni di persoalkan dan mana jawapan nya?
Aku tak kisah la Sarawak atau Sabah.
Tapi kenapa baru sekarang semua ni terjadi baa??
Apa MOTIF dorang?
Apa dorang nak sebetulnyaa ni?
Cer citer cer citer ~~~
Dah sah-sah Sarawak ni dulu dibawah kekuasaan Srivajaya sempena nama bapak aku Jaya.
Uihh, apa aku melalut ni.
Sorry la aku gitaw, aku sejarah-sejarah ni masa SPM dulu 7 je dapat. Terok sangat ker bunyinyer?
Jadi tak taw laaa sangat pasal sejarah.
Aku ambik dari wikepedia je pun nii.
Ala, tak de la buta sejarah sangat, just malas nak bukak buku teks Form 4.
Sekarang dunia IT kan, taip je semua benda kuarr.
Benda lain pun turut kuar.

Berbalik kepada news diatas, apa cerita ni beb?
Ada siapa-siapa sudi nak cerita kat aku tak?
Sebab aku betul-betul tak taw kisah semua ni.
Aku just taw pasal Sulu tengah ceroboh Lahad datu dan kena tempiasnya Semporna.
Sudah-seudahlaa, semua ni boleh dibawa bincang.
Taw la pilihan raya tak lama lagi.
Jangan2 ni main politik tak? Tapi nape sampai terbunuh begini.
Ada orang ketiga ker? Disebalik semua ni?
Wallahualam, aku tak taw la beb.
Sebab semua ni, Allah tentukan.
Benda ni terjadi pun sebab tangan manusia sendiri.
Kalau janji ditepati, takkan jadi macam ni. Kan?
Negara kita masing-masing ada undang-undang.
Apala sangat dengan cara berperang bagai ni?
Kaum Sulu tu asalnya Islam kan? Wallahualam.
Kita masing-masing Islam, kena fikirkan sendiri lah ye.
Walaupun aku mampu gtaw dalam blog ni, sekurang-kurangnya aku gtaw la apa yang patut.
Harap-harapla kaum Sulu baca blog aku yang tak seberapa ni.
Jangan la saman aku gara-gara benda aku bagitaw ni.
Sebab aku tak taw apa-apa. Hehehehe
Cuma mampu berdoa sekarang.
Semoga apa yang terjadi ni dihentikanlah!
Gustong-gusto ko MALAYSIA!
Mahal kita!
Apa kejadahnya ni?
Aiyaaa...................
Tak larat dah aku nak menengok segala berita bagai ni.
Buat hati aku susah jee.
Jadi baik pekakkan telinga, butakan mata dan bisukan mulut.
Settlee kot kalau cara begini.

" Sebelum aku terlupa, marilah kita sama-sama beri penghormatan terakhir buat ASP Micheal Padel. Berasal dari Sarawak, dan bertugas di bahagian Cawangan khas IPD Semporna dan meninggalkan balu Puan Jabah serta anak lelakinya yang berusia 11 tahun.."
RIP

Peaceee...................................

P/S : Jangan jadi hero sangat, nanti silap hari bulan menempah maut. Kita hidup didunia ni jangan terlampau hebat sangat, ikut main kepala sendiri je, tak semua benda kita buat tu Allah suka. Even bagi kita tu dah terbaik. Ingat-ingatlah, Allah Maha Adil. Bukan kita yang sepatutnya hukum insan lain. Tapi Dia yang maha Berkuasa. Kalau kita yang hukum insan lain, Allah tak teragak2 nak hukum lebih dari tu. Pernah gak la aku bahas hal ni. Tak ingat plak entri yang mana satu. Hehe apapun setiap bencana atau perkara yang berlaku, pasti ada hikmah disebaliknya. Sendiri maw ingatlaa beb! Malam ni malam selasa. Takde hal la, bukannya buat apa pun. Tido lewat la nampaknya macam biasa. Weeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee................... :'D


Bersama-sama kita doakan keamanan SABAH! Amin rabbalamin. In sha Allah, tak lama lagi selesai gak tu. 


♥ hidup ini indah tapi tak seindah surga. ingatlah Allah sentiasa ada untuk kita. Amin :') ♥

03 March 2013

♥ kecewa dalam hidup ♥



Assalamulaikum sahabat sekalian.
Aku takde mood nak blogging.
Atas sebab hati ni tengah sedih dan kecewa.
Aku blogging gak.
Untuk buang masa sekejap. Takut terlelap petang-petang begini.
Aku ni baru je balek dari buat kerja terus g shopping jap.
Tu gambar atas sebelum nak terjun ke pasar la tadi.
Tunjuk wajah yang lesu jap!
Taw tak korang? Aku nak cerita sikit!
Aku ingatkan tadi, dapat beli barang yang memang dari dulu aku idamkan.
Aleh-aleh takde! Sebab size aku takde plak.
Sapa tak sedih?
Nangis dalam hati je la kan.
Buat-buat tersenyum, padahal dalam hati ni Tuhan je taw.
Aku taw la benda tu takla penting sangat.
Tapi benda tu dari dulu aku nak.
Sapa tak kecewa?
Hati dah gumbira je tadi nak g beli.
Last-last? Takde plak.
Sedih teramat amat amat amat sedih!
Balek dari shopping tadi, aku terus masuk bilik.
Nak nangis, tapi tak tekuar pulak air mata ni.
Menangis dalam hati la tu! Hehehe
Sabar je la kann. Apala daya ku.
Dahla takde keja! Takde duit je lagi! Barang tak dapat plak tu!
Dugaan sungguh dalam hidup aku kan.
Gara-gara barang je aku boleh down.
Aku sakit otak sikit. Hahaha

Apala malang nasib aku ho.
Takpe, aku kan kuat!
Aku kan tabah!
Jadi aku kena terima semua ni.
Aku kena terima apa jua keadaan sekarang.
Walau apapun terjadi.
Aku mesti senyum!
Pahitpun itu ku tersenyum! SENYUMM!!
Senyum sampai satu tahap aku tak leh nak senyum lagi.
Aku kena sabar! Kena tabah!
Mesti kuat! Tak maw sedih-sedih laaa!!
Sakit! Benci! Dan jadi dendam nanti.
Taknak! Taknak tu semuaa! TAKNAKKKK!!!!
Korang tak rasa ker, macam ada je cerita disebalik ayat aku suma kat atas ni kan?
Takpelaa. Biarlah rahsiaa........... :")
Aku tak leh paksa diri aku ni untuk jadi seorang yang lemah!
Aku kena buang sikap lembut aku ni!
Arggghhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Aku pondan kee?

Tadi kan, tengah aku baring-baring sorang-sorang dalam bilik. 
Sempat gak aku lukis satu gambar dalam diari aku.
See? Perasaan aku ketika ni. :')


Tak sangka pulak boleh jadi lukisan. Ingatkan nak luah rasa jee.
Aleh-aleh ni jadi. Kesiann. =)

Apapun, dalam hidup ni walau pahit mana sekalipun, kena tabah!
Ingat Allah selalu. Dia yang bagi dugaan ni kat kita.
Mungkin ada hikmah disebalik apa yang terjadi.
Yang penting kuat! Even ko pelu pendam semua ko rasa semenjak dua menjak ni.
Sabar je k Emel. Ko kan HEBAT!
Tak salah bagi semangat untuk diri sendiri.
Kalau tak kita sendiri, siapa lagi?
Lepaskan semua kat Allah.
Dia maha mendengar dan sentiasa mendengar.
Peaceee................

P/S : Harap di bahagian Semporan dan Lahat Datu semua nya baik-baik saja. Ada satu hati aku tertinggal kat sana. Harap takde apa yang terjadi lagi macam semalam. Sampai kan roh aku entah kemana jasad aku kemana sebab tak sedap hati. Dan semua nya dalam keadaan terkawal. Ingatlah, Allah sentiasa beri kesusahan mawpun kesenangan. Untuk apa? Untuk kita sentiasa ingat Dia. Amin. In shaa allah. PrayForThem. :')



♥ hidup ini indah tapi tak seindah surga. ingatlah Allah sentiasa ada untuk kita. Amin :') ♥

02 March 2013

♥ hari terakhir ♥


Assalamulaikum ya kalian semua.
Lagi buat apa petang-petang macam ni?
Aku dok ruma je pun.
Takde benda nak dibuat so aku memblogging kan diri aku.
Btw, happy MARCH yee semua.
Harap bulan ni bulan terbaik.
In Shaa Allah, banyakkan berdoa.
Semoga rezeki dilimpahi olehNya.
Macam aku, mungkin bulan ni satu permulaan kot.
Yela, kena cari la job baru.
Nak lama-lama kat sini pun mana boleee.
Dah cukup tempoh untuk timba pengalaman baru.
So kita buat tak taw je la kann.
In sha ALLAH, rezeki ada dimana-mana sayang.
Janji hati tu terbuka untuk menerima even berat pun.
Jangan di tolak rezeki yang dah ada yeekk.

Sepanjang aku di ofis, ni kisah semalam laa.
Dok sibuk-sibuk bosan sampai tahap maksimum!
Aku p la lukis gambar kartun.
Padahal gambar tu menunjukkan aku dah tahap kebosanan.
Al maklumlaa, start bulan baru, hidup pun baru laa.
So sebahagian lukisan aku yang tak berapa nak cantek sangat laa.


" aku rasa dah cukup besar kot buat tengok. Ni la saat-saat terakhir penghabisan kan "

Walau tak seberapa, cukupla ni.
Untuk melepas kebosanan dihati.
At least terhibur gak hati yang tengah busan teramat.
Sebetulnya, aku banyak baca novel.
Biasala, dah takde keja.
Dan tak dibagi kerja, nak buat apa lagi kan.
Selain baca novel, aku memang suka lukis-lukis macam ni.
Belum lagi aku lukis wajah manusia. TETTTT!!!
Tu hobi lama. Malas nak lukis-lukis sangat.
Sekarang ni lebih suka lukis kartun jee.
Tak la aku perlu pakai 2b dan pemadam kan.
Sebab lukisan kartun aku kat atas ni pakai pen je. 
Tu aku edit.
Biar nampak sikit.
Tak caya kerr? Aku pakai pen jee?
Kalau tak caya, tengok betul-betul. 
Ada kesan liquid paper gak kat sana.
Akibat rasa hebat, habis laaa tak leh padam.
Sebab pakai pen kan.
Bukan selalu rasa hebat.
Sekali sekala baa.
Ndak juga salah kaann?
Cewaahhh!! 

Mesti korang ingat aku ni budak sabah kan?
Kes tu, tunggu entri baru lagi k. 
Aku budak  mana, asal mana, pa suma.
Sebab ada budak tegur aku, aku ni budak semanjung la, sabah laa.
Tapi more ke sabah laa.
Ba ba, kesian kann.
So korang rasa budak mana aku ni? Aku nak tutup semua info aku.
So bole la main teka teki. Hehehe
Apapun, tunggu je lah entri baru aku.
Yela, mana taw korang rajin nak jenguk blog aku yang hampeh dan taw mengarang je kan.
Ala, tempat nak buang masa sini la pergii.
bab lama dah rasanya tak blogging ni.
Aktif kat sini pun oke baaa.
:D

Last drawing from me :


"tabahlah hati ini Ya Allah"
Lukisan ni aku buat time aku betul-betul down tempoh hari.
Lukisan diwajah tak sama dengan lukisan dihati.
KAN????
Peacee........................

P/S : Aku persembahkan lagu LALUNA - LARA HATI dalam blog aku ni. Tak taw lagu baru ke lagu lama. Apapun, lirik dia betul-betul menggamit rasa. Tapi aku tolak laa tepi-tepi perasaan ni dah. Aku tak fikir apa-apa sekarang. Sebab aku penat dah kott. Biarlah sendiri begini. Aku pun cuba bahagiaa sekarang walaupun pahit takde siapa-siapa disisi untuk ku luah semua rasa. Allah sentiasa ada buat aku. Janji dia bahagia. Aku turut bahagiaa. :'D

"tak yah dengar sangat, dalam blog aku ni dah ada lagu dia yang berkumandang punn.."



♥ hidup ini indah tapi tak seindah surga. ingatlah Allah sentiasa ada untuk kita. Amin :') ♥