My photo
Malaysia
Having a great name is wonderful feelings i ever had. Nurul Emildza Binti Jaya. Born on May 1991. Live at Kuching Sarawak. Borneo blood. Mix bidayuh malay. Having a suck life but still make it wonderful. No one knows what she's feelings until they know her. If they know. If only the knew the truth. But not inside. the best word for describe her " AKU TABAH BERJALAN SEMBUNYIKAN HARAPAN..." - xoxo

07 February 2013

♥ setia hujung nyawa ♥


Kon'nichiwa to aisatsu !!!
Nani ka ata no?? Kenko?
Daijoubu kibo! Oke! :'))

Entri kali ni pasal cerita yang memang jadi buah mulut orang!
Rasanya ramai kot yang akan mengentrikan pasal cerita setia hujung nyawa ni kan.
Sebab dlm home kemain lagi dah ada dah tajuk dan entri dorang. 
Apapun, hari ni last episode cerita tu.
Sweet sangat! Best dan betul-betul membuka mata dan minda.
Cerita tu aku follow dari episode satu sampai last ni.
Memang pengorbanan tu nampak la.
Setia pun nampak juga.
Ala, setakat cerita yang memang di suruh buat watak begitu dengan bayaran yang tinggi,
confirm sangat la akan jadi best sesangat. Kan?
Kalai aku disuroh begitu pun confirm menjadi gak. =P

Last episode ni memang banyak benda buat kita teringat, sedih dan happy.
Yang teringat-teringat tu, buat bodo je la kan.
Sebab tu kisah lampau.
Igauan dulu kala jengking tengah nak membesar.
Kalau yang sedih tu, bila cinta tak terbalas untuk peluang kedua.
Dan mendoakan kebahagiaan orang tersayang.
Syok giler dan best!
Kesian gak kat Ikram masa tu laa.
Sampai mummy pun bole nangis tengok cerita tu. Opps!
Aku tengok je, tak pulak feel sampai nak kuar airmata sangat.
Sedih tu memang la. Ala tu cerita je pun.
Yang part happy plak, dorang bahagia akhirnya.
Yela, dulu Ersalina dituduh KOTOR! JIJIK! Pe suma.
Tapi berkat kesetiaan dia sebagai seorang isteri, akhirnya kebahagiaan yang hadir.
Tak sangka kan, Zain pernah ada masa lampau gak dengan Ex dia Ekin.
Ekin pun so far, suami dia terima dia seadanya.
Alahai, bertuah sungguh kalau jumpa yang begitu.
Uihh, apa aku melalut ni?
Keluar dari topik sangatttt! 

Apapun, itu hanya cerita.
Kalau pernah terjadi pun, belum tentu persis sama dengan cerita ni kan?
Kalau ada, buat la untuk dijadikan tauladan.
Memang cerita ni macam menyindir agama.
Tapi semua tu banyak bagi pengajaran.
Dan betul-betul mengajar.

" Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan "
Ayat ni dalam cerita setia hujung nyawa.
Aku pernah post dulu la kat FB.
Aku copy pun melalui Aizad Alias gak kat fb dia.
Kira kami team blogger jugaklaa. View je la dia.
Kalau minat gtau je.
T aku tolong rekomen kan.
Single lagi tu. 
Pernah gak la aku cerita pasal mamat ni.
Klik entri ni, ---> KLIK .
Tapi lama plak tak dgr cerita dia. Kan?

Uihh apa lagi aku melalut ni?
Aiyaaa! Apapun, buka hati dan minda ye sekarang.
Banyak benda kita tak taw apa akan jadi di masa hadapan kita.
So kena siap dan sedia.
Sebab mungkin banyak benda yang mengejutkan.
Dunia penuh dengan kejutan.
Yang tak dijangka akan hadir dalam hidup.
Yang tak disuka pasti akan hadir juga.
Dan yang di puja akan pergi terus.
Tak selamanya kehidupan kita begini.
Jadi apapun yang terjadi, senyum sokmo laaa.
Be happy dan berserah kepada Allah bak kata pacik zul salu.

Sebuah senyuman buat anda semua.
Bertarikhkan hari ini 7 Februari 2013 tahun ular.
Jam 9.15 pagi time kerja.


Watashi Emildza dess!
Lama dah tunjuk wajah ayu nan jelita ni bertudung. Kan?? PUIII!!!
Pahitpun itu ku tersenyum.

Konkai wa kore dake.
Anata ga watashi no kiji o yonde jikan o saite kansha!
Assalamualaikum. 


♥ hidup ini indah tapi tak seindah surga. ingatlah Allah sentiasa ada untuk kita. Amin :') ♥

2 comments:

Quran Kini said...

Assalamualaikum,

Saya dari QuranKini.com ingin ingin menjemput saudara/saudari untuk menyertai program affiliate kami (produk: Al-Quran Digital) dan menjana pendapatan tambahan melalui blog ini. Ia baru sahaja dilancarkan hari ini.

Mudah sahaja: -
1. Daftar PERCUMA di QuranKini Affiliate
2. Login akaun anda.
3. Pilih tab 'Bahan Promosi' > 'Banners/Links'
4. Copy & paste link pada blog anda

Setiap unit yang terjual, anda bakal menjana RM50 dan bayaran komisyen dilakukan setiap minggu terus ke akaun bank anda. Malah bukan itu sahaja, bayangkan ganjaran pahala yang bakal anda terima setiap kali pembeli membaca Al-Quran Digital tersebut = pelaburan akhirat.

Terima kasih,
Team QuranKini

p/s: Sila sebarkan jemputan kepada rakan-rakan anda yang lain. InsyaAllah mendapat keberkatan bersama!

Emildza Jay ♥ said...

Wasalam. In shaa Allah. :)