My photo
Malaysia
Having a great name is wonderful feelings i ever had. Nurul Emildza Binti Jaya. Born on May 1991. Live at Kuching Sarawak. Borneo blood. Mix bidayuh malay. Having a suck life but still make it wonderful. No one knows what she's feelings until they know her. If they know. If only the knew the truth. But not inside. the best word for describe her " AKU TABAH BERJALAN SEMBUNYIKAN HARAPAN..." - xoxo

15 February 2013

♥ kekurangan dan kelebihan ♥


Heiwa to oyasumi!
Ogenkidesuka? Kenzen'na?
Yoi yuiitsu no kibo!
Hope faham la bahasa japannnggg aku ni oke? =))

Entri kali ni nak menegakkan beberapa isu laa.
Minta maaf terlebih dahulu kalau entri kali ni buat ada yang terasa hati ker apa kan.
Manala taw ada yang rajin nak stalk bagai.
Sorry aku salu tutup bukak je blog ni.
Bukan apa, malas nak mintak orang taw keadaan aku cam mana.
Mengarang lagi ka tidak kan.?
Kalau mengarang, ada pulak yang makan hati.
Bak kata pacik, tu blog ko, suka hati ko la nak buat apa. Oke!
Suka hati aku la juga kann. 

So, entri ni tentang kelebihan dan kekurangan ada pada kita.
Ya aku akui ramai yang nampak kelebihan yang ada pada seseorang.
Padahal dorang hanya tengok dari segi kelebihan tu je.
Kekurangan? Still tolak ke tepi.
Yang penting kelebihan tu boleh buat seseorang bahagia.
Oh YOSHH!! Aku memang salu begitu.
Aku akan padan kan kelebihan aku dengan orang lain.
Padahal aku tak nampak pun kekurangan seseorang tu.
Tapi hidup ni tak selalu nya indah untuk dijalani.
Sekarang kena hati terbuka lah.
Kita bukan budak kecik lagi yang masih di tingkatan 3 ke 5.
Now dah masuk 20+ pun. 
Padahal memang aku dah lanjut usia jugak.
Nak taknak, kena hadapi apa yang bakal tiba.

Untuk pengetahuan kalian.
Kelebihan yang kita ada ni kadang-kadang buat kita rasa sedih gak.
Kalau taw hujung pangkal, orang akan lebih nampak kekurangan tu.
So disini, kalau boleh, tengok dulu apa kurang nya seseorang.
Macam aku, dulu memang aku rasa semua orang bahagia.
Padahal dalam bahagia mereka tu terselit seribu kesedihannn yang teramat.
Jadi aku kena seimbang kan kelebihan dan kekurangan seseorang tu.
Aku akui juga, kelebihan yang aku ada sekarang buat aku merasa terseksa dari segi batin maupun zahir.
Yela, tak pasal-pasal kena kuarkan air mata kalau sesuatu yang menyedihkan terjadi.
Its oke, itu semua Allah yang tentukan.
Lagipun tu semua dari tangan aku jugak kan..
Dalam hidup tak leh nak berpihak ke takdir.
Seolah2 kita masih menyalahkan takdir.
Sedangkan apa yang terjadi tu berpunca dari tangan kita sendiri.
So jangan salahkan takdir semua.
Sebab salu kita dengar orang akan cakap, "SEMUA TU TAKDIR"
Oh my GOD! Cuba fikir sedalam nya, takdir tu berpunca dari tangan siapa juga?
Ya memang betul, semua tu Allah tentukan.
Kalau kita adil dengan diri kita, kalau kita berfikiran matang, 
dan marah tu jangan terlalu menguasai diri, mungkin takdir boleh dipertahankan. 
Ni semua nak berserah dengan takdir.
Memang betul, perancangan Allah tu terbaik.
Tapi selagi kita tak buat terbaik untuk kali keduanya, sampai bila?
Dah banyak peluang Allah bagikan.
Tapi tak di pratikkan.
Wah!! Aku kalau bab2 begini NOMBOR ONE!
Padahal, sendiri? Hahahaha
Takpe, sekadar renungan untuk diri sendiri gak ni.

And lagi satu, dalam hidup jangan gopoh sangat!
Kalau gopoh, confirm tak rasa selamat.
Kerana tamakkan sesuatu, kita sanggup berkorban untuk lain.
Sekarang? MERANA?
Tak boleh macam tu.
Hidup kena seimbang.
Bila pahit datang, cuba untuk buat sesuatu yang manis.
Jangan benda tu bila dah manis, manisssss je terus.
Last-last pahit yang lebih hadir.
NO WAY! Kena seimbang taww!
Itu yang banyak mengajar aku.
Ya aku akui lagi memang susah untuk buat yang terbaik dalam hidup ni.
Tapi nak buat cam mana?
Kita kena gak kuat dan tabah.
Walau ko perlu berdiri sendiri.
Tak kisah lah kalau takde yang sudi nak dengar apa masalah kau.
Apa kau hadapi.
Batin kau terseksa ke apa.
Yang penting, Allah ada.
Ko tabah, berdoa siang malam.
Untuk kesabaran dan ketabahan.
Baru dapat belajar dari pengalaman.\
Baru hati kau sentiasa tenang.
Ni tak? Lepas je kecewa, lepas je bersedih,
Memberontak, jadi insan terok lah.
Cari kedamaian baru lah itula inila. Bla bla blaaa..
Last-last? Sedih jugak berpanjangan.
Itula dugaan dalam hidup ni tak pernah lekang.
Ada masa Allah bagi kegembiraan tu.
Tapi pada masa yang sama, Allah hadirkan kesedihan yang teramat.
Sebab apa? Sebab Allah rindu dengan kita.
Rindu dengan doa kita.
Rindu untuk kita luah kepadaNya.

Memang AKU TAK LAYAK UNTUK BAGITAW BEGITU!
Tapi senakal-nakal aku, aku masih lagi berakal!
Jangan terlalu fikirkan kesedihan atau kesunyian.
Sekarang baru aku mengerti tentang kehidupan.
Tak selalunya indah.
Padahal kepahitan tu memang salu hampir dengan kita.
So renungkan dan selamat beramal.
Even aku tak pantas untuk berbicara begini.
Siapalah diri ini kannn. Hehehe

And one more thing.
Kelebihan dan kekurangan tu kena seimbang!!!
In Shaa Allah, kau pasti dapat apa kau maw selama ini.
Jangan terlalu terdesak mencari kebahagiaan kerana DENDAM SEMALAM.
Ada sesetengah kita memang macam tu.
Aku pernah gak terfikir dendam-dendam bagai, tapi tak terlintaslaa.
Just dia melintas macam angin lalu jee.
Sebab akan ada banyak hati tersakiti.
Kalau kita buat sesuatu semata nak balas dendam
Termasuk hati aku sendiri.
Ni lah gara-garanhya bila novel banyak sangat dibaca. Hahaha
Ala, aku bukan Tuhan nak hukum siapa-siapa.
SEBAB! Takut nanti satu hari, Allah berikan penderitaan. Penderitaa teramat sangat!
Dugaan yang sarat untuk kita terima.
Bukan mendoakan, cuma mengingatkan.
Allah tu kan MAHA ADIL!
Dia lebih taw apa yang terbaik.
Tak semestinya kau kecewa, kau putus cinta, kau gaduh dengan keluarga,
ko kena cari hala tuju hidup lain.
Terus nak memberontak.
Nak bersikap degil dan sebagainya.
Bukan begitu caranya.
Cuba muhasabah diri dulu sebelum bertindak diluar jangkaan.
Kenapa kau begitu, kenapa kau begini??
Allah takkan bagi dugaan tu sesuka hati dia.
Cuma dia mintak kau mengingati dia sentiasa.
Sudah cukup untuk Dia.
So tabahlahh hati bila perlu berdiri sendiri.
Jangan harapkan belas kasihan orang lain.
Takkan kemana juga.
Allah lebih penting.
Dialah segalanya bagi aku sekarang.
Baru aku rasa macam mana hadapi sesuatu tu bila berseorangan.
Bukan takde kawan, cuma sudi kah mereka untuk mendengar?
Sudikah mereka menerima?
Padahal dihujungnya aku juga dipersalahkan.
SO tak payah kot.
Allah maha mengetahui. ALLAHUAKBAR! 

* aku nakal gak, tapi nakal aku bukan untuk semua.. Aku sedar aku bukan terbaik di masa depan. *



" Selagi kita masih menulis, selagi itu Allah takkan padam sampai satu saat kita sendiri yang memberhentikan untuk menulis dan Allah memadamkan semua atau sebahagiaanya. Takdir tu kita cipta kerana tulisan kita, cuma Allah hanya penentu. Jangan menyesali takdir. Semakin kau menulis, semakin itu takdir kau tertulis. Cubalah faham akan maksud takdir. Benda aku coretkan selama ni aku yang berhentikan semua. Semua dari tangan aku. Sebab itu Allah padamkan apa yang perlu. Untuk aku coretkan lagi. Semua tu kerana TANGAN KITA. Semakin aku tak coret, semakin tu aku tak jumpa yang terbaik dalam hidup. "

Assalamulaikum. Peaceee. :D


♥ hidup ini indah tapi tak seindah surga. ingatlah Allah sentiasa ada untuk kita. Amin :') ♥

No comments: