My photo
Malaysia
Having a great name is wonderful feelings i ever had. Nurul Emildza Binti Jaya. Born on May 1991. Live at Kuching Sarawak. Borneo blood. Mix bidayuh malay. Having a suck life but still make it wonderful. No one knows what she's feelings until they know her. If they know. If only the knew the truth. But not inside. the best word for describe her " AKU TABAH BERJALAN SEMBUNYIKAN HARAPAN..." - xoxo

28 February 2013

♥ kehilangan seseorang tu memang perit ♥


Assalamulaikum ya habibi ya maulana.
Kamu sekalian apa kabar?
Sihat ka juga?
Alhamdulillah, sihat gak aku ni lepas dari segala penyakit.
Apapun, takziah buat keluarga jauh nun disana atas kehilangan seseorang.

Sebut pasal kehilangan, entri aku kali ni, memang nak ceritakan serba sedikit pasal diri aku gak.
Yaa, memang perit bila kita kehilangan seseorang yang memang dah lama jadi tulang belakang kita.
Maksud aku, sebahagian hidup kita dimana dia tempat kita bergantung.
Aku akui, aku kehilangan seorang ibu tercinta.
Umur pun belum mencecah 13 tahun lagi masa tu.
Korang bayangkan, aku yang masih 12 tahun.
Masih blur-blur, tak taw apa-apa.
Tiba-tiba je dapat taw arwah mak pergi menghadap ilahi buat selamanya.
Time tu aku tak menangis.
Tapi aku tengok orang sekeliling aku ramai yang bertandang.
Aku sungguh sungguh tak terasa kehilangan masa tu.
Sampai satu detik time tu, aku dipanggil untuk melihat jenazah.
Ya Allah, dengan mata kepala aku sendiri aku melihat sekujur tubuh yang amat aku cinta dan sanjungi selama ni menghadap ilahi buat selamanya. Kaku! Tak bergerak pun!
Aku lihat wajah jernih arwah ibu. 
Sungguh terkilan dan amat amat terkilan ketika tu.
Tapi aku tak kuarkan airmata pun. Pelikkan?
Entah, apa yang ada dikepala masa tu. Macam trauma!
Aku ingat lagi nenek lelaki (sebelah arwah mak) aku tumbuk dinding.
Dia seolah-olah tak percaya.
Disitu aku ternampak air mata nya mengalir.
Nenek perempuan aku dah menangis sedu-sedu dah!
Disisi aku, adik aku Farah masa tu berusia 10 tahun menggenggam tangan aku sambil kepala nya pusing kanan kiri untuk tengok sekeliling. Mungkin dia pelik kot masa tu.
Biasala, kan budak-budak lagi. Tak taw apa-apa sangat.
Ya Allah, sebaknya terasa bila aku teringat lagi kisah yang hampir mencecah 10 tahun dah berlalu!
Aku sempat lihat wajah suci arwah mak yang terbaring kaku.
Tak sanggup untuk aku menengok masa tu.
Selepas 2 tahun dia bertarung dengan sakit.
Bernafas guna mesin. Berpuasa. Itu ini.
Aku sendiri yang tengok penderitaan arwah mak masa tu sebelum dia pergi. :')
Bapak aku time tu tak menangis.
Tapi dari wajah nya aku nampak dia lesu.
Dia cuba sibuk kan dirinya dengan menguruskan apa yang patut.
Ada satu benda yang buat aku sampai sekarang sedih sesangat.
Biarlah ia jadi rahsia untukku.
Bukan salah sesiapa.
Memang ajal arwah mak dah sampai masa tu.
Pesanan arwah mak tiba-tiba je hadir kat kepala.
Semua pesanan nya aku masih ingat sampai sekarang.
" Nurul jangan sakit. Biar mak je yang sakit, bole jagakan adek2 "
Ya Allah, sebab tu setiap kali aku sakit, ayat tu selalu berbisik di telinga.

Sebelum arwah mak pergi, aku tak sempat nak hantar dia.
Demam teruk sangat!
Tak sangka masa tu dia memang pergi buat selamanya!!
Perit! Dunia macam gelap!
Bubur yang aku masak subuh waktu tu aku lepas dan tinggalkan terus.
Sehingga adek aku yang kecil sekali, haikal belum setahun time tu aku buat tak taw.
Memang terasa macam mimpi sangat-sangat!
Aku tenung wajah haikal ketika tu dengan pandangan yang sayu.
" Apalah nasib kau nanti dek? Lepas ni siapa nak jaga kita selain bapak? "
Macam-macam yang aku bayangkan ketika tu.

Seminggu selepas arwah mak pergi kemudian, bapak langsungkan doa selamat serta jamuan hari jadi untuk haikal yang memang masa tu dah genap setahun.
Memang arwah mak dah pesan sebelum ni, dia nak buat jamuan hari jadi buat haikal.
Tak sangka jamuan hari jadi tu bertukar menjadi kenduri arwah!
Ya Allah!

Paling menyedihkan yang tak dapat aku lupa, bila tiba nya bulan puasa.
Tibanya syawal yang dinanti.
Aku sedih bila lihat baju arwah mak.
Baju kurung moden untuk lebaran tak sempat dia pakai.
Last-last aku yang pakai.
Nasib baik muat!
Sebab arwah mak badan dia kecil.
Bayangkan tinggi dia tu ngam-ngam sama tinggi aku waktu tu.
Umur aku baru je 12 tahun. 
Memang amat menyedihkan.
Bila aku teringat balik kisah ni semua ni.

Tak lambat sesaat dan tak awal sesaat kalau ajal memang tetap ajal yang ditentukan oleh MAHA BERKUASA!
Betapa saat itu kita memang betul-betul kehilangan orang yang betul-betul kita sayang sangat-sangat.
Arwah mak terlalu cukup baik!
Aku akui, aku tak dapat nak tandingi kehebatan dia.
Dari segi masak dan buat kerja rumah. Dan segalanya!
Kesabaran dan ketabahan dia lalui dalam kesakitannya.
Kesetiaan bapak menemani itulah yang banyak mengajar aku erti KEHIDUPAN!
Tak semudah untuk kita lupakan apa yang pernah terjadi dalam hidup.
Benda tu impak paling besar.
Tapi aku syukur, walau pun panas atau hujan, tapi Allah hadiahkan pelangi untuk mengindahkan lagi kehidupan.
Aku bersyukur, sebab hadirnya insan tersayang untuk mengubati kesepian dihati bapak.
Hadirnya mami membuka kebahagiaan.
Mami ibu yang terbaik!
Dia faham kami.
Thanks mom!

Apapun, hargailah ibu bapa sebelum dorang pergi.
Bayangkan kalau dorang takde?
Apa akan jadi kepada diri kita?
Dimana kita nak bergantung harap?
Dimana kita nak berkasih sayang?
Kita sendiri sedih tengok insan lain kehilangan.
Apatah lagi kita di dalam situasi begitu?
Memang tak semua keluarga bahagia, tapi kita sendiri la yang mencipta bahagia tu.
Aku akui, pahit manis dalam kehidupan.
Selagi Allah ada, Dia yang yang akan mebantu kita.
Dia yang bagi masalah, dan dia lah menyelesaikan.
Jangan ketepikan Allah S.W.T!
Redhailah setiap apa yang telah pergi.
Memang pahit untuk dirasa, untuk dilupa.
Tapi itulah hakikatnya dunia.
Ajal, maut, jodoh sudah ditentukan.
Aku pandai je nasihat, sendiri? Hehehe
Ambila nasihat buat diri sendiri gak. =)

Dua keping gambar yang masih tersemat di folder aku. Arwah mak. :')


Al Fatihah buat arwah mak Dayang Binti Shamsudin
Jun 1969 - September 2003

Peace.................

P/S : Takde lukisan hari ni. Nanti-nantila upload. Banyak sangat. Tak sempat nak scan or capture. Hehehe Nak tengok lukisan yang sebelum ni, just try cari post sebelum ni. Oke. Mana taw berminat nak mintak aku lukis. Boleh gakk. Hehehe :)

Sebuah lagu buat semua daripada AIZAD ALIAS Aka Ejad.
Salah satu rakan blogger aku. Teruskan usaha!
Lirik yang sungguh bermakna untuk aku.
KISS THE RAIN. Yarumi




♥ hidup ini indah tapi tak seindah surga. ingatlah Allah sentiasa ada untuk kita. Amin :') ♥

12 comments:

ArifahLee's said...

Peritkan ? Kita sama je. Tp msa tu msa sy 7thn. 7thn yg lps. Skrg ni dh 14thn. :)

Emildza Jayy ♥ said...

Omaigod, 7 years? Kecil lagii. Akak dah 22 dah. Hehe =))

farah deena said...

AL_fatehah untuk ibu> semoga diletakkan di tmpt org2 yg beriman. aminnn.

ikin said...

ya Allah! terharunya baca cerita awk.hampir menitis air mata saya :') Al-fatihah buat ibu awk. lepas je saya baca entry awk, sy rasa sy akan lebih menghargai ibu sy selagi dia masih hidup :")

Emildza Jayy ♥ said...

Hehe hargailah dia ye dek. Masa ni lah kita hargai yang sentiasa ada dgn kita. =))

Emildza Jayy ♥ said...

Al fatihah, amin. Thankss =)

Qin said...

em saya dah takde ayah masa umur 11 tahun . memang perit gila rasa . kebelakangan ni selalu teringatkan arwah :(

nuyeeqa said...

sabar ye kak . sdih sya bce ksah kkak . salam daripada terengganu :)

syahirah said...

kehilangan someone dlm hidup kita mmg perit

Emildza Jayy ♥ said...

Yaka? Tabah lah dek oke. =))

Emildza Jayy ♥ said...

Betul tu. =)

Emildza Jayy ♥ said...

Yela, sabar dah lama dah. hehe =))