My photo
Malaysia
Having a great name is wonderful feelings i ever had. Nurul Emildza Binti Jaya. Born on May 1991. Live at Kuching Sarawak. Borneo blood. Mix bidayuh malay. Having a suck life but still make it wonderful. No one knows what she's feelings until they know her. If they know. If only the knew the truth. But not inside. the best word for describe her " AKU TABAH BERJALAN SEMBUNYIKAN HARAPAN..." - xoxo

28 February 2013

♥ kehilangan seseorang tu memang perit ♥


Assalamulaikum ya habibi ya maulana.
Kamu sekalian apa kabar?
Sihat ka juga?
Alhamdulillah, sihat gak aku ni lepas dari segala penyakit.
Apapun, takziah buat keluarga jauh nun disana atas kehilangan seseorang.

Sebut pasal kehilangan, entri aku kali ni, memang nak ceritakan serba sedikit pasal diri aku gak.
Yaa, memang perit bila kita kehilangan seseorang yang memang dah lama jadi tulang belakang kita.
Maksud aku, sebahagian hidup kita dimana dia tempat kita bergantung.
Aku akui, aku kehilangan seorang ibu tercinta.
Umur pun belum mencecah 13 tahun lagi masa tu.
Korang bayangkan, aku yang masih 12 tahun.
Masih blur-blur, tak taw apa-apa.
Tiba-tiba je dapat taw arwah mak pergi menghadap ilahi buat selamanya.
Time tu aku tak menangis.
Tapi aku tengok orang sekeliling aku ramai yang bertandang.
Aku sungguh sungguh tak terasa kehilangan masa tu.
Sampai satu detik time tu, aku dipanggil untuk melihat jenazah.
Ya Allah, dengan mata kepala aku sendiri aku melihat sekujur tubuh yang amat aku cinta dan sanjungi selama ni menghadap ilahi buat selamanya. Kaku! Tak bergerak pun!
Aku lihat wajah jernih arwah ibu. 
Sungguh terkilan dan amat amat terkilan ketika tu.
Tapi aku tak kuarkan airmata pun. Pelikkan?
Entah, apa yang ada dikepala masa tu. Macam trauma!
Aku ingat lagi nenek lelaki (sebelah arwah mak) aku tumbuk dinding.
Dia seolah-olah tak percaya.
Disitu aku ternampak air mata nya mengalir.
Nenek perempuan aku dah menangis sedu-sedu dah!
Disisi aku, adik aku Farah masa tu berusia 10 tahun menggenggam tangan aku sambil kepala nya pusing kanan kiri untuk tengok sekeliling. Mungkin dia pelik kot masa tu.
Biasala, kan budak-budak lagi. Tak taw apa-apa sangat.
Ya Allah, sebaknya terasa bila aku teringat lagi kisah yang hampir mencecah 10 tahun dah berlalu!
Aku sempat lihat wajah suci arwah mak yang terbaring kaku.
Tak sanggup untuk aku menengok masa tu.
Selepas 2 tahun dia bertarung dengan sakit.
Bernafas guna mesin. Berpuasa. Itu ini.
Aku sendiri yang tengok penderitaan arwah mak masa tu sebelum dia pergi. :')
Bapak aku time tu tak menangis.
Tapi dari wajah nya aku nampak dia lesu.
Dia cuba sibuk kan dirinya dengan menguruskan apa yang patut.
Ada satu benda yang buat aku sampai sekarang sedih sesangat.
Biarlah ia jadi rahsia untukku.
Bukan salah sesiapa.
Memang ajal arwah mak dah sampai masa tu.
Pesanan arwah mak tiba-tiba je hadir kat kepala.
Semua pesanan nya aku masih ingat sampai sekarang.
" Nurul jangan sakit. Biar mak je yang sakit, bole jagakan adek2 "
Ya Allah, sebab tu setiap kali aku sakit, ayat tu selalu berbisik di telinga.

Sebelum arwah mak pergi, aku tak sempat nak hantar dia.
Demam teruk sangat!
Tak sangka masa tu dia memang pergi buat selamanya!!
Perit! Dunia macam gelap!
Bubur yang aku masak subuh waktu tu aku lepas dan tinggalkan terus.
Sehingga adek aku yang kecil sekali, haikal belum setahun time tu aku buat tak taw.
Memang terasa macam mimpi sangat-sangat!
Aku tenung wajah haikal ketika tu dengan pandangan yang sayu.
" Apalah nasib kau nanti dek? Lepas ni siapa nak jaga kita selain bapak? "
Macam-macam yang aku bayangkan ketika tu.

Seminggu selepas arwah mak pergi kemudian, bapak langsungkan doa selamat serta jamuan hari jadi untuk haikal yang memang masa tu dah genap setahun.
Memang arwah mak dah pesan sebelum ni, dia nak buat jamuan hari jadi buat haikal.
Tak sangka jamuan hari jadi tu bertukar menjadi kenduri arwah!
Ya Allah!

Paling menyedihkan yang tak dapat aku lupa, bila tiba nya bulan puasa.
Tibanya syawal yang dinanti.
Aku sedih bila lihat baju arwah mak.
Baju kurung moden untuk lebaran tak sempat dia pakai.
Last-last aku yang pakai.
Nasib baik muat!
Sebab arwah mak badan dia kecil.
Bayangkan tinggi dia tu ngam-ngam sama tinggi aku waktu tu.
Umur aku baru je 12 tahun. 
Memang amat menyedihkan.
Bila aku teringat balik kisah ni semua ni.

Tak lambat sesaat dan tak awal sesaat kalau ajal memang tetap ajal yang ditentukan oleh MAHA BERKUASA!
Betapa saat itu kita memang betul-betul kehilangan orang yang betul-betul kita sayang sangat-sangat.
Arwah mak terlalu cukup baik!
Aku akui, aku tak dapat nak tandingi kehebatan dia.
Dari segi masak dan buat kerja rumah. Dan segalanya!
Kesabaran dan ketabahan dia lalui dalam kesakitannya.
Kesetiaan bapak menemani itulah yang banyak mengajar aku erti KEHIDUPAN!
Tak semudah untuk kita lupakan apa yang pernah terjadi dalam hidup.
Benda tu impak paling besar.
Tapi aku syukur, walau pun panas atau hujan, tapi Allah hadiahkan pelangi untuk mengindahkan lagi kehidupan.
Aku bersyukur, sebab hadirnya insan tersayang untuk mengubati kesepian dihati bapak.
Hadirnya mami membuka kebahagiaan.
Mami ibu yang terbaik!
Dia faham kami.
Thanks mom!

Apapun, hargailah ibu bapa sebelum dorang pergi.
Bayangkan kalau dorang takde?
Apa akan jadi kepada diri kita?
Dimana kita nak bergantung harap?
Dimana kita nak berkasih sayang?
Kita sendiri sedih tengok insan lain kehilangan.
Apatah lagi kita di dalam situasi begitu?
Memang tak semua keluarga bahagia, tapi kita sendiri la yang mencipta bahagia tu.
Aku akui, pahit manis dalam kehidupan.
Selagi Allah ada, Dia yang yang akan mebantu kita.
Dia yang bagi masalah, dan dia lah menyelesaikan.
Jangan ketepikan Allah S.W.T!
Redhailah setiap apa yang telah pergi.
Memang pahit untuk dirasa, untuk dilupa.
Tapi itulah hakikatnya dunia.
Ajal, maut, jodoh sudah ditentukan.
Aku pandai je nasihat, sendiri? Hehehe
Ambila nasihat buat diri sendiri gak. =)

Dua keping gambar yang masih tersemat di folder aku. Arwah mak. :')


Al Fatihah buat arwah mak Dayang Binti Shamsudin
Jun 1969 - September 2003

Peace.................

P/S : Takde lukisan hari ni. Nanti-nantila upload. Banyak sangat. Tak sempat nak scan or capture. Hehehe Nak tengok lukisan yang sebelum ni, just try cari post sebelum ni. Oke. Mana taw berminat nak mintak aku lukis. Boleh gakk. Hehehe :)

Sebuah lagu buat semua daripada AIZAD ALIAS Aka Ejad.
Salah satu rakan blogger aku. Teruskan usaha!
Lirik yang sungguh bermakna untuk aku.
KISS THE RAIN. Yarumi




♥ hidup ini indah tapi tak seindah surga. ingatlah Allah sentiasa ada untuk kita. Amin :') ♥

27 February 2013

♥ aku schizophrenia ker? ♥


Assalamulaikum semua.
Entri kali ni nak terangkan serba sedikit pasal tajuk post aku.
Aku schizophrenia ker?
Ada siapa-siapa taw penyakit apa tu?
Mungkin setengah tak taw sangat kot.
Tapi takkan laa aku ni menghidap binatang tu, aku takkan bole taip seginikan?
Apapun, aku dapat entri ni dari salah satu blog budak.
Baca punya baca, aku ingat kan perihal tak tidur ke.
Banyak berfikir ker apa.
Rupanya pasal diri sendiri atau lebih dikenali mental.
Ni serba sedikit yang dapat aku terangkan pasal penyakit di atas.
Dan aku copy paste je pun dari blog akak ni ----> Pandai2la cari

Semua ni fakta oke. 
So teliti je la bacaan nyeer. 
Bab aku bagi gambar je. 
Malas nak taip lak. Sebab panjang sangat. Hehe
Aku capture je serba sikit. Lebih difahami kot.
Kalau nak lebih taw banyak lagi pasal penyakit ni, click ni -----> schizophrenia 
Ada tak rangkap terakher tu, "mereka bagus dalam bidang seni seperti bla bla bla
Bukan apa, baru je minggu lepas, aku p lukis sampai habis kertas kat ofis
Aku lukis suma kartun-kartun yang melibatkan kawan-kawan aku.

Faktor penyebab penyakit ini :
Keturunan
Semasa lahir
Ketidaknormal sistem saraf otak 
Personaliti
Sikap keluarga
Penyalahgunaan dadah
Biokimis
Persekitaran

* jangan risau, penyakit ni boleh diubati juga.
Jadi takla kronik sangat.
Boleh jadi normal manusia kembali. Hehehe

Sebab benda ni la aku tertarik nak share kat orang.
Jangan ingat hidup di dunia mudah.
Kadang-kadang kita tak sedar apa kita buat.
Sampai kita diuji Allah dengan teruk.
Tak uji dengan fizikal tapi mental kita.
Kalau diuji dengan fizikal? Wallahualam.
Memang dijauhkann.
Macam aku, aku bole lagi handle.
Sebab aku taw Allah sentiasa ada.
Dia uji sebab SAYANG!
Ku akui, aku pernah kena gangguan sebegini.
Iman tak kuat sangat masa tu.
Berkat adek angkat dan org tersyg dulu, aku pulih cam biasa. Hihihihi
So aku belajar tu semua untuk handlekan perasaan.
Jangan terlalu berfikir.
" fikirlah benda yang menggembirakan "
Aku masih ingat pesanan ni.
Kalau kita asyik berfikir, tak pasal-pasal tekanan jiwa kang.
Walau saat ni kita takde sapa-sapa.
Percayalah, kaulah manusia terhebat dan terkuat.
Sebab tabah tanpa sesiapa disisi ketika dijatuhkan.
Wallahweehh!
Apapun senyum sokmolaa.
Pahitpun itu ku tersenyum.
Senyum sedekah dari aku dan adek aku walau tak sekiut orang lain.


Taken this pict : 24.02.2013
Rindu nak senyum jadi senyum laa.

Lukisan akherrr :


" geng poli dulu kala" 

Time aku busan aku buat benda ni.
Banyak lagi hasil lukisan aku.
Aku pakai pen je ni. Tak de plak pakai pensil
Kira nak gitaw korang aku hebat baa.
Btw,aku show sikit sikit je la k.
Nanti kasi tunjuk lagi.
Even gambar kartun je pun. 
Peacee........



♥ hidup ini indah tapi tak seindah surga. ingatlah Allah sentiasa ada untuk kita. Amin :') ♥

22 February 2013

♥ HAPPY BIRTHDAY ARWAH YASMIN J HUNWICK ♥


Assalamulaikum untuk semua.
Sebelum memulakan entri aku kali ni.
Sama-sama kita doakan kesejahteraan ARWAH YASMIN.
Semoga dia ditempatkan di kalangan orang beriman.
Dan selamat ulang tahun buat Arwah Yasmin. 
Genaplah Arwah 18 tahun di tahun ni.
Tapi sayang, Allah lebih sayangkan dia.
Di usia muda 17 tahun, Arwah pergi buat selamanya.
Dan tak sempat untuk menduduki SPM.
Ya Allah, walau aku baru tau kisah Arwah Yasmin ni.
( Thanks my cousin, bagi maklumat ni..)
Tapi bila aku baca semua pasal dia, betul-betul membuka mata.
Even hampir setahun sudah ketiadaan dia (3June2012)
Mungkin nama dia masih jadi sebutan.
Lebih-lebih lagi buat familu tercinta Arwah.
Aku tersentuh setiap kali baca blog ARWAH YASMIN J HUNWICK ni.
Klik -------> Her illusionist .

Mungkin adanya blog dia ni yang sering di update oleh ibu dia sendiri. 
Boleh dijadikan pengubat rindu buat keluarga arwah.
Sebelum Arwah meninggal, aku sempat baca dlm blog budak-budak, yang arwah menceritakan sesuatu.
Sampai dia tak nak tidur malam.
Gara-gara takut bermimpi pelik.
Ni salah satu gambar yang aku ambik dari blog budak.
Gambar dari instagram dia sendiri.


Apa maksud mimpi dia?

Dan satu lagi gambar yang buat orang sekeliling memang terkejut.
Kuasa Allah, sebelum tiba sakaratulmaut, pasti banyak benda aneh terjadi.


" This book kinda quite interesting "

Ermm betul-betul membuka minda kitaa semua ni kan.
Kalau nak lebih tau pasal ni, just Klik -------->> TEMANMU 
Mungkin lebih teruja.
Sebab semua prihal Arwah dia ceritakan.
Sebelum Arwah pergi dan tanda-tanda tu memang orang sekeliling nampak.
Aku yang baca boleh terbayangkan semua tu.

Aku bukak entri lama-lama Arwah.
Kebanyakkan entri lama dia diupdate oleh ibu dia sendiri.
Itu pun, semua yang Arwah "draftkan"(untuk simpanan masa akan datang kot).
Mungkin Arwah tak sempat untuk post.
So ibu dia postkan untuk kenangan.
Klik ini ---------->> DRAFT STORY
Kalau rajin, baca je lah semua entri dia bulan 6 2012.
Selepas kematian Arwah Yasmin 3.6.2012.
Ibu dia sengaja updatekan segala-gala entri dia yang telah di draftkan.
Macam tau2 je kan dia tak sempat.
Ya ALLAH! Sungguh tak disangka.

Apapun, yang pergi tetap pergi.
Kita manusia hanya mampu teruskan kehidupan
Jadikan ia satu pengalaman hidup.
Dan pengajaran penting.
Tak selamanya kita begini didunia.
Orang boleh ludah kita dengan atas kesalahan-kesalahan.
Tapi tak pernah ingat kesalahan sendiri.
Allah Maha Adil.
Dia menentukan mana terbaik dan terburuk!
So sedar-sedarlah ye.
Aku pandai je nasihat.
Tapi sendiri? TEMBELANG JE LEBIH!

And lastly, HAPPY BIRTHDAY TO ARWAH YASMIN JOHAN.
Walau aku tak seberapa tau pasal Arwah, tapi dia jadi topik utama dan hangat.
Dia bukan artis atau model. 
Cukuplah sebagai model buat pedoman untuk semua.
Aku sertakan gambar Arwah.
Arwah ni mix blood.

Yasmin Johan

22 Februari 1995 - 3 Jun 2012
Al Fatihah.

Wasalam.....................


♥ hidup ini indah tapi tak seindah surga. ingatlah Allah sentiasa ada untuk kita. Amin :') ♥

19 February 2013

♥ pendam ♥


ASSALAMULAIKUM!
Entri kali ni kes pendam pendam.
Awat pendam?
Ku pendam sebuka duka kaa nii?
Kott laa..
Sebab aku tengah layan lagu ni pulakk. Hehehe

Sejak akhir-akhir ni, ada benda buat aku RUNSING!
Tah, sampai bila nak sorok.
Sampai bila nak pendam.
Sampai bila nak sembunyikan.
HAL TERBESAR DALAM HIDUP!! 
Uih macam nama album ARMADA PLAK.
Kadang-kadang buat aku jadi sedih bila perlu kenangkan bab-bab segini.
Kenapa kali ni lambat pula?
Perlu ker untuk aku sentiasa berhadapan benda yang tak normal begini?
Ya Tuhan! Can i be like before?

Normal. Bebas. Gembira. Kuat. Tak susah hati. Seperti dulu.
Sekarang aku pamer ketabahan dan kesabaran je kann.
Adoiiyaaiipunnnyerr..
Kali ni betul-betul runsing.
Before ni oke je pun.
Smooth jee.
Just kali ni?
Awat naa?
Takkan datang lagi masalah dulu?
Orang besar pun dah cakap, it will be normal.
Normal tengkorak hang!!
Benci bila perlu hitung hari bagai.
Nak dekat tanggal 20 broo!
Apasal pulakkk!
Hal begini buat aku imbass lagi.
Kenapa? WHY? Atau WTH!?
Harus ker aku pendamm.
Sakit laaa weii...
Aku benci bila perlu begini.

Takde untuk masa depan ker?
Untuk buat keluarga kerr?
Ya ALLAH! Aku takutttttt............
Macam bodoh je kann.
Tak pe lah.
Nak buat cam mana, dah jadi.
SO kena redha la ujian dibagi.
Mungkin PEMBALASAANNN!!!
Orang tak berguna macam aku.
Hahahhahahahhahaha....................
So kenalah terima hukuman nyer dengan setimpal!

Tak taw nak luah kat mana.
Luah sini je la.
Even orang tak taw apa aku gtaw ni.
Dan tak faham. Hehehe
Sendiri maw ingatlaa.

Aku senyum bukan tanda aku bahagia.
Aku sedih bukan tanda aku kecewa.
Disebalik sebuah pendam tu ada duka.
Duka yang belum tentu orang dapat fahami.
Sebab aku je yang taw. KOTTT!! =)

Lastly from me :


Suci dalam debu ba ni.
SUCI LAH SANGAT!
Tayang wajah yang berseri jap. =P
Peacee yooo.


♥ hidup ini indah tapi tak seindah surga. ingatlah Allah sentiasa ada untuk kita. Amin :') ♥

15 February 2013

♥ kekurangan dan kelebihan ♥


Heiwa to oyasumi!
Ogenkidesuka? Kenzen'na?
Yoi yuiitsu no kibo!
Hope faham la bahasa japannnggg aku ni oke? =))

Entri kali ni nak menegakkan beberapa isu laa.
Minta maaf terlebih dahulu kalau entri kali ni buat ada yang terasa hati ker apa kan.
Manala taw ada yang rajin nak stalk bagai.
Sorry aku salu tutup bukak je blog ni.
Bukan apa, malas nak mintak orang taw keadaan aku cam mana.
Mengarang lagi ka tidak kan.?
Kalau mengarang, ada pulak yang makan hati.
Bak kata pacik, tu blog ko, suka hati ko la nak buat apa. Oke!
Suka hati aku la juga kann. 

So, entri ni tentang kelebihan dan kekurangan ada pada kita.
Ya aku akui ramai yang nampak kelebihan yang ada pada seseorang.
Padahal dorang hanya tengok dari segi kelebihan tu je.
Kekurangan? Still tolak ke tepi.
Yang penting kelebihan tu boleh buat seseorang bahagia.
Oh YOSHH!! Aku memang salu begitu.
Aku akan padan kan kelebihan aku dengan orang lain.
Padahal aku tak nampak pun kekurangan seseorang tu.
Tapi hidup ni tak selalu nya indah untuk dijalani.
Sekarang kena hati terbuka lah.
Kita bukan budak kecik lagi yang masih di tingkatan 3 ke 5.
Now dah masuk 20+ pun. 
Padahal memang aku dah lanjut usia jugak.
Nak taknak, kena hadapi apa yang bakal tiba.

Untuk pengetahuan kalian.
Kelebihan yang kita ada ni kadang-kadang buat kita rasa sedih gak.
Kalau taw hujung pangkal, orang akan lebih nampak kekurangan tu.
So disini, kalau boleh, tengok dulu apa kurang nya seseorang.
Macam aku, dulu memang aku rasa semua orang bahagia.
Padahal dalam bahagia mereka tu terselit seribu kesedihannn yang teramat.
Jadi aku kena seimbang kan kelebihan dan kekurangan seseorang tu.
Aku akui juga, kelebihan yang aku ada sekarang buat aku merasa terseksa dari segi batin maupun zahir.
Yela, tak pasal-pasal kena kuarkan air mata kalau sesuatu yang menyedihkan terjadi.
Its oke, itu semua Allah yang tentukan.
Lagipun tu semua dari tangan aku jugak kan..
Dalam hidup tak leh nak berpihak ke takdir.
Seolah2 kita masih menyalahkan takdir.
Sedangkan apa yang terjadi tu berpunca dari tangan kita sendiri.
So jangan salahkan takdir semua.
Sebab salu kita dengar orang akan cakap, "SEMUA TU TAKDIR"
Oh my GOD! Cuba fikir sedalam nya, takdir tu berpunca dari tangan siapa juga?
Ya memang betul, semua tu Allah tentukan.
Kalau kita adil dengan diri kita, kalau kita berfikiran matang, 
dan marah tu jangan terlalu menguasai diri, mungkin takdir boleh dipertahankan. 
Ni semua nak berserah dengan takdir.
Memang betul, perancangan Allah tu terbaik.
Tapi selagi kita tak buat terbaik untuk kali keduanya, sampai bila?
Dah banyak peluang Allah bagikan.
Tapi tak di pratikkan.
Wah!! Aku kalau bab2 begini NOMBOR ONE!
Padahal, sendiri? Hahahaha
Takpe, sekadar renungan untuk diri sendiri gak ni.

And lagi satu, dalam hidup jangan gopoh sangat!
Kalau gopoh, confirm tak rasa selamat.
Kerana tamakkan sesuatu, kita sanggup berkorban untuk lain.
Sekarang? MERANA?
Tak boleh macam tu.
Hidup kena seimbang.
Bila pahit datang, cuba untuk buat sesuatu yang manis.
Jangan benda tu bila dah manis, manisssss je terus.
Last-last pahit yang lebih hadir.
NO WAY! Kena seimbang taww!
Itu yang banyak mengajar aku.
Ya aku akui lagi memang susah untuk buat yang terbaik dalam hidup ni.
Tapi nak buat cam mana?
Kita kena gak kuat dan tabah.
Walau ko perlu berdiri sendiri.
Tak kisah lah kalau takde yang sudi nak dengar apa masalah kau.
Apa kau hadapi.
Batin kau terseksa ke apa.
Yang penting, Allah ada.
Ko tabah, berdoa siang malam.
Untuk kesabaran dan ketabahan.
Baru dapat belajar dari pengalaman.\
Baru hati kau sentiasa tenang.
Ni tak? Lepas je kecewa, lepas je bersedih,
Memberontak, jadi insan terok lah.
Cari kedamaian baru lah itula inila. Bla bla blaaa..
Last-last? Sedih jugak berpanjangan.
Itula dugaan dalam hidup ni tak pernah lekang.
Ada masa Allah bagi kegembiraan tu.
Tapi pada masa yang sama, Allah hadirkan kesedihan yang teramat.
Sebab apa? Sebab Allah rindu dengan kita.
Rindu dengan doa kita.
Rindu untuk kita luah kepadaNya.

Memang AKU TAK LAYAK UNTUK BAGITAW BEGITU!
Tapi senakal-nakal aku, aku masih lagi berakal!
Jangan terlalu fikirkan kesedihan atau kesunyian.
Sekarang baru aku mengerti tentang kehidupan.
Tak selalunya indah.
Padahal kepahitan tu memang salu hampir dengan kita.
So renungkan dan selamat beramal.
Even aku tak pantas untuk berbicara begini.
Siapalah diri ini kannn. Hehehe

And one more thing.
Kelebihan dan kekurangan tu kena seimbang!!!
In Shaa Allah, kau pasti dapat apa kau maw selama ini.
Jangan terlalu terdesak mencari kebahagiaan kerana DENDAM SEMALAM.
Ada sesetengah kita memang macam tu.
Aku pernah gak terfikir dendam-dendam bagai, tapi tak terlintaslaa.
Just dia melintas macam angin lalu jee.
Sebab akan ada banyak hati tersakiti.
Kalau kita buat sesuatu semata nak balas dendam
Termasuk hati aku sendiri.
Ni lah gara-garanhya bila novel banyak sangat dibaca. Hahaha
Ala, aku bukan Tuhan nak hukum siapa-siapa.
SEBAB! Takut nanti satu hari, Allah berikan penderitaan. Penderitaa teramat sangat!
Dugaan yang sarat untuk kita terima.
Bukan mendoakan, cuma mengingatkan.
Allah tu kan MAHA ADIL!
Dia lebih taw apa yang terbaik.
Tak semestinya kau kecewa, kau putus cinta, kau gaduh dengan keluarga,
ko kena cari hala tuju hidup lain.
Terus nak memberontak.
Nak bersikap degil dan sebagainya.
Bukan begitu caranya.
Cuba muhasabah diri dulu sebelum bertindak diluar jangkaan.
Kenapa kau begitu, kenapa kau begini??
Allah takkan bagi dugaan tu sesuka hati dia.
Cuma dia mintak kau mengingati dia sentiasa.
Sudah cukup untuk Dia.
So tabahlahh hati bila perlu berdiri sendiri.
Jangan harapkan belas kasihan orang lain.
Takkan kemana juga.
Allah lebih penting.
Dialah segalanya bagi aku sekarang.
Baru aku rasa macam mana hadapi sesuatu tu bila berseorangan.
Bukan takde kawan, cuma sudi kah mereka untuk mendengar?
Sudikah mereka menerima?
Padahal dihujungnya aku juga dipersalahkan.
SO tak payah kot.
Allah maha mengetahui. ALLAHUAKBAR! 

* aku nakal gak, tapi nakal aku bukan untuk semua.. Aku sedar aku bukan terbaik di masa depan. *



" Selagi kita masih menulis, selagi itu Allah takkan padam sampai satu saat kita sendiri yang memberhentikan untuk menulis dan Allah memadamkan semua atau sebahagiaanya. Takdir tu kita cipta kerana tulisan kita, cuma Allah hanya penentu. Jangan menyesali takdir. Semakin kau menulis, semakin itu takdir kau tertulis. Cubalah faham akan maksud takdir. Benda aku coretkan selama ni aku yang berhentikan semua. Semua dari tangan aku. Sebab itu Allah padamkan apa yang perlu. Untuk aku coretkan lagi. Semua tu kerana TANGAN KITA. Semakin aku tak coret, semakin tu aku tak jumpa yang terbaik dalam hidup. "

Assalamulaikum. Peaceee. :D


♥ hidup ini indah tapi tak seindah surga. ingatlah Allah sentiasa ada untuk kita. Amin :') ♥

07 February 2013

♥ setia hujung nyawa ♥


Kon'nichiwa to aisatsu !!!
Nani ka ata no?? Kenko?
Daijoubu kibo! Oke! :'))

Entri kali ni pasal cerita yang memang jadi buah mulut orang!
Rasanya ramai kot yang akan mengentrikan pasal cerita setia hujung nyawa ni kan.
Sebab dlm home kemain lagi dah ada dah tajuk dan entri dorang. 
Apapun, hari ni last episode cerita tu.
Sweet sangat! Best dan betul-betul membuka mata dan minda.
Cerita tu aku follow dari episode satu sampai last ni.
Memang pengorbanan tu nampak la.
Setia pun nampak juga.
Ala, setakat cerita yang memang di suruh buat watak begitu dengan bayaran yang tinggi,
confirm sangat la akan jadi best sesangat. Kan?
Kalai aku disuroh begitu pun confirm menjadi gak. =P

Last episode ni memang banyak benda buat kita teringat, sedih dan happy.
Yang teringat-teringat tu, buat bodo je la kan.
Sebab tu kisah lampau.
Igauan dulu kala jengking tengah nak membesar.
Kalau yang sedih tu, bila cinta tak terbalas untuk peluang kedua.
Dan mendoakan kebahagiaan orang tersayang.
Syok giler dan best!
Kesian gak kat Ikram masa tu laa.
Sampai mummy pun bole nangis tengok cerita tu. Opps!
Aku tengok je, tak pulak feel sampai nak kuar airmata sangat.
Sedih tu memang la. Ala tu cerita je pun.
Yang part happy plak, dorang bahagia akhirnya.
Yela, dulu Ersalina dituduh KOTOR! JIJIK! Pe suma.
Tapi berkat kesetiaan dia sebagai seorang isteri, akhirnya kebahagiaan yang hadir.
Tak sangka kan, Zain pernah ada masa lampau gak dengan Ex dia Ekin.
Ekin pun so far, suami dia terima dia seadanya.
Alahai, bertuah sungguh kalau jumpa yang begitu.
Uihh, apa aku melalut ni?
Keluar dari topik sangatttt! 

Apapun, itu hanya cerita.
Kalau pernah terjadi pun, belum tentu persis sama dengan cerita ni kan?
Kalau ada, buat la untuk dijadikan tauladan.
Memang cerita ni macam menyindir agama.
Tapi semua tu banyak bagi pengajaran.
Dan betul-betul mengajar.

" Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan "
Ayat ni dalam cerita setia hujung nyawa.
Aku pernah post dulu la kat FB.
Aku copy pun melalui Aizad Alias gak kat fb dia.
Kira kami team blogger jugaklaa. View je la dia.
Kalau minat gtau je.
T aku tolong rekomen kan.
Single lagi tu. 
Pernah gak la aku cerita pasal mamat ni.
Klik entri ni, ---> KLIK .
Tapi lama plak tak dgr cerita dia. Kan?

Uihh apa lagi aku melalut ni?
Aiyaaa! Apapun, buka hati dan minda ye sekarang.
Banyak benda kita tak taw apa akan jadi di masa hadapan kita.
So kena siap dan sedia.
Sebab mungkin banyak benda yang mengejutkan.
Dunia penuh dengan kejutan.
Yang tak dijangka akan hadir dalam hidup.
Yang tak disuka pasti akan hadir juga.
Dan yang di puja akan pergi terus.
Tak selamanya kehidupan kita begini.
Jadi apapun yang terjadi, senyum sokmo laaa.
Be happy dan berserah kepada Allah bak kata pacik zul salu.

Sebuah senyuman buat anda semua.
Bertarikhkan hari ini 7 Februari 2013 tahun ular.
Jam 9.15 pagi time kerja.


Watashi Emildza dess!
Lama dah tunjuk wajah ayu nan jelita ni bertudung. Kan?? PUIII!!!
Pahitpun itu ku tersenyum.

Konkai wa kore dake.
Anata ga watashi no kiji o yonde jikan o saite kansha!
Assalamualaikum. 


♥ hidup ini indah tapi tak seindah surga. ingatlah Allah sentiasa ada untuk kita. Amin :') ♥