My photo
Malaysia
Having a great name is wonderful feelings i ever had. Nurul Emildza Binti Jaya. Born on May 1991. Live at Kuching Sarawak. Borneo blood. Mix bidayuh malay. Having a suck life but still make it wonderful. No one knows what she's feelings until they know her. If they know. If only the knew the truth. But not inside. the best word for describe her " AKU TABAH BERJALAN SEMBUNYIKAN HARAPAN..." - xoxo

31 January 2013

♥ bumi langit pantai ombak pelangi tak selalu okey ♥


Dimulakan dengan bismillah.
Kali ni tajuk entri aku panjang lebakkkk!
Nak nyanyi sikitlaaa untuk kesekian kalinya. Sikit je laaa. K

" TERIMA KASIH atas SEGALANYA yang telah kau BERI amat ku HARGAI
Semua ku SIMPAN DI DALAM HATI " -IamNeeta

Sedikit info untuk dikongsi je pun. 


Kehidupan macam RODA. Macam BUMI. Kalau bujur, semua orang jatuh. Tapi kenapa dia mesti bulat? Sebab, setiap perjalanan tu akan jadi terus terus dan terus. Takde bujur, atau bucu. Bulat kan licin, bila jatuh, boleh angkat semula. Cuba kalau bujur? Kita jatuh, terjunam terus. Kan?

Pernah terfikir tak? Laut dengan langit tu bersambung tak? Cuba tengok sendiri laut dengan langit dari jauh. Paling pun tepi pantai laa. Bersambung ker? Maca je kan? Padahal dorang sebetulnya terpisah. Tapi terpisah dorang itu la dorang sentiasa dipandang indah oleh mata-mata melihat. Dorang sentiasa ada untuk sentiasa bersama dimata orang sedangkan dorang terpisah jauhhhhh sangat. Tapi tetap setia dan bersama.

Nak taw tak? Kenapa ombak dan laut tak leh dipisah?
Cuba try test tengok, boleh ke tak dorang pisah? Mana boleh, tu kan kuasa ALLAH. Allah yang dah jodohkan dorang untuk selamanya. Selagi ombak tu ada, selagi tu lah laut sentiasa menemani. Sekali ombak marah marah dan marah, laut yang sentiasa tenang itulah akan dan pasti menenangkan ombak. Untuk terus bertahan. Dan bersama.

Korang taw tak, kenapa orang salu cakap beza macam langit dan bumi? Jauh langit dari bumi?
Mana ada perbezaan nyer, dorang cuma beza ayat je pun. Nak taw? Kalau takde langit, takde lah bumi kan? Langit tu sentiasa ada untuk temankan bumi. Siang malam panas terik hujan bila-bila masa lah. Padahal BUMI? Salu je buat langit sakit. Jerebu, hujan, kilat dan macam-macam lagi. Tapi langit itulah sentiasa menutupi bumi. Dan mengelilingi bumi. Serta melindungi bumi. Tapi bumi? Buat tak taw, tetap kaku dan mengeluarkan lava yang sentiasa mendidih.
Nak taw lagi tak pasal mereka? Kenapa langit selalu mendung dan terus hujan? Langit tu sedih, sedih sangat. Sebab bumi selalu bertengkar dengan matahari. Semakin matahari marah, semakin panas suhu. Bila dah kering, bila bahang naik ke atas, mendung hitam terjadi dan terus hujan. Dia cuba nak bendung nak pendam dan bertahan, tapi tak leh, sebab hati dia sakit sangat2, apa yang dia pikul. So jalan terbaik dia luah kan dengan airmata (hujan)/ Semua tu kejadian ALLAH kan? 

Nak taw lagi? Kenapa pelangi selalu hadir bila lepas hujan? Sebab, untuk menggembirakan hati langit dan bumi selepas pertengkaran. Bila dah luah (hujan), bumi pujuk. Sebab suhu bumi sejuk, then langit pun kuarkan matahari dan menghadiahkan pelangi. Indah kan?

Kejadian ni selalu berulang kita tengok. Tapi mereka tetap kekal bertahan dan tak jemu untuk sentiasa buat terbaik. Sebab apa-apa dugaan mereka cekal. Walau terpisah, walau berantakkan, walau tsunami, walau banjir besar, walau porak peranda tapi mereka tetap bersama dan setia. Sentiasa mengisi satu sama lain. Tu semua kejadian ALLAH. Allah bagi peluang untuk mereka sentiasa buat terbaik. Sedangkan mereka? Tetap alam yang sama. Tak pun Allah tukar2kan atau gantikan. Begitu juga manusia. So kena faham la apa yang di bagitaw ni. Takde copy dari sapa2, memang ayat sendiri dan dapat bahan sikit la. Sebab ni la keja aku kalau dah bosan tahap gaban. Menilai sesuatu yang memang ALLAH ciptakan. Tak leh lari dari takdir. Sebab tu semua ALLAH jadikan. Peluang Allah kat kita banyak. Cuma manusia tak pandai nak menilai nak mengatur lagi. Sebab apa? Sebab BOSAN. Sentiasa nak buat baru. Cuba bayangkan kalau semua tak bersatu? Pasti KIAMAT KAN? Sebab itulah dalam kita hidup, pasti akan mati. Pasti terpisah sesama sendiri. Dan pasti musnah akan suatu hal. Sampai sini sahaja lah ceramah Ustazah Emel pada hari ini. Kalau ada terasa hati atau apa tu tak leh nak diperbetulkan tepuk dada tanya dia sakit tak kena tepuk? Salam 




♥ hidup ini indah tapi tak seindah surga. ingatlah Allah sentiasa ada untuk kita. Amin :') ♥

2 comments:

Syarikat Islam Indonesia (SMD) said...

saya sudah follow, di tunggu follow baliknya.
http://siikabsumedang.blogspot.com

Emildza Jay ♥ said...

oke. =)