My photo
Malaysia
Having a great name is wonderful feelings i ever had. Nurul Emildza Binti Jaya. Born on May 1991. Live at Kuching Sarawak. Borneo blood. Mix bidayuh malay. Having a suck life but still make it wonderful. No one knows what she's feelings until they know her. If they know. If only the knew the truth. But not inside. the best word for describe her " AKU TABAH BERJALAN SEMBUNYIKAN HARAPAN..." - xoxo

03 July 2013

♥ hari konvokesyen ke 21 politeknik kuching sarawak ♥


ASSALAMUALAIKUM. 


Tahniah untuk diri aku sendiri.
Setelah sekian lama aku tunggu, akhir konvo di depan mata juga.
Konvokesyen ke 21, 2 Julai 2013.
Thanks for my family.
Especially my dad and my mom, sebab banyak berkorban duit masa untuk hantar ambil aku sepanjang study ni.
And for all my friends, yang sama2 study, and ada gak yang tak dapat datang, tahniah untuk korang.
Tanpa korang, aku tak sejauh ni jugak.
Sama-sama turun kelas, belajar, buat assignment, kuiz, test, semualah!
Yang paling teruk, melibat kan projek besar dalam bidang perniagaan yang aku ambik.
Apapun konvo tahun ni, terlalu banyak sangat kenangan yang sukar aku lupa.
Aku harap, aku dah mampu buat yang terbaik.
Dah berharap, agar orang disekelilingku, memaafkan ku, seandainya aku tak bertegur sapa atau tersalah tingkah.
 Thanks a lot my dear friend. 
Yang jauh tu, sebab sanggup hadir juga.
Even tak sama tarikh kami konvo.
Dan saggup jugak untuk hadir konvo aku.

Ni je gambar-gambar yang member2 aku sempat snap sepanjang majlis konvokesyen kami.
Malas nak letak semua.
Penuh ruang belog nanti. Hehehe







And ada gak gambar tak boleh nak tunjuk. :')
Tapi takpe, aku simpan untuk kenangan terindah sebagai penghias dalam album nanti.
Thanks untuk semua. Aku pasti akan rindu saat-saat manis bersama.
Mahupun dari sahabat dan yang paling aku s****g. :')


Aku, Kak Wawa dan Kak Lala. Rakan seperjuangan. :D

Peace.....  


♥ hidup ini indah tapi tak seindah surga. ingatlah Allah sentiasa ada untuk kita. Amin :') ♥

21 June 2013

♥ ramadhan countdown ♥


ASSALAMUALAIKUM.


Tak sangke laa hitung punya hitung 2 minggu je lagi tinggal untuk ramadhan tahun ni.
Kenapa laa cepat sangat masa berlalu ek?
Apapun, kedatangan ramadhan memang selalu aku tunggu-tunggu tiap tahun berbanding syawal.
Tak taw lah kenapa.
Amal jariah kita masa tu padat sangat.
Itu yang buat aku suka cangattt. *actually memang suka pun
Memang la hari lain tu kena kumpulkan amalan-amalan yang wajib.
Tapi di bulan ramdhan ni memang berbeza sikit.

Salah satu malam di bulan ramdhan yang paling selalu aku tunggu-tunggu adalah malam lailatulqadar.
Susah kita nak dapat malam lailatulqadar ni.
Firman ALLAH S.W.T bermaksud :

" lailatul qadar lebih baik daripada 1000 bulan. ( Al - Qadr, 3 ) "

Malam lailatulqadar ni disifatkan malam yang penuh berkat. 
So banyak kan persediaan untuk malam lailatulqadar.
Aku selalu je skip malam lailatulqadar ni.
Biasala................... *masalah perempuan
Sebab tu aku harap tahun ni, aku boleh menjalani malam lailatulqadar dan malam lain penuh keinsafan.
Dan aku harap juga lah umur aku panjang.
Dan sempat jugakla jumpa ramadhan dan syawal tahun ni kan.

Ramadhan tahun-tahun sebelum dulu teringat pulak masa kat hostel.
Cerita pasal hostel pulakkk! Hahaha
Memang la dulu bila kita balik hostel hari ahad, masing-masing bawa bekalan.
Lepas tu, duduk berkumpul, buat dalam satu bulatan.
Ditengah-tengah tu kami hidangkan segala jamuan yang kami bawa dari rumah.
Macam-macam ada.
Memang tak boleh lupaa laaa.
Kenangan yang akan sentiasa aku ingat.

Apapun, sama-samalah kita bersedia untuk ramadhan yang bakal menjelma ni.
Persiapkan diri selalu.
Rugi taw tak puasa, beramal ibadat hari yang diberkati ni.
Satu-satunya bulan yang penuh diberkati.

P/S : Ni buat wanita, khusus buat wanita (lelaki tu, boleh jugakla) wanita yang tahun-tahun sebelum ni pernah ponteng puasa *disebabkan masalah wanita bersedia lah awal. Gantilah puasa yek. Sebab aku pun tengah nak langsaikan hutang aku masa ni. Hahaha dan lagi satu buat semua, jangan pernah lupa apa yang kita lakukan kat dunia ni. Even kita anggap benda tu terbaik dan memuaskan, tapi ingat, kita tak taw, benda kita lakukan tu boleh membuat orang berasa sakit hati. Allah Maha Mengetahui. 

" Kalau hati masih tak tenang dan rasa bersalah terhadap seseroang, cepat2 lah buang ego tu. Mintak maaf lah cepat2. Anda mungkin pernah buat salah kat dia. Jika suatu hari nanti terjadi apa-apa kat dia, pasti kamulah orang yang paling merasa bersalah kat dunia. Jangan hidup dalam kesalahan yang masih tersisa. "
Tepuk dada tanya iman. 

" Untuk sesiapa yang pernah aku buat salah, minta maaf sangat-sangat. Aku tak pernah rasa diri ni sempurna. Dan aku masih belajar untuk menyempurnakan diri. Alhamdulillah. Memang ada masa kita sedih dan kita gembira. So, jangan pernah rasa diri sentiasa menang dengan keadaan. Tak mustahil, Allah timpakan musibah. Disebabkan kita hidup selalu riak dan angkuh. Ingatlah orang pernah anda sakiti. Termasuk keluarga sendiri. :D "

Nak dekat puasa ni, kena lah buang ego tu. Tak sudi nak jumpa kami pun takpe, tapi jangan riak. Hidup ni tak lama. Nampak lah hati kamu tu masih hitam. Sebab singkirkan orang yang pernah hadir dalam hidup kamu. Di atas kesalahan yang sama-sama pernah lakukan. 

Aku takla baik sangat. Aku pernah jugak rasa taknak jumpa sapa-sapa yang pernah sakitkan hati aku. Tapi aku bukan jenis manusia bila kat depan dia baik, bertutup semua, padahal di belakang, hati tu masih penuh hitam, dengki, ego. MasyAllah! Sekurang-kurangnya aku masih berani nak berjumpa bertegur dan belajar untuk meredakan hati ni daripada sakit hati.

Pesanan ini untuk semua dan diri sendiri jugak. :D

Sorry kalau ada yang terasa. Terimalah hakikat. Sememang nya anda begitu. 

PEACEEE...............................



♥ hidup ini indah tapi tak seindah surga. ingatlah Allah sentiasa ada untuk kita. Amin :') ♥

19 June 2013

♥ bila ku tersedar ♥


Assalamualaikum.



" butterfly terbanglah tinggi, setinggi anganku untuk meraihmu, memeluk batinmu, yang sempat kacau, kerna merindu butterfly melly 

Wanita dan rama-rama. 
Sama-sama cantek dan sama-sama menarik.
Bermulanya rama-rama dengan hodoh.
Terpaksa berjuang untuk memulakan hidup.
Susahnya menjadi rama-rama.
Apabila hodoh, dikutuk dikeji.
Apabila cantek, dipuja diminati.
Tapi sayang, sekali dipegang, turunlah nilainya.
Lantas wanita juga begitu.
Harga diri ini begitu mahal.
Usah mudah lupa diri.
Semakin mahal, semakin tinggi nilai di sisi lelaki.
Semakin mahal, semakin akan lebih dihormati.
Wahai wanita.
Jadilah rama-rama yang terbang tinggi.
Yang mengendahkan alam ini.

Tapi sayang, aku bukan rama-rama yang cantek itu.
Cukuplah untuk ku jadi kepompom.
Diam bersendirian di dalam kelongsong.
Mengharap keajaiban.
Untuk diri sendiri.
Mengharap sesuatu yang selama ini diharapkan.
Menanti rama-rama yang sanggup menerimaku seadanya.
Dan sanggup menerima ku kembali untuk dimiliki lagi.
Mungkin itu hanya mimpi. Hanya mimpi......................




" biarkan rama-rama kita tu terbang tinggi, pergi jauh dari hidup kita. Dan biarkan dia menikmati kehidupan ini. Sebab mungkin, suatu hari nanti, bila rama-rama kita tu dah penat, dia pasti cari tempat teduha nya dan perlindungannya. Dan aku berharap, aku lah tempat teduhan dan perlindungnya itu... "



I'm strong enough. INSHALLAH. 

Persahabatan tu indah. Tapi perasaan memang sukar nak tipu. Tapi itulah hakikatnya. Aku setia berada disisi. Jika itu diingini. Inilah kehidupanku. Inilah apa yang kurasa. 

P/S : Sahabat aku pesan, jangan gila dulu. Nanti-nanti gila tu. Rugi hidup ni kalau fikir benda tak sepatutnya. Jawabku, belum terfikir lagi untuk gila. Iman masih kuat, jadi aku masih pandang dihadapan. Kesedihan tu memang sukar untuk dibendung, dikala kita bersendirian. Tambahan lagi, bila kita takde teman nak luah segalanya terutama sekali bila sentuh bab perasaan. Btw, terima kasih ya buatmu. Sanggup mendengar bila aku bersedih. Teman ketawa memang ramai. Tapi teman sedih? Siapa yang sanggup mendengar? Takde kan? Jadi aku anggap, teman ku itu adalah bayang-bayang ku sendiri. :')

Peace...................................



♥ hidup ini indah tapi tak seindah surga. ingatlah Allah sentiasa ada untuk kita. Amin :') ♥

17 June 2013

♥ no title II ♥




Orang buat baik, saya buat baik balik. Orang buat jahat, saya baling tahi unta jee. Peacee!

Ada aku kesah keerrrr?? 



♥ hidup ini indah tapi tak seindah surga. ingatlah Allah sentiasa ada untuk kita. Amin :') ♥

16 June 2013

♥ cinta bersatu ♥



Di matamu ku berharga
Kau perlakukan aku
Lebih dari mencintai dirimu

Di dekatmu ku merasa
Bahagianya aku
Dapat ruang cintamu

Hanya kamu saja
Yang mampu begitu
Tulus
Mengerti aku

Kau sempurna bagiku
Tak kurang sesuatu
Kau terima apa adaku

Ku sempurna bagimu
Tak kurang sesuatu
Cinta bersatu

Gayamu
Sifatmu
Cara mencintaiku
Yang membuatku diriku jatuh cinta padamu


CINTA BERSATU BY LIYANA JASMAY

Tetiba pulak aku dengar lagu ni.
Dan tetiba pulak aku rasa nak buat entri lagu ni.
Lagu yang diminati seuatu masa dulu.
Zaman tengah bercinta sakan kan.
Bila dengar lagu ni, aku pasti sentap. *sedih nookkk
Yela sentap, sebab lagu aku pernah bagi kat seseorang.
Lagu dan lirik tak dapat dipisahkan.
Tapikan, sampai sekarang aku anggap begitu gak.
Macam apa yang lirik atas tu tulis.
Thanks for everything.
Kalau masa dapat diputar balik, aku nak perbetulkan semua.
Tapi semua dah takde kan? Takdee...............

P/S : Bila kaki sudah penat untuk melangkah, pasti akan berhenti jua. Tapi sayang, kaki ini tak pernah kenal erti penat. Sentiasa cuba untuk terus melangkah sehingga ke hujung dunia. Tapi sayang juga, dimana hujung dunia tu? Aku masih tak menjumpainya. Dan juga aku masih tak tahu mana perhentian yang harus aku berhentikan daripada terus melangkah. PEACEEE........


Saya tak sedih sangat, cuma kenapa jadi macam ni. ermmmmmmmmmmmmmm........

BTW, SELAMAT ULANG TAHUN BUAT ARWAH MAK.
AL FATIHAH. 



♥ hidup ini indah tapi tak seindah surga. ingatlah Allah sentiasa ada untuk kita. Amin :') ♥

14 June 2013

♥ hari kahwen part 1 ♥



Assalamualaikum semua nyaaa...............
Akhirnya mood aku kembali untuk membuat entri KAWEN!
Actually, sebelum ni aku ada buat entri pasal HOLIDAY kan?
So kali ni, aku nak show kawen part 1 untuk korang dulu.
Tak sangka pulak mood aku malam ni baik.
Mana tak nya, tiba-tiba pulak rindu BRUNEI!
Rindu nak makan nasi katok la tu!
Itu la makanan aku tiap-tiap malam sepanjang aku kat sana.
So kita mula dengan hari pertama.

Hari pertama masuk sekolahhh.
Takde lah! Hari pertama kami jam 12.00 kena fly pergi Miri dulu sebelum ke Brunei.


So tengah aku bosan-bosan aku sempat gak capture-capture! Muka excited dohh sebab lama dah tak pergi Brunei. Last aku pergi masa tu umur masih kecik lagi. Hehehe

Actually, aku tak banyak sangat ambik gambar.
Yang banyak ambik gambar masa tu my cousin.
So, gambar semua tu banyak kat dia.
Aku tak sempat nak mintak.
Al maklum lah, saya takde whassap kan.
Hihihi harapkan bluetooth je nokkk. =P

Sesampai je Miri, kami melatah dulu sebelum meneruskan perjalanan ke Brunei.
Naik van yooo!
Tapi bestt, sebab bagi aku kalau pakai darat ni.
" jauh perjalanan, luas pemandangan "
Itu yang aku teruja teruji sesangat!


OMeshh!! Kenapa muka aku macam tu sangat? Actually ni gambar time kami nak p jalan-jalan bandar Brunei. So korang boleh bayangkan macam mana rupa kami time mula-mula sampai Miri dan naik van ke Brunei. Ala, takla sesempit ni beb! Sebab masa tu, tak ramai sangat. Acah je ni. * tutup muka sebab aku tak ambik gambar masa tu

Hari pertama malam pertama kami kena pakai baju kurung.
Actually tema kena warna hitam tak silap aku.
Tapi malam tu aku tak bawa baju hitam.
Nak tak nak, aku main pakai je baju kurung hijau.
Tapi selendang hitam okeee.
Ada gak kehitaman nya tu kan. 



Mintak maaf ek, kalau keterlampauan edit! Sebab ni hp anak buah aku kat sebelah tu haa. Mula-mula tu tegur gak la, kenapa edit hp dia terlampau sangat. Sampai nampak sangat fake kan? Apapun, malam tu memang real make up. So yang kat atas tu, disebabkan pakai camera 360. Jadi segala kulit semua nampak bersih jee. Hahahaha

Ni untuk hari pertama, hari pertama adalah malam berkhatam.

Untuk hari yang kedua aku berada di Brunei adalah untuk malam berbedak.
Macam tu lah bunyi dia. *actually aku lupa
Dan aku mintak maaf sekali lagi, gambar tu semua ada. 
Aku je malas nak transfer masuk dalam PC.
InshaAllah, kalau rajin, aku buat Hari kahwen Part 2 nanti.
So semua gambar tu aku letak dalam entri tu nanti yek. OKE?

Hari kedua ni, kami kena pakai baju biru.
Nasib baik jugak lah aku bawa baju biru masa tu.
Tapi sayang, aku tak capture sangat malam tu.
Sebab baju biru aku pakai tak beberapa minat aku laa.
Jadi malas pula nak capture.


Ni lah gambar yang sempat aku ambik, lepas pagi kami sebok-sebok jadi malam kami kena lah berkumpul untuk YSL CREW. *bride's crew baju ni aku simpan okeee. Best sangat masa tu. Sebab malam tu memang banyak ativiti!

Untuk hari ketiga, kami kena pakai coklet punya pakaian.
Aku pulak masa tu, pakai pink!
LARI TEMA WEII!!!
Takpe, memang tak tahu pulak kena pakai cokelat kan.
So aku tak ambik banyak sangat gambar.


Yang kat bawah tu lah keluarga si pengantin. Tak banyak pun aku ambik. Sikit ni jee. Sebab baju aku pakai tak best dan tak vogue! Wahahahahhaa takpe, janji aku ambik gambar kannnn.......

Untuk hari yang terakhir pula, pakaian semua satu warna!
Satu corak. Dah macam raya je masa tu. SEDONDON!
Aku pulak time tu pakai black jee.
Tudung pulak warna cream. Hahahaha


Ermm, nampaknyaa, aku ni memang tembam! Hahahaha Tengok? Orang lain sebok pakai cream, aku je pakai hitam masa tu. Takpe tudung ada untuk cover mehhh. Tak vogue sangat time tu. Aku pakai make up natural je. Ala kadar. *make up habis masa tu btw, the best shoot aku suka yang gambar aku dengan sepupu aku kat atas tu! I love it! With my cousin, Ida.


Rindu nak kumpul cam ni lah weii. Sebab HAJI AWANG FAMILY aka HAF je yang paling ramai dan sebok dengan mulut je masa tu. Harap dapat macam ni lagi kan. :D

Apapun, SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT SPEUPUKU ALINA DAN SUAMI DIA YUNUS aka YSL!
Semoga bahagia sampai bila-bila.
Bertambah lagi la anak buah ku.
Bila lagi turn saya ni ek?
Ala lama lagi tuuuuuuuuuuuuuuuuuuu...................
Calon belum ada.
Ada pun, biarlah dulu.
Kalau ada jodoh ada lah tu.
Aku masih menunggu. *cewah!

So kat bawah ni, gambar-gambar sepanjang aku berjalan di kota BRUNEI DAN MIRI!


Nak jalan tengok bandar brunei masa ni.
Tengah tunggu yang lain berkemas, aku ambik la gambar sekejap!


Tengok? Tak de kerja, kami buat kerja.



Tak silap ni gambar last kami. Nak balik ke MIRI dah masa tu! Babai BRUNEI! With my cousin bella.


Aku tak taw, nape wajah aku cam tu sangat! Warna gincu, mak ai! Mengalahkan FAZURA time dia buat iklan COLGATE je! Time ni otw nak g pantai MIRI! With my cousin fizah.



Ermm gambar bila ni ek? Oh ya, gambar last kami kat HOTEL IMPERIAL *perluke tulisan besar gitu? sebab masa tu kami nak f;y ke KUCHING dah malam tu. Bapak aku kacau je kat belakang tu!


Sorry lah yek, muka lesu tunggu nak fly je masa ni. Mana tak dari jam 7 petang kami tunggu di airport. Apa ke hal nye yopp??? With my mummy!


And for last shoot from me. Kat Pantai bandar MIRI!


Saya taw, saya tak lah cantek sangat. Cukuplah untuk buat seseorang terhibur dengan telatah saya.
Ada masa kita coretkan lagi okeee.


P/S : Di dalam suka, terselit seribu duka. Di dalam duka rupanya terselit seribu suka di akhirnya nanti. Tapi aku tak taw, bila bahagia tu menjelma. Takpelahh. PEACE...................



♥ hidup ini indah tapi tak seindah surga. ingatlah Allah sentiasa ada untuk kita. Amin :') ♥

11 June 2013

♥ bahagiamu deritaku ♥




Assalamualaikum wahai penghuni bloggers dan ahli persatuan skodeng sedunia.
Apa kabar? Sehat kerr?
Actually, aku blur dah nak buat entri apa.
So entri kali ni, nak kongsikan satu lagu lagi.
Lagu ni memang dah lama aku dengar.
Sebelum Hafiz AF mempopularkan lagu dia ni aku dah dengar duluu.
Tapi masa tu aku dengar cam tu jee.
Tengah boring, aku p lah cek-cek lagu hafiz semua.
Tak sangka pulak lagu tu hangat berkumandang di corong radio.
Smart pulak kan tajuk dia. *suka lah tu

Bila dengar lagu ni, memang feel habis habiss.
Time aku dengar, taklah aku sedih.
Suka je punn.
Macam ermmm like ermmm persis ermmm........... *weeeeeeeeeeeeeeeeee
Apapun, aku harap korang enjoy lirik dia.

_________________________________________________________________________________

Ku dengar kau cinta sangat padanya
Ku dengar hatimu kini miliknya
Dia kan menjadi teman sehidup dan semati
Aku menjadi sahabatmu

Seksanya mengakui kau teman biasa
Terpaksa ku terima itu hakikatnya
Yang pasti aku tak mau lupakan cinta
Kau percik api membakar kenangan lama

Aku tak tau menilai cintamu
Aku tak mampu pertahankan

Tinggalkanku, perlahan-lahanku terima
Semakin ku sakit, semakin kau bahagia
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jangtungku bersamamu

Bahagiamu deritaku - Hafiz AF


Smart tak? Best kannn.
Bukan senang, nak teruskan sesuatu persahabatan tu bila hati perlu simpan segalanya.
Asalkan bahagia. Tu dah cukup mehh.
Takpe tipu hati sendiri, inshaALLAH.
Sabar tu kan indah sayang. :D



P/S : Ingatkan diri selalu, his not mine anymoreee. 


Pelangi yang aku ambek petang tadi. Cantekk gilerrrr. :D

Boring kaaaan, buat entri macam ni selalu. 
Macam takde lifeee jeee.
Ala, actually aku happy.
Aku happy jadi diri sendiri.
Inilah diri aku dulu sekarang dan selamanya.
Takpe, nanti aku buat entri yang vogueeee gituuu.
See yahhh! Peaceeee. :D

Tak selamanya begini.



♥ hidup ini indah tapi tak seindah surga. ingatlah Allah sentiasa ada untuk kita. Amin :') ♥

08 June 2013

♥ cinta yang tersimpan ♥




Di dalam diam ku simpan perasaan
Di dalam diam ku himpun kan kenangan
Apa pun yang terjadi ku akan menyayangi mu
Biar pun cuma seketika

Di dalam hati ku hanya ada kamu
Di dalam jiwa ku hanya merahsia
Biar pun semuanya tersimpan di lubuk hati ku
Kerana kau segalanya

Mengapa ada jurang yang menghalang
Walau hadir mu cuma seketika
Apakah aku tak selayak menerima
Cinta mu

Biar pun ombak pantai bergelora selamanya
Biarlah lautan kering aku tak akan berubah
Hanya satu yang ku pinta
Hanya satu yang ku perlu
Kejujuran dari mu....


Cinta yang tersimpan by Aly Haziq dan Siti 



P/S : Kadang-kadang kita tak mampu nak luah isi hati kita. Dengan lagu je dapat membicarakan segalanya. Susah nak tafsirkan lukisan hati seseorang. Aku bukan bodoh kerana cinta. Itu kerana aku setia dengan cinta.


" senyummu takkan terganti, maafku takkan memilih, sabarku selalu berharap kau kembali "



maaf aku pohonkan kerana aku masih menunggu dan setia menunggu.


Aku akan tetap tertawa walau sebenarnya aku menangis.
Aku akan tetap tersenyum walau sebenarnya aku sangat kecewa.
Aku akan tetap kuat walau sebenarnya aku sedih tak sanggup.
Aku tetap semangat walau sebenarnya tertekan dengan masalah.
Aku akan tetap sabar dan memandang segala sesuatunya baik-baik saja
walau sebenarnya aku terluka.

- Pemilik hati



♥ hidup ini indah tapi tak seindah surga. ingatlah Allah sentiasa ada untuk kita. Amin :') ♥

02 June 2013

♥ seluruh nafasku ♥



Assalamualaikum semuaaa.
Actually aku tengah bercuti sekarang ni.
Tapi tak leh tidur pulak.
So, tiba-tiba plak rajin nak buat entri.
Nak share lagu je.
Sebab tadi pertandingan karoke lepas majlis berinai.
Ada sorang peserta ni, sedap pula suara dia menyanyi.
Lagu yang dia bawa pun best.
Suka pula aku bibit-bibit lagu tu.
Aku nak share lirik dia lah.
Sedih gak mendengar.
Apapun, lagu ni tak silap artis brunei yang bawak.
So, inilah lirik dia.
__________________________________________________________________________

Mencintaimu sampai mati
Walau kau tak pernah sadari
Inginku luah segala padamu
Tapi takut dengan jawapmu

Ku ingin selamanya disisimu
Selamanya menjadi kekasihku
Tapi jantungku seakan terhenti
Apabila mengetahui....
Dirimu telah berdua

Aku sakit aku terluka
Amat perit untuk ku terima
Aku rela aku terpaksa
Moga bahagia kau bersamanya

Selagi nafas masih berhembus
Selagi nadi terus berdenyut
Getaran cintaku kan selalu ada
Walau kau takkan pernah merasa

Maafkan aku
Kerna tak pernah berhenti
Untuk selalu menunggu
Balasan cinta darimu
Tulus hatimu
Sayang ku.....

Seluruh nafasku - Ezah Hashim

p/s : Aku yg mengejar bayang cinta kian terbiar terpendam kata tak terungkap selamanya. Pedihnya hanya aku yang merasa. Mahu memilikinya. Aku hanya hamba cinta. - pendam (shahir)


Pahitpun itu ku tersenyum. Takpe, bukan hari aku.



♥ hidup ini indah tapi tak seindah surga. ingatlah Allah sentiasa ada untuk kita. Amin :') ♥

30 May 2013

♥ i'm holiday ♥




* lukisan malas ni. Nak buat cam mana kan. :D

Assalamualaikum!
Entri aku kali ni mungkin masa tu aku dah tak kat Kuching Sarawak.
Mungkin aku dah kat tempat lain.
Apapun, satu minggu je pun aku tak memblogging.
So i need rest!
Hahahahaha rest la sangat!
Bukan rest, actually pergi invitation kahwen sepupu. :D
So babai semuaa. 
Satu minggu ni kena tahan laa
No calls and especially no massege!!! *Pasti aku merindu. rindula sangat
Sebab aku kat BRUNEI la weeiiii! Wargghhh!
K Peaceee.. 


P/S : Tabah dan terus tabah. Sabar dan terus bersabar. Menghitung dan terus menghitung. Memikirkan masa yang akan datang. Itulah hakikatnya. Dan aku pasti, suatu hari nanti bila kemenangan berada ditangan. Aku pasti dilupakan. 




♥ hidup ini indah tapi tak seindah surga. ingatlah Allah sentiasa ada untuk kita. Amin :') ♥

26 May 2013

♥ bila hati menangis ♥



Assalamualaikum.
Entri kali ni mungkin agak menyentuh perasaan.

Kadang-kadang, apa kita rasa ni tak semua orang rasa kan?
Kadang-kadang, apa yang kita harapkan tak semua kita dapatkan?
Kadang-kadang, apa yang kita cuba gembirakan tak semua nya membahagiakan kan?
Bila kita cuba selami lagi hati ni, rupanya ada satu benda yang masih tersisa.
Iaitu perasaan masih mencintai.

Perasaan yang sukar untuk diungkap.
Perasaan yang hadir tanpa diduga.
Perasaan yang menyakitkan.
Perasaan yang menyedihkan. 
Perasaan yang membencikan.
Dan perasaan yang paling sukar untuk dibuang adalah perasaan yang masih tersisa.

Kenapa masih tersisa? Kenapa ekk?
Kadang-kadang aku tanya diri aku. Kenapa?
Kadang-kadang aku terfikir, aku juga berhak bahagia.
Tapi kenapa? Kenapa perasaan ni ada lagi?
Kadang-kadang aku cuba nak buang.
Tapi aku tak boleh.
Aku betul-betul tak boleh. 
Perasaan ni masih terindah bagi aku.
Terindah sangat.
Mencintai seseorang dari jauh pun dah cukup buat aku bahagia. :')

Kalau orang tanya, bila nak cari peganti? *perlu ker soalan ni
Jawapan aku ringkas dan padat je.
" tak sedia dulu dan tak nak fikir lagi "
Tak mudah nak cari pengganti.
Tak mudah nak ganti kan semua kenangan tu.
Kalau dimata ni asyik nampak bayangan dia je kan.
So bagi aku tak mudah dan terlalu sukar.

Kalau dia bahagia, aku turut bahagia.
Kalau dia tersenyum aku turut tersenyum.
Itu dah cukup bagi aku selama ni.
Aku tak boleh nak ambik dia lagi.
Aku tak boleh nak paksa dia lagi.
Dia milik orang lain.
Dia sayangkan orang lain.
Hati dia buat orang lain.
Bukan untuk aku lagi.
Itu yang aku selalu aku ingatkan kat diri aku sendiri.
Dia bukan milik aku lagi.
Bukan lagi mel.
Ko kena taw, dia bukan milik ko lagi.

Aku tak taw la, kenapa aku buat entri ni.
Nak diluah mati mak, nak ditelan mati bapak. *betul ker ni?
Takde motif untuk aku buat entri ni.
Sebab apa yang aku rasa ni, dah lama sangatttt benda tu berlalu.

Okeylah, nak chaw dulu.
Layan konsert kotak, tendangan dari langit.
Tak sangka pulak, aku dapat tengok gak kat tv! 
Apapun, lagu yang sampai sekarang ni aku suka alunkan.


Hening malam ku sendiri
Bintang bulan ku pandangi
Hari-hari ku lewati

Kenangan indah dengan mu

Masih terasa di hati
Rasa sedih tak bertepi
Tak ada cinta sejati didunia ini

Mungkin kau tercipta tuk pergi
Meski bayangmu di benak abadi
Saat ini dirimu telah pergi
Berdiri menanti kau kembali

Mungkin kau tercipta tuk pergi
Meski bayangmu di benak abadi
Saat ini dirimu telah pergi
Berdiri menanti, Berdiri menanti
Berdiri menanti kau kembali
Bayangmu kan abadi
Meski kau telah pergi
Disini ku berdiri
Menanti kau kembali....


* bayangan abadi - kotak
Bila la dapat dengar orang bawa lagu ni lagi kan. :'D






♥ hidup ini indah tapi tak seindah surga. ingatlah Allah sentiasa ada untuk kita. Amin :') ♥

23 May 2013

♥ happy birthday to me 22 may ♥


Assalamualaikum ............


* lukisan ni aku sendiri buat! Haha

Happy birthday to me...
Happy birthday to me..
Happy birthday to me..
Happy birthday to me...

Actually semalam birthday aku.
22 May 2013

Apapun, aku still gak boleh buat entri kan? Hehe
Suka suki aku lah, belog aku. Ko pehal?

TAK SANGKE YEK! Aku dah tua rupanyerrr.
22 tahun dah aku hidup kat muka bumi ni.
Thanks to arwah mak *al fatihah
Yang telah lahirkan aku kat dunia serba moden ni.
Thanks sangat-sangat sebab besarkan aku sehingga besar begini. Hehehe
Kalau dia ada, dah sah-sah hadiah atas meja selalu. :'D

And for all the wishes from my friend semalam.
Malas pulak nak senaraikan. 
Thanks sangat-sangat sebab tak lupakan birthday aku.
And thanks to my dad, my mom *cewah speaking gitu
Sebab belanja makan kat steamboat last nite.
Gambar? Takde pulak aku nak capture semalam.
Sebab asyik makan! Hahahaha

Best la semalam, even kitaorang family je. *sebab lama dah tak sambut birthday sama2
Even takde cake, even takde yang menyanyikan selamat ulang tahun.
Takde tu semua pun dah cukup aku kena belanja makan steamboat! Haha
Apa yang special kat sana, dorang bukak lagu lama dolu-dulo tawww.
Tu la makan sambil feeling jap kan.

Dalam mangkuk aku penuh je dengan makanan.
Sampai kena tegur bapak.
Hahaha tua-tua pun kena tegur okee.
Takde hal bagi aku, teguran membina tu. *binalah sangat!
And thanks sangat- sangat kat korang semua sekali lagi.
Ucapan dari dorang member dah cukup meh.
Tak kisah la sangat takde hadiah.
As long as, korang ingat siapa aku dalam hidup korang suatu masa dulu.

Birthday tahun ni memang terasa sikit laa. *semua benda nak di terasa
Terasa sikit je oke, sikit jeee! Hahaha
Tak taw la apa yang aku terasa kan. Hehehe
Ulang tahun kali ni, memang azam tu ada.
Nak taw ker? Tak yah laa.
Azam aku satu jee.
Tapi? Biarlah rahsiaaaa...................
Sampai satu saat tu azam tu memang Tuhan kabulkan. Amin rabbalalamin.

Bagi sesiapa yang lupa birthday kat aku tu, tak pee..
Aku anggap korang busy jaga anak dan laki mawpun isteri kat ruma.
Callo beteh! Untuk rakan blogger, thanks laa kalau ada yang wish tu. Hahaha

Btw, ni wajah tahun 2013 yang berumur 22 tahun sekarang. Hahahaa


Comel tak kak ton? Hahahahaha!
Peace

P/S : Dalam hidup, jangan sesekali pandang remeh benda yang dah berlalu. Kita hidup ni sekali je akak abang. Kalau boleh, kena pandang belakang gak. Kalau takde pengalaman, siapalah kita sekarang ni. Peluang kedua tu selalu ada, so buat yang terbaik untuk peluang kedua. InshaALLAH, kalau aku dibagi peluang kedua tu, aku akan dan pasti buat yang terbaik dalam hidup. Dan tak kan pernah putus asa. Amin.

" aku hanya mampu mengagumi bulan dilangit. Tapi aku tak mampu untuk menggapai dan memilikinya kerna aku bintang yang tiada kilauan nya dan juga kesepian "
Mungkin nanti dan InshaAllah, suatu hari kelak. :')

Kamu tak bisa, bayangkan rasanya jadi diriku.
Pahitpun itu kutersenyum.



♥ hidup ini indah tapi tak seindah surga. ingatlah Allah sentiasa ada untuk kita. Amin :') ♥

16 May 2013

♥ adoyaiii merindu zaman dulu ♥


Cik ke cik ke cik ke ahhh. *sound capture handphoe aku suatu masa dulu


WAHAHAHAHAHAHHAHAAH
AKU GELAK DULU SEBELUM MULA!

Btw, Assalamualaikum dan selamat malam.
Aku taw aku dah lama tak update.
So malam ni, kerana aku rajin, aku bukak lah satu persatu post lama2 aku.
Dan aku terjumpa this entry. KLIK SINI

NAMPAK TAK GAMBAR KAT ATAS TU?
Tu lah gambar time kami SEMESTER 1 Di Politeknik Kuching Sarawak TAHUN 2009.
Seriusly. AKU RINDU SANGAT2!
Macam nak tergelak je tengok la beb! *serously aku gelak sampai berair mata
Masa kitaorang ambik gambar ni waktu tu POLI BRIGED *setiap poli ada aktiviti ni
Orang sibuk buat kawad kaki, kami sebok ambik gambar!
Kalau dapat cam, mana satu aku kat atas sana?
Hihhihihihihihi beza sungguh lorrr.
SIAP POSING MAUT LAGI AKU KAT SANA OKEE! 
WAHHAHAHAHAHAHAHAH *perei eh



Aku tak taw la, apa respon dorang member aku yang sekarang ni tah, apa kabar dorang kalau tengok gambar ni.
Maw kena lastik kali.
Apapun, ni gambar time kitaorang habis kelas.
Aduheii.
Muka suci lagi masa tu.
Siap blur je aku tengok.
Gelap je lagi tu.
Mana tak, berpanas berjemu berhitam.
Siap buat logo X-MEN lagi tu!
Yang kat belakang buat tarian kot.
WAHAHHAHAHAHAHAHA *ketawa jahat

Apapun, aku rindu sangat dulu.
RINDU WEIIII!!!!
Kalau boleh, nak je ulang balik.
Nak spent time dengan dorang semua.
Buat assignment sama-sama.
Buat homework sama-sama.
Study group sama-sama.
Lepak, makan, minum tidur sama-sama.
Bangun pagi, ketuk pintu kumpul ramai-ramai g mandi ramai-ramai.
OMG! I MISS IT. MISS SANGAT-SANGAT!
Apala kabar korang ek?
Aku harap oke-oke je kan.

Nah, aku bagi satu gambar kartun aku buat untuk korang. :D




From left : Netty, Me, Bayani, Azi (sit), Afni, Fiza and Emma (sit).

Inchiha tetap hidup ker?
Aku tak taw lagi apa kabar inchiha sekarang.
Harap masih hidup lagi nama ni.
Tetap utuh juga bagi aku nama tu.
Sebab dulu heboh jugak la nama tu.
HEBOH LA SANGAT! *tangan di dada mata juling
Ada gak BELOG untuk inchiha ni.
Tapi aku tak taw apa email dan passowrd dia.
Dulu ingat, sekarang lupa pulak.
Sebab yang handle BELOG tu. 
Netty je yang urus.

Apapun, aku doakan korang sejahtera kat luar sana.
Ada masa kita jumpala.
Mungkin time KONVO BULAN 7 ni kot.
INSHAALLAH!

Thanks for everything gangs!
Even kita ni pernah gaduh, salah faham, marah sesama sendiri dan sebagainya.
Kita tetap utuh, tetap anggap tu hanyalah sebahagian daripada kehidupan.

Peace................. :D

P/S : Ada pesanan buat diluar, aku tak sangka lah, ada orang dengki kat aku selama ni. Aku ingatkan apa aku buat, apa aku beritahu, apa aku kongsikan ni hanya sekadar untuk luahan kat ko. Tak sangka pulak, "dia" tu boleh dengki. Cik akak, dengan sahabat sendiri pun nak dengki ker? Kita dah kenal lama. Baru ni aku taw, betapa dengki sedengki-dengki nya ko kat aku. Seriously, aku baru dapat menilai, siapa kau selama ni. Dan aku taw, selama ni, ko nampak apa aku buat, apa aku lakukan. Terima kasih sangat-sangat. Satu hari nanti, aku nak Allah balas apa ko buat tu. Adiossss. Assalamualaikum!



♥ hidup ini indah tapi tak seindah surga. ingatlah Allah sentiasa ada untuk kita. Amin :') ♥

11 May 2013

♥ 11 things about me ♥


Assalamualaikum ya habibi ya maulana.
Hari ini, ana ditag oleh dua insan blogger yang ana suka terjahi.
Guess whoooo???
Of course la laling Nies Alhaq and my cutie Faeyteen
Thanks sangat-sangat sebab ingat saya yee.
nak taw sangat ker 11 perkara tentang saya ni?
Hehehe kalau nak taw, let's check it ouuuttt! :D

Kita start permainan ni.
Sebab aku tak pernah join main permaianan cenggini.
Cam best pulakk. :D

Few rules need to be followed :

1. Post this rules.

2. Write 11 things about yourself.

3. Answers the questions the tagger set for you.

4. Create 11 new questions for those you want to tag.
5. Choose 11 bloggers to be tagged and link them to the post.
6. You are not allowed to tag back.




11 things about me :

1. Suka gelak bercakap tak henti-henti tapi hakikatnya kaki menangis.
2. Nasi ayam tu memang tetap No 1 dihati.
3. Suka something yang pelik dan unik dan tak pernah orang lalui atau memakai. *apa-apa je
4. Layan lagu yang perrggghhh JIWANG GILER SAKAN! Especially MCR! Wakakkaak *suspen!
5. Bagi gitar je aku taw main. HAHAHAHA *ketawa jahat
6. Saya masih SAYANG SANGAT-SANGAT dgn TTUUUUTTT DAN BANTAL DOREAMON!!
7. Seorang yang bertudung tapi "brutal" dan suka novel. *romatis rupanya aku ni. =P
8. Suka pendam apa yang dirasa. *pandai menangis sendiri je pun
9. Kiranya friendly gak la aku ni, itupun kalau sekepala laaa.
10. Jangan tegur aku kalau mood aku tak oke! Tapi boleh handle lagi. HIHIIII
11. Jangan marah aku kalau aku buat sesuatu yang tak masuk akal! HAHAHAHA *ketawa jahat lagi



11 Soalan DARI BLOGGER NIES ALHAQ
Dan JAWAPAN SAYA PULAK!


1. Berapa ramai orang yang tahu nama penuh awak?
+ Rakan POLIKU, sekolah menengah dan family.

2. Bagaimana hati awak kebelakangan ini, sihat?
+ Sihat tapi selalu demam laa sebab merindu. HAHAAH *ketawa jahat

3. Ada orang buat awak marah tak hari ni?
+ Ada! Dorang pegawai imegresen! HAHAHA

4. Adakah awak seorang yang kaki jeles?
+ Ermm tak taw laa, kadang-kadang kot. Tapi tak nak show, sebab jaga hati yang tersayang.
Ala benda macam tu, kena bertempat la kalau nak cemburu. Kannn.
Matured dalam hubungan tu penting. :D

5. Adakah terdetik rasa malu pada masa silam awak?
+ Ermm, adalah jugaa. -,-

6. Adakah awak percaya pada orang sekeliling awak?
+ Saya ni memang mudah percayakan orang, tapi kena ambil masa laaa.
Tak la percaya dengan cepat kan.

7. Lagu terakhir yang awak nyanyi?
+ Hahahaha baru jap tadi. Lagu dalam blog awak! :D

8. Nama cikgu tadika awak, kalau ingat, siapa nama?
+ Cikgu Zaiton! Selalu gak jumpa dia. Sebab anak dia, kawan saya.

9. Awak masih single ker?
+ Soalan PANAS! Baru je setahun menyingle ni. Ada calon untuk saya tak?
Kalau ada, saya taknak! Saya masih sayang yang lama. Hahahahaha *ketawa jahat

10. Adakah awak pakai name tag kat sekolah atau kerja?
+ Kat sekolah memang selalu, kalau kerja, takdee. Sebab saya tanam anggur sekarang!

11. Suka saya tak? Kenapa?
+ Mestilah!! Sebab awak suka terjah blog saya dan komen-komen!
Lagipun umur kita sama dan awak comel sangat-sangat! :DDD



11 soalan DARI BLOGGER FAEYTEEN
Dan JAWAPAN SAYA PULAK!


1. Apa yang kamu suka pada dunia blogging?
+ Saya suka baca entri budak yang boleh memikat jiwa.
Then saya suka luah apa yang saya nak luah, saya suka share something yang saya rasa nak share,
and ini je platform saya untuk kawan-kawan yang taw blog saya dan ingin taw keadaaan saya sekarang.
Sebab saya takde FB, TWITTER, WASSUP, INTAGRAM and SO ON!!! :D

2. Apakah perkara terburuk yang pernah kamu lakukan?
+ HAHAHAHAH BIARLAH RAHSIAAAA. Saya pernah marah bapa. Teruk kan saya. :'D

3. Apakah perkara terbaik yang pernah kamu lakukan?
+ Ermmm, kitaorang menang RANCANGAN PROJEK SEMESTER 3.
SEBAB SAYA LEADER MASA TU. :D
Thanks kat member-member yang banyak tolong bagi idea masa tu.
(Emma, Netty, Fiza Dan Bayani)

4. Jika kamu diberi peluang melancong secara percuma, kemanakah yang kamu ingin pergi?
+ Ermm kalau boleh luar malaysia laaa. MEKAH! Dengan parents dan tersayang. Kan best kan kan kan! :D

5. Jika kamu diberi peluang kembali ke masa lalu, apa yang kamu ingin lakukan?
+ Tanak lepaskan orang yang disayang dan buat sehabis terbaik masa tu untuk sesuatu hubungan.
Tapi Sayangkan, takkan terjadi lagi masa tu. :'(
Takpela, kena percaya qada' dan qadar.

6. Bilakah waktu/kali terakhir kamu menangis?
+ Hari-hari saya menangis.
So last nite yang terakhir. Malam ni tak taw la, mungkin tidur terus.
Penat lerrr satu hari ni. Hahahahahah * ketawa jahat lagi

7. Apakah perkara yang kamu ingin lakukan di dunia ini, tapi tak kesampaian?
+ Nak buat hati dia gembirang dan sentiasa rasa bahgaia, tapi semua tu?
Kini hanya tinggal kenangan, hanya waktu menentukan kita kan bersama. *nyanyi pulakk! :D

8. Pernahkan anda berjumpa hantu atau bermimpi hantu?
+ Actually jumpa tu tak la, tapi terkena tu pernah laa. Dalam mimpi? Pernah! Hahaha 

9. Apakah hulu tuju kamu didunia ini?
+ Untuk bahagiakan keluarga dan bagi duit kat bapak!! Hahahahhaa

10. Antara menonoton televisyen dengan melayari internet, mana kamu paling suka?
+ Televisyen! Boleh gelak-gelak tengok Karoot Komedia. Hihihihi

11. Apakah barang yang paling berharga pernah kamu beri kepada ibu kamu?
+ Kad buatan sendiri! :D


So kali ni, 11 soalan untuk korang pulak!

Aku nak korang jawab dengan sehabis baik seolah-olah dalam bilik peperiksaan! 
HAHAHAHAHAHHAHA

1. Apa nama panggilan korang kat rumah?
2. Suka buat apa time tengah malam-malam?
3. Kat dunia ni, apa yang paling awak nak sangat?
4. Cuba hitung berapa abjad nama korang?
5. Suka cokelat tak?
6. Apa favourite movie korang yang tak pernah jemu-jemu korang tengok?
7. Korang pernah terasa disisihkan oleh kawan ker, keluarga ke? Siapa2 lah.
8. Pernah tak korang terfikir untuk membuat orang yang korang sayang sangat tu bahagia? *ibubapa oke!
9. Lagu terakhir yang korang pernah bagi kat Ex BF?
10. Pernah terkencing atas tilam? HAHAHHAHA
11. Aku nak taw, apa korang rasa sekarang? Dan betul ker semua soalan - soalan aku bagi ni? Dan memuaskan hati ker tak? *JUJUR!

So aku harap nama yang di tag ni, jawab yeee. 
Jangan tak jawab pulakkk. 
Aku mohon. HAHAHAHA

BLOGGER YANG DITAG. 


Harap bagi respon yang baik yeee.
Terima kasih kerana menjenguk dan sporting untuk bermain permainan ini. :D
PEACEEE...........

Muka baik untuk korang! HAHHAHA







♥ hidup ini indah tapi tak seindah surga. ingatlah Allah sentiasa ada untuk kita. Amin :') ♥