My photo
Malaysia
Having a great name is wonderful feelings i ever had. Nurul Emildza Binti Jaya. Born on May 1991. Live at Kuching Sarawak. Borneo blood. Mix bidayuh malay. Having a suck life but still make it wonderful. No one knows what she's feelings until they know her. If they know. If only the knew the truth. But not inside. the best word for describe her " AKU TABAH BERJALAN SEMBUNYIKAN HARAPAN..." - xoxo

04 November 2012

♥ tiada yang mengerti ♥


Ini bukan kisah cinta juga bukan kisah dongeng. Tapi ini kisah kehidupan.
Siapa kata kehidupan itu indah? *ya,memang betul*
Tapi sejauh mana indah itu? Selagi kau belum jumpa keindahan surga.
Jangan pernah merasa hidup kau sentiasa bahagia.
Tidak kau sedar bahwa kesakitan hati, kebencian hidup, selalu menerpa.
Jangan pernah merasa HEBAT dengan setiap yang terjadi.
Tidak kah kau tahu, musibah sedang melanda?
Jaga lah setiap perbuatan dan percakapan mu agar tidak ada insan lain yang terluka dan sakit hati.
Bila satu membenci kau, sampai matilah kau sukar dimaafkan.

Selalu ku ingatkan pada diriku.
Bahwa hidup tidak selalu indah.
Ingatlah MAHA PENCIPTA disetiap kau senang maupun susah.
Bila kau susah, Dia lah sentiasa mengingatkanmu.
Jangan kau sentiasa bahagia dengan apa kau buat.
Tidak kau tahu, Allah dan malaikat sentiasa melihat.

Semalam kau berdosa, andai hari ini diberi kesempatan hidup, mintalah keampunan.
INGATLAH!!
Andai hari semalam kau bahagia, kau kena ingat bahwa hari ini kau pasti sedih.
Andai hari semalam kau sedih, ingat bahwa hari ini kau bahagia.
Dan esok nya, kau jadikan ia suatu pengalaman untuk mengajar kau lebih KUAT DAN TABAH!
Manusia disekeliling kau takkan pernah merasa AIRMATA mu.
Hanya ALLAH s.w.t yang mengerti.
Betapa pahit dan pedihnya hati mu untuk jalani kehidupan ini dan kehidupan yang mendatang.
Hari ini adalah MASA DEPAN! Cepatlah berubah!
Jangan seperti kebudak-budakkan.
Fikirlah hati yang kau sakiti.
Fikirlah hati yang sentiasa menangisi disebabkan perangai kau.
Fikirlah hati yang sentiasa kau rendahi.
Fikirlah hati yang sentiasa kau sindirkan.
Jangan kau bangga dengan apa kau buat.
Allah sentiasa ada untuk menurunkan musibah.

Hari ini kau lupa Dia.
Tapi Dia tidak pernah lupa kita.
Hari ini kau senang.
Jangan kau lupa Dia.
Kerna masa kau susah, Dialah membantumu.

Ingatlah siapa sentiasa disisi ketika kau susah dan senang?
Jangan kau pergi disaat kau senang.
Dan kau datang di saat kau susah.
Tidakkah kau melukai hati insan itu?
Tidakkah kau merasa hati insan itu disakiti?
Seribu satu kisah telah ku lalui selama ini.
Baru ku tahu erti sahabat, baru ku sedar siapa kawan dan lawan.
Betapa sedihnya hati ini, bila disaat kau memerlu, aku kau cari.
Betapa sedihnya hati ini, bila disaat kau bahagia, aku kau lupa.
Jangan kau buat hati ini seperti permainan.

Sedarlah aku! Kerna aku banyak menyakiti hati insan lain di ketika dulu.
Di ketika ini, Tuhan menguji. TERIMA KASIH YA ALLAH!
Setiap ujianmu, aku jalani penuh ikhlas.
Walau kadang2 hati ini perit!
Mengeluh! Menangis! Sakit hati! Dan Benci!
Tapi itu semua mengajarku untuk lebih tabah dan sabar!
Mengajarku bahwa kehidupan ini sentiasa banyak dugaannya!
Kerana ini MENDEWASAKANKU! Siapa aku hari ini, dan siapa aku esok juga siapa aku seterusnya!

WAHAI HATI INI!
JANGAN KAU FIKIR SIAPA PASANGAN MU!
JANGAN KAU FIKIR SIAPA PENGGANTINYA!
JANGAN KAU FIKIR SIAPA YANG BERJAYA MENAMBAT HATIMU!
FIKIRLAH SIAPA KAU SEBENAR!
KAU BOLEH BERJAYA DIMATA ORANG!
BUKTIKAN YANG KAU BOLEH HIDUP TANPA SESIAPA!
KERNA ITULAH YANG MANGAJAR MU LEBIH TABAH!!!
WAHAI HATI!
SIMPANLAH CINTAMU!
SIMPANLAH RINDUMU!
SIMPANLAH SAYANGMU!
JANGAN KAU BAGI PADA HATI YANG TIDAK SETIA!
SIMPANLAH IA UNTUK YANG LAMA!
ANDAI KISAH ITU KEMBALI LAGI, AKAN KU CUBA YANG LEBIH BAIK DARI SEBELUMNYA.
KERNA AKU TAHU, KISAH ITU HANYA CORETAN!
UNTUK KU MENJADI LEBIH BAIK PADA HARI YANG MENDATANG.

Berterima kasih kepada orang yang MENYIKSAmu kerana dialah jua yang MENGUJI kesabaran dan ketabahanmu.
Berterima kasih pada orang yang MENJATUHKAN kamu kerana dialah orang yang MEMPERHEBATKANmu.
Berterima kasih pada orang yang tidak MENGENDAHKANmu kerana dialah insan yang MEMUPUKmu BERDIKARI.
Berterima kasih pada orang yang MENYAKITImu kerana dialah yang mengajarmu erti tabah.
Adakalanya kita perlu KETAWA agar kita tahu mahalnya nilai AIR MATA.
Kerana inilah yang sentiasa membuat ku tersenyum menempuh khidupan. 

Doa ku setiap pagi sebelum menunaikan tanggungjawab ku sebagai penghuni alam.

" Ya Allah Ya Tuhan ku, telah kau beri rezeki kepada ku. Kan ku sambut dengan hati yang terbuka. Akan ku lapangkan dada ini daripada mengeluh. Kerna setiap keluhan ku ini satu dosa iaitu tidak mensyukuri apa yang kau beri. Betapa peritnya sebelum ini kerna rezekiku tertutup. Ya Tuhan, andai aku bersedih hari ini, kau ceriakanlah hatiku untuk ku tempuh semuanya. Andai hatiku terluka dan tersakiti, kau jauhkanlah sikap dengki dan benciku terhadap orang yang ku sakiti. Kerna ku tahu, setitik kebencian didiri pasti timbul tiada kemaafan dihati. Ya Tuhan, kau limpahilah rezeki ke atas insan yang sentiasa mengingati ku setiap waktu. Kerna ku tahu, rezekinya pasti akan lebih baik dariku. Ya Tuhan, jagalah hati mereka yang menyanyangiku, tabahlah mereka, berilah mereka rezeki, berilah mereka umur yang panjang. Berkatilah hidup kami. Ya Tuhan, andai ada hati yg ku lukai, aku mohon agar mereka sentiasa ingat akan diriku, dengan setiap pengorbanan yang telah sama2 dilalui. Ya Tuhan, dengan apa yang terjadi selama ini, kau berilah ku kekuatan. Dan ketabahan untuk meneruskan kehidupan. Kerna ku tahu, perancanganMU lebih baik daripada perancanganku. Amin Amin rabbalalamin.."

Disetiap doa, selitlah doa untuk sahabatmu, saudaramu dan keluargamu.
InshALLAH, doa dipagi hari sentiasa didengari.
Aku bersyukur atas rezekiku yang Kau beri Ya Allah!

" KERANA KESABARANKU INI, AKU TERSENYUM AKAN KEPEDIHAN HATI, AKAN HATI YANG TERSAKITI AKAN HATI YANG MERINTIH AKAN HATI YANG TIDAK BAHAGIA.."

PAHITPUN ITU KU TERSENYUM :'D





♥ hidup ini indah tapi tak seindah surga. ingatlah Allah sentiasa ada untuk kita. Amin :') ♥

3 comments:

AFINA said...

perubahan itu menyakitkan kerana syurga itu indah . =)

Emildza Jay ♥ said...

Yup betul tu. =))

AFINA said...

=)