My photo
Malaysia
Having a great name is wonderful feelings i ever had. Nurul Emildza Binti Jaya. Born on May 1991. Live at Kuching Sarawak. Borneo blood. Mix bidayuh malay. Having a suck life but still make it wonderful. No one knows what she's feelings until they know her. If they know. If only the knew the truth. But not inside. the best word for describe her " AKU TABAH BERJALAN SEMBUNYIKAN HARAPAN..." - xoxo

14 November 2012

♥ terimbas dulu kala ♥



Kalau nak view lirik dia, kat sini -----------> KLIK SINI

Mesti pelikkan kenapa update lagu ni lagi.
Pagi tadi punya kisah, time nak turun keja, tetiba je lagu ni berkumandang kat radio HOT.FM.
Tercalon dalam muzik-muzik gak. Jangan lupa tengok, Pelangi senja ada gak! Yeaa! :D
Masa dengar lagu ni dalam keta, naseb bek dok kat sit belakang.
Allah, betapa saya mampu menyembunyikan perasaan dan air mata ni.
SEBAK SESANGAT KAWAN! Allah je tau perasaan saya masa tu!
Lagu ni banyak kenangan.
Kenangan kenangan kenangan dan KENANGAN!!
Tak tau cam mana nak bagitau setiap bibit lagu ni.

Ermm, kalau boleh diulang lagi masa, nak je buat yang lebih baik. Kan?
Tapi apakan daya, suratan takdir kan.
Orang pun dah tak sudi.
Lagipun semua yang terjadi, salah saya.
Saya tak leh nak maafkan diri sendiri dah sekarang! :'(
Dilema buat saya tertekan masa tu.
Saya tanggung sendiri!
Tapi takpelah. Tak guna dibahas dah.
Pilihan saya buat memang memakan diri.
Tapi tu semua takdirkan?
Ya saya kena terima takdir!
So saya kena pendam kan je peluang kedua tu.
Untung bagi yg pernah merasa peluang kedua, tapi ttp tak buat yg terbaik.
Peluang kedua, ketiga keempat pun penah diberi, tapi? Tetap tak buat terbaik!!
So NOW! (dgn terpaksa!) saya kena terima dengan hati yang ikhlas.
Redha dengan ketentuan.
Bukan apa, bila di fikir balik, banyak sgt cabaran dan dugaan yang ditempuh dulu.
Dari mula berkawan, sampai kan dicemuh, bercinta dan last sekali?
YAA! KISAH DONGENG SAJA.

Tapi bagi saya, NI KISAH LAGENDA KAMI!
Apapun, buka buku baru je lah. 
Dengan pasrah, saya buka buku baru.
Tinggalkan semua, ITU PUN SAYA MAMPU KE TAK.
Apa yang terjadi pasti ada hikmahnya.
Hari ini berakhir ZULHIJJAH.
Sempena bulan MUHARAM esoknya, semoga hidup sentiasa diberkati.
Buang yang keruh, ambil kan yang jernih.
Tapi takkan saya lupa setiap apa yang terjadi.
Setiap apa yang org buat selama ni kat saya.
Apa yang saya terluka ker apa ker.
Saya biarkan pergi.
Dan juga.
Dosa semalam saya biarlah pergi.
Senakal mana pun, INGAT ALLAH!
Nakal tu tetap ada. Saya tak leh nak buang. 

Apa-apapun, jadikan semua ini satu pengajaran dalam hidup.
Dulu kalau muharam ada teman, tapi sekarang?
NVM~
Ampun maaf jika tersalah kata taip tersakiti disakit and so on.
Ingat janji 5 Tahun lagi.
Selagi mampu untuk jadi yang terbaik.
SALAM 1 MUHARAM SEMUA.

" Kan ku abadikan dikau, suatu kenangan yang manis. Yang tak mungkin aku lupa untuk selamanya.
Kan ku coretkan kenangan mu. Dalam sanubari ku ini. Agar jadi yang terindah di dalam hidupku ini.. "


=) : Kenapa bagi ayg matahari?
:D : Yela, matahari kan sinarkan daun bunga. Sebab tu ayg matahari, b ambik daun.

Okey. Saya simpan dan jaga ni elok2. Terima kasih sebab sempat bagi masa tu. :')) 
Buka buku baru? Saya cuba. D;
Tapi macam mana saya nak lupa?
Kenangan tu sana sini!!
Setiap kali lalui jalan yang pernah dilalui sama2, bayang tu sentiasa ada.
Ya Allah, tabahlah hati hamba yg hina ini sentiasa. Hanya kau yang tau. :'))
Salam. PEACE.

Selamat tinggal buku lama. Kau tetap ku kenang dan sabar menunggu~
"Jika mampu ke kembali mengulangi masa pasti ku tunaikan permintaan terakhir. Kini hanya tinggal kenangan. Hanya waktu menentukan kitakan bersama..- Pelangi Senja "

PRAYFORGAZA!! ALLAHUAKBAR ~



♥ hidup ini indah tapi tak seindah surga. ingatlah Allah sentiasa ada untuk kita. Amin :') ♥

11 November 2012

♥ apa ingin dikatakan ♥



Salam! Ada lagu mau di sampaikan. :DD

Dengar lagu ni masa kat ofis. SUPERB! Best.
Balek rumah terus cari lagu ni dalam youtube.
Hahahaha ENJOY IT! Lirik dia best. =)


Hangatnya Cinta - LYANNA

Sering aku merindu
Rindu pada dirimu
Sering aku teringat
Teringatkan dirimu

Walau waktu/musim berlalu
Kau masih di hati
Sentiasa wajahmu
Bermain di mata

Betapa indahnya cinta
Engkau dan aku
Tak mungkin ku lupakan

Engkau masih ku sayang
Sayang seperti dulu
Cinta mu di hati ku
Masih seharum dulu

Bersama kita rasa
Suka dukanya bercinta
Sedang hangatnya cinta
Kita pun berjanji setia
Di antara kita
Tidak rela berpisah
Demi kerana cinta

Apapun terjadi
Kau tetap ku cinta
Kerana cintamu abadi di hatiku
Apa pun terjadi
Pulanglah sayangku/padaku
Kerana kau kekasihku

Adat orang bercinta
Semuanya indah saja
Bila sudah kecewa
Sungguh pahit terasa

Alangkah indahnya
Jika kau dan aku
Saling menyayangi/memahami dan
Saling setia
Betapa rindunya/indahnya
Di dalam hatiku
Kasih dan sayang

* hargai peluang yang pernah diberi. Sebab saya tak pernah diberi peluang untuk tunjuk yang saya boleh jadi yang lebih terbaik *
Peace yoo! :D



♥ hidup ini indah tapi tak seindah surga. ingatlah Allah sentiasa ada untuk kita. Amin :') ♥

04 November 2012

♥ tiada yang mengerti ♥


Ini bukan kisah cinta juga bukan kisah dongeng. Tapi ini kisah kehidupan.
Siapa kata kehidupan itu indah? *ya,memang betul*
Tapi sejauh mana indah itu? Selagi kau belum jumpa keindahan surga.
Jangan pernah merasa hidup kau sentiasa bahagia.
Tidak kau sedar bahwa kesakitan hati, kebencian hidup, selalu menerpa.
Jangan pernah merasa HEBAT dengan setiap yang terjadi.
Tidak kah kau tahu, musibah sedang melanda?
Jaga lah setiap perbuatan dan percakapan mu agar tidak ada insan lain yang terluka dan sakit hati.
Bila satu membenci kau, sampai matilah kau sukar dimaafkan.

Selalu ku ingatkan pada diriku.
Bahwa hidup tidak selalu indah.
Ingatlah MAHA PENCIPTA disetiap kau senang maupun susah.
Bila kau susah, Dia lah sentiasa mengingatkanmu.
Jangan kau sentiasa bahagia dengan apa kau buat.
Tidak kau tahu, Allah dan malaikat sentiasa melihat.

Semalam kau berdosa, andai hari ini diberi kesempatan hidup, mintalah keampunan.
INGATLAH!!
Andai hari semalam kau bahagia, kau kena ingat bahwa hari ini kau pasti sedih.
Andai hari semalam kau sedih, ingat bahwa hari ini kau bahagia.
Dan esok nya, kau jadikan ia suatu pengalaman untuk mengajar kau lebih KUAT DAN TABAH!
Manusia disekeliling kau takkan pernah merasa AIRMATA mu.
Hanya ALLAH s.w.t yang mengerti.
Betapa pahit dan pedihnya hati mu untuk jalani kehidupan ini dan kehidupan yang mendatang.
Hari ini adalah MASA DEPAN! Cepatlah berubah!
Jangan seperti kebudak-budakkan.
Fikirlah hati yang kau sakiti.
Fikirlah hati yang sentiasa menangisi disebabkan perangai kau.
Fikirlah hati yang sentiasa kau rendahi.
Fikirlah hati yang sentiasa kau sindirkan.
Jangan kau bangga dengan apa kau buat.
Allah sentiasa ada untuk menurunkan musibah.

Hari ini kau lupa Dia.
Tapi Dia tidak pernah lupa kita.
Hari ini kau senang.
Jangan kau lupa Dia.
Kerna masa kau susah, Dialah membantumu.

Ingatlah siapa sentiasa disisi ketika kau susah dan senang?
Jangan kau pergi disaat kau senang.
Dan kau datang di saat kau susah.
Tidakkah kau melukai hati insan itu?
Tidakkah kau merasa hati insan itu disakiti?
Seribu satu kisah telah ku lalui selama ini.
Baru ku tahu erti sahabat, baru ku sedar siapa kawan dan lawan.
Betapa sedihnya hati ini, bila disaat kau memerlu, aku kau cari.
Betapa sedihnya hati ini, bila disaat kau bahagia, aku kau lupa.
Jangan kau buat hati ini seperti permainan.

Sedarlah aku! Kerna aku banyak menyakiti hati insan lain di ketika dulu.
Di ketika ini, Tuhan menguji. TERIMA KASIH YA ALLAH!
Setiap ujianmu, aku jalani penuh ikhlas.
Walau kadang2 hati ini perit!
Mengeluh! Menangis! Sakit hati! Dan Benci!
Tapi itu semua mengajarku untuk lebih tabah dan sabar!
Mengajarku bahwa kehidupan ini sentiasa banyak dugaannya!
Kerana ini MENDEWASAKANKU! Siapa aku hari ini, dan siapa aku esok juga siapa aku seterusnya!

WAHAI HATI INI!
JANGAN KAU FIKIR SIAPA PASANGAN MU!
JANGAN KAU FIKIR SIAPA PENGGANTINYA!
JANGAN KAU FIKIR SIAPA YANG BERJAYA MENAMBAT HATIMU!
FIKIRLAH SIAPA KAU SEBENAR!
KAU BOLEH BERJAYA DIMATA ORANG!
BUKTIKAN YANG KAU BOLEH HIDUP TANPA SESIAPA!
KERNA ITULAH YANG MANGAJAR MU LEBIH TABAH!!!
WAHAI HATI!
SIMPANLAH CINTAMU!
SIMPANLAH RINDUMU!
SIMPANLAH SAYANGMU!
JANGAN KAU BAGI PADA HATI YANG TIDAK SETIA!
SIMPANLAH IA UNTUK YANG LAMA!
ANDAI KISAH ITU KEMBALI LAGI, AKAN KU CUBA YANG LEBIH BAIK DARI SEBELUMNYA.
KERNA AKU TAHU, KISAH ITU HANYA CORETAN!
UNTUK KU MENJADI LEBIH BAIK PADA HARI YANG MENDATANG.

Berterima kasih kepada orang yang MENYIKSAmu kerana dialah jua yang MENGUJI kesabaran dan ketabahanmu.
Berterima kasih pada orang yang MENJATUHKAN kamu kerana dialah orang yang MEMPERHEBATKANmu.
Berterima kasih pada orang yang tidak MENGENDAHKANmu kerana dialah insan yang MEMUPUKmu BERDIKARI.
Berterima kasih pada orang yang MENYAKITImu kerana dialah yang mengajarmu erti tabah.
Adakalanya kita perlu KETAWA agar kita tahu mahalnya nilai AIR MATA.
Kerana inilah yang sentiasa membuat ku tersenyum menempuh khidupan. 

Doa ku setiap pagi sebelum menunaikan tanggungjawab ku sebagai penghuni alam.

" Ya Allah Ya Tuhan ku, telah kau beri rezeki kepada ku. Kan ku sambut dengan hati yang terbuka. Akan ku lapangkan dada ini daripada mengeluh. Kerna setiap keluhan ku ini satu dosa iaitu tidak mensyukuri apa yang kau beri. Betapa peritnya sebelum ini kerna rezekiku tertutup. Ya Tuhan, andai aku bersedih hari ini, kau ceriakanlah hatiku untuk ku tempuh semuanya. Andai hatiku terluka dan tersakiti, kau jauhkanlah sikap dengki dan benciku terhadap orang yang ku sakiti. Kerna ku tahu, setitik kebencian didiri pasti timbul tiada kemaafan dihati. Ya Tuhan, kau limpahilah rezeki ke atas insan yang sentiasa mengingati ku setiap waktu. Kerna ku tahu, rezekinya pasti akan lebih baik dariku. Ya Tuhan, jagalah hati mereka yang menyanyangiku, tabahlah mereka, berilah mereka rezeki, berilah mereka umur yang panjang. Berkatilah hidup kami. Ya Tuhan, andai ada hati yg ku lukai, aku mohon agar mereka sentiasa ingat akan diriku, dengan setiap pengorbanan yang telah sama2 dilalui. Ya Tuhan, dengan apa yang terjadi selama ini, kau berilah ku kekuatan. Dan ketabahan untuk meneruskan kehidupan. Kerna ku tahu, perancanganMU lebih baik daripada perancanganku. Amin Amin rabbalalamin.."

Disetiap doa, selitlah doa untuk sahabatmu, saudaramu dan keluargamu.
InshALLAH, doa dipagi hari sentiasa didengari.
Aku bersyukur atas rezekiku yang Kau beri Ya Allah!

" KERANA KESABARANKU INI, AKU TERSENYUM AKAN KEPEDIHAN HATI, AKAN HATI YANG TERSAKITI AKAN HATI YANG MERINTIH AKAN HATI YANG TIDAK BAHAGIA.."

PAHITPUN ITU KU TERSENYUM :'D





♥ hidup ini indah tapi tak seindah surga. ingatlah Allah sentiasa ada untuk kita. Amin :') ♥