My photo
Malaysia
Having a great name is wonderful feelings i ever had. Nurul Emildza Binti Jaya. Born on May 1991. Live at Kuching Sarawak. Borneo blood. Mix bidayuh malay. Having a suck life but still make it wonderful. No one knows what she's feelings until they know her. If they know. If only the knew the truth. But not inside. the best word for describe her " AKU TABAH BERJALAN SEMBUNYIKAN HARAPAN..." - xoxo

29 July 2012

♥ aku sedih begini ♥

Assalamualaikum. Salam 9 ramadhan kat ahli blogger.
Nak buat entri pasal diri dan kelemahan diri.
Kenapa kita marah tak boleh kawal?
Ada je benda kita nak marah2 kan.
Sampai orang sekeliling tak suka dengan cara kita?

Emel tak tau la, kenapa macam ni.
Emel susah nak control marah.
Emel mudah stress.
Fikir benda tak sepatutnya itulah sakit.
Susah.
Sepanjang masa Emel berdoa, kenapa sering kali di timpa musibah?
Tapi Emel tau, Allah uji sebab sayang.
Emel terima. Tapi cam mana nak kawal marah tu?
Sungguh aku RAPUH.

Orang mula cakap belakang.
Orang mula cakap itu ini.
As long as Emel tak pernah nak bunyi itu ini.
Korang benci, korang mengumpat pasal Emel, Pernah ker Emel ambik tau?
Takkan? Sebab Emel tau, Allah ada untuk balas balek.

Siapa gak nak dengar kisah hidup Emel ni?
Harapkan duduk sorang2 kat uma, takde teman nak borak.
So tak payah lah risau, takde nyer Emel nak burukkan sapa2.
Tapi TOLONG! Jangan lah burukkan Emel.
Kenapa mesti burukkan?
Pernah ker korang kenal Emel lebih?
ADIK Emel LAGI TAK PERNAH AMBIK TAU PASAL EMEL!
Ini kan korang?



"Meski ku rapuh dalam langkah. Kadang tak setia kepadaMu. Namun cinta dalam jiwa. Hanyalah padaMu. 
Maafkanlah bila hati. Tak sempurna mencintaiMu. Dalam dada ku harap hanya. Dirimu yang bertakhta.."


Emel sedar, Emel jahil tentang agama dan semua. Emel buat apa Emel suka. Sampai Emel tak sedar cara Emel ni membuatkan orang sakit hati. Dari permulaan kenal, Emel akan sentiasa NILAI SETIAP PERBUATAN orang macam mana. Sebab tu Emel tak suka ambik tau hal orang sangat. Hanya orang tertentu yang kenal siapa Emel ni. Adik angkat, dan seseorang yg pernah hadir. Keluarga belum tentu dapat nilai siapa kita. Orang salu cakap, Emel diam terus, menghilang, lupa kawan, tak de kawan itu ini, pernah terfikir ker? Kenapa Emel buat macam tu? Di setiap perkenalan tu lah Emel menilai seseorang itu macam mana. Ada masa kita boleh percaya. Ada masa tak. Emel tak sebaik mana. Tapi Emel cuba nak ubah, tolonglah. Setiap apa orang buat pasti ada sebab. Emel taknak luah apa Emel rasa selama ni. Bukan Emel seorang je ada masalah. Ramai lagi. So biarlah Emel tau sendiri. Biarlah Emel pendam sendiri, luah pada yang Esa. Dengan segala post2 tu. Cara terbaik untuk Emel LUAH apa yang Emel sedihkan sehingga tak mampu nak luah dengan kata-kata. Tak payah nampak buruk Emel. Anggap je Emel teman sementara yang pernah hadir di setiap episod masing-masing. Untuk yang call tu, Emel tak kisah ko nak marah ker apa. Tapi TOLONG! Jangan pernah ungkit masa lalu Emel. Pantang! Tu hidup Emel. Emel takkan berdendam or apa. Anggap ni, ko tak pernah suka aku. Terima kasih, bahagia bila orang buat macam ni kat Emel. Terima kasih. Minta maaf, takde kena mengena dengan sesapa. Ini apa Emel rasa. Untuk kawan-kawan. Untuk sahabat-sahabat. Termasuk keluargaa. Emel tau apa Emel buat selama ni. Orang takkan faham dengan situasi kita.

Emel akan ingat semua yang baik sangat kat Emel. Kalau Emel boleh bagitau semua? Tapi Emel taknak. Tak elok burukkan perangai orang. Sebab perangai sendiri sama je. Emel tak pernah buka kebajikan orang, sebab Emel tau sahabat itu apa. Emel masih seorang sahabat, cuma tugas Emel sebagai sahabat masih belum sempurna. Minta maaf. Cukuplah setakat ni. Salam. Peace



♥ hidup ini indah tapi tak seindah surga. ingatlah Allah sentiasa ada untuk kita. Amin :') ♥

25 July 2012

♥ kisah mereka dan saya ♥

Assalamualaikum! Salam 5 ramadhan semua.
Pas je sahur. Awalkan? Hehehe
Entri kali ni nak kisah kan pasal akak2 kita yang mungkin korang kenal sesangat.
Tipu kalau korang cakap tak kenal!
Ada kat dalam vlogger, blogger, tv.
Emel suka tengok random vlogger,blogger dorang.
Cari je lah, taip je nama dorang yang akan Emel show nanti, confirm jumpa.

Dorang akak2 ni, Emel tau dorang melalui member Emel.
Yela, sejak berjinak2 dunia bertudung, Emel try ambik tau semua model2 bertudung ni.
Contohnya 
Maria Elena,
Hana Tajima mmg inspirasi orang kan? Hehehe
ermm ramai lagi laaa. :D

Dorang awsome! Suka tengok.
Cara pemakaian.
Even orang cakap macam2 lambang je.
At least bertudung tutup aurat daripada tak bertudung terus.
Inshallah, aklau niat dah nak bertudung, cepat2 lah bertudung.
Takut pulak niat nak bertudung tu hilang.

Ermm Emel first time bertudung memang rimas, tak biasa semua ada
Berkat dorongan adek angkat Emel, Shahi,
Semangat nak bertudung tu ada.
Alhamdulillah, sampai sekarang, dah terbiasa sangat, nak show rambut pun payah.
Okeylah tu, Emel dapat cahaya cepat2 nak tutup aurat.
Kalau diberi kesempatan Emel nak gak jadi wanita solehah.
Inshallah, Emel nak sucikan hati dulu.

Tak semua orang yang suci tak punya dosa.
Betulkan? Emel cuba.
Berkat bulan puasa ni, Emel taknak la nak buat hal ke apa.
Sampai dorang parents kena jaga Emel, sebab leka sangat.
Dua puluh empat jam online memanjang.
Sebab dorang takut dapat penyakit kemurungan.
Tambahan pulak Emel sorang je kat umah.
Mana ada member? hahaha
Sampai bapa selalu pesan, jangan lewat tidur ke apa.
Sibuk je nak teman kan Emel kat bawah gak.
Ala, Emel boleh jaga diri.
Ni untuk cari kegembiraan.
Tak salah kan?

Adeh, Emel ke lain pulak.
Sambung lagi kisah dorang akak2 semua ni.
Emel lebih suka tengok akak YUYU, Sebab birthday kitaorang sama.
Hahahah Cuma akak yuyu dia tua dua tahun je dari Emel.
Akak maria oun best, even orang cakap dia annoy.
Okey per! At least dia popular kan?
Daripada annoy tak tentu hal.
Buat video tah pa2 kan. :D

Dorang semua SUPERBB! CANTEK! Emel nak jadi cam dorang semua boleh ker?
Boleh ker Emel ni jadi model?
Hahahaha MODEL ORANG BESAR boleh la kan?
Siapa juga lah Emel ni.
Takpe, life mus go on.
Nak buat cam mana.
Suatu hari boleh gak kurus ni.
Hahhahaha :D

So selamat bersahur kawan2. Salam PEace :D

♥ hidup ini indah tapi tak seindah surga. ingatlah Allah sentiasa ada untuk kita. Amin :') ♥

23 July 2012

♥ aku tergelak baca entri ni ♥

Salam 3 ramadhan kat korang yek.
Entri kali ni Emel nak stori sikit pasal blog mamat ni.
Perghh! Kadang2 kalau Emel bosan, Emel terjah blog dia. Biasanya tengah malam laa.
Baca entri lama2 dia.
Memang menggelikan hati laa.
Maybe ada yang kenal AIZAD ALIAS ni.
Untuk para blogger la, 
Dia bukan artis or apa, just orang biasa.
I call him as a friend.

Emel kenal dia dari tweet mula2, pastu terus kat blog, lastly kat FB.
Dia suka gelak, Emel tengok.
Senyuman dia macammm.................... Someone Emel sayang.
Tah entri dia macam2 je. 
Ada satu entri dia buat Emel dan kawan2 yang lain gelak habis!
Blog Aizad yang ni, LISA SURIHANI CURANG!
Korang bacalah. Confirm tergelak.
Bab cara dia buat entri tu macam real!
Even just sekadar nak melawak.

Emel salah satu peminat blog dia.
Peminat BLOG ker? Hahahah (gelak yang tak berapa nak gelak)
Or CRUSH ni? Oppss.. Sori okey!
Mamat hensem orang panggil dia.
Geng the avengers tu.
Mr. Superman! Auuww :D ♥

Tukar topik! Emel saja nak promote Blog dia, bagi awek kat luar sana tu follow.
Di kesempatan ini, Ejad! Awak patut berterima kasih kat saya okey!
Sebab bagi satu MALAYSIA baca dan follow blog awak ni.
Belanja saya Nasi ayam!
Cakap suka makan, siap nak nasi ayam je keja!!

Nak jadi YB plak.
Ada satu entri dia cakap hal ni,
Entri yang ni PERMASALAHAN ADOIPUNN!
Hahahaha bacalah korang. Terbaik ni kalau jadi PM!
Aiya Ejad ni suka buat entri pelik!

Ingat ayat dia ni paling last entri

"bermasalah macam mana pun kita,orang kata life must goes on,  tak semestinya semua orang yang hari-hari asyik gelak seronok and happy terlompat-lompat tu tak ada masalah...sebenanrnya dia sedang mencuba untuk melupakan perkara yang sedang dihadapi.. so conclusion nya,jangan terlalu memikirkan pada masalah,tetapi mencari jalan untuk menyelesaikan masalah =) okbyeee "

Okey, rasanya hari2 kita ni bermasalah.
Tapi itu kata Emel la, Ejad lain punyer pendapat.
Hahahahah (ketawa menyindir)
Sebab Ejad suka sindir gak!
Huh!!

Tapi satulah, hidup ni macam roda.
Sekejap je kita kat atas, pastu kat bawah balik, then tengah.
Emel sekarang ni kat tengah.
Nak merasa liku2 kehidupan ni pun, Emel macam malas dah.
Tunggu dengan apa yang jadi je lagi.
Jangan harapkan sesuatu yang tak pasti.
Selalu kita dengar ayat ni.
Tapi Emel? Suka harapkan benda yang belum pasti.

Setiap kenangan tu sukar nak diganti.
Kalau dah terindah, sampai bila2 dia terindah.
Takde manusia yang sempurna dengan kehidupan masing2.
Jangan fikir kita bahagia.
Belum tentu bahagia selama nya.
Sekarang Emel dah besar, parents banyak tumpukan untuk adek2.
So sukar nak cari kebahagiaan sendiri.
Melainkan kita sendiri TERPAKSA hiburkan diri sendiri kan?
Betul kata Ejad selalu.
Kita cari kegembiraan hanya UNTUK LUPAKAN MASALAH.

Emel tak lemah tanpa cinta, tak taksub tentang cinta.
Even macam taksub orang cakap kan.
Cuma Emel cari pendamping yang boleh buat Emel semangat je.
Parents, tak semua benda dia faham akan anak2 dia.
Am i right? Betulkan?
So kita dicipta dengan pasangan masing2.
Emel tak nak terburu2 mencari.
Sebab it's hard utk ganti kehidupan baru.
So sekarang hidup fokus dengan masa depan, kerja, plus nak sambung study nanti.
Boleh la lupa sekejap tentang couple or whatever. (Ejad betul!)
Betul cakap Ejad salu, plus dia ada gak post entri ni,
Wah! Boleh lah Ejad jadi penceramah lah ek?
Hahahhaah mara diaaa!

Kena MOVE ON?
But how?
Emel cuba, tapi tak boleh.
Selagi Emel tak lari dari sini, selagi tu kenangan sentiasa di mata.
Takpelah, ingat je diri tu dah pernah jadi milik orang.
Kena tunggu? Sampai tak kawen? Bak kata Ejad.
Suka marah! Hahahahha

Inspirasi untuk agu Nikita willy ni,
" ku akan menanti, meski harus penantian panjang"

Okey fine, Emel fikir keluarga, kerja dan belajar je dah.
Yang penting, hidup kena diteruskan.

"kehidupan boleh di teruskan, tapi kenangan bersama sukar dilupakan"

Saya akan ingat ayat ni awak. I miss you. Salam Peace :*


♥ hidup ini indah tapi tak seindah surga. ingatlah Allah sentiasa ada untuk kita. Amin :') ♥

20 July 2012

♥ salam ramadhan ♥


Selamat berpuasa dan salam ramadhan semua.
Pejam celik pejam celik kita dah puasa kan?
So dengan ini Emel ucapkan salam ramadhan.
Ambil yang jernih buanglah yang keruh.
Jangan berdendam di antara masing2.

Tahun ni bulan ramadhan sendiri2 jee.
Tak kat sini.
So jarang nak update or apa.
Online? Inshallah, tengok keadaan.
Apa2 pun, Emel harap bulan ramadhan dan bakal shawal nanti Emel boleh harungi.
Tak mo sedih-sedihlaaaa.
Emel kawal semua tu.

Tahun lepas it's so many memories yang sentiasa di ingatan.
Thanks for being there. I'm happy when i'm with you.
I hope this ramadhan Emel boleh berdiri lagi seperti sebelum.
Kena banyak buat amal ibadah. Inshallah.
Harap dibukakan pintu hati ini.

Sorry kat kengkawan or member2
Kalau selama ni menyepi.
Ampun maaf kalau buat salah selama ni.
Sometime when we treat like this, ada sebab kan?
Apapun, no body perfect.
Setiap manusia selalu buat salah.
Emel sentiasa maafkan dan doakan terbaik untuk kalian.
Bukan sengaja nak sepikan diri, tapi?
Ermmm, ingat lagi ker korang kat Emel ni?
Macam tak je kan.
Bek tak payah! :')
Inshallah, kalau senang Emel datang beraya kat rumah korang ek.
Even baru je nak puasa esok, Emel pesan awal je.
Mana tau tak sempat nak jenguk korang.

Satu lagi, jangan pernah benci siapa Emel k.
Satu benda je Emel biasakan diri ni dari membenci orang macam,
Ingatlah setiap apa yang pernah dilalui sama-sama.
Susah senang bersama, dalam berkawan.
Apa yang digaduhkan sesama sendiri.
Sampai ada yang terluka sebab Emel.
Emel tau, masih ada diluar tu marah cara Emel dulu.
Kerana benda macam ni, Emel tak suka benci orang.
Sebab takde korang, Emel tak bahagia macam ni.
Maaff sangat Emel ucapkan.
Kalau ada hati pernah terluka dengan cara Emel dulu okey.
Merobek hati insan yang pernah mencintai insan lain.
Emel minta maaf. Thanks masih sudi berkawan.
Emel tak suka berdendam even sometime Emel perlu tahan hati sebab SAKIT HATI.
Btw, thanks sapa2 yang text wish salam ramadhan tu.
Terima kasih sebab masih ingat.
Even Emel pernah sakitkan hati korang dulu kan.
Sorrryyy sangat2 kat semua.

Ermmmmmm................................................................ One more thing.

"No matter what, i'm losing someone, that's not mean i'm not waiting.
I will always there when you need me. Always there, sorry make you hurt.."

Happy fasting guys. Peace. Salam :'*


♥ hidup ini indah tapi tak seindah surga. ingatlah Allah sentiasa ada untuk kita. Amin :') ♥

18 July 2012

♥ ada apa dengan cinta ♥


Ada apa dengan cinta?
Mesti tertanya2, kenapa Emel buat entri pasal ni. 
Tadi, terbukak satu post member dari blog dia.
Blog AizadAlias, lama juga la entri dia ni.
Terus Emel layan movie ni.
Lama dah tak layan.

Puisi yang sentiasa menambat hati si gadis.

Perempuan datang atas nama cinta
bunda pergi karena Cinta
di genangi air racun jingga
adalah..
wajahmu seperti bulan lelap tidur dihatimu
yang berdinding kelam dan kedinginan
ada apa dengannya..
meninggalkan hati untuk dicaci
sekali ini aku lihat karya surga
dari mata seorang hawa
ADA APA DENGAN CINTA?
tapi
aku pasti KEMBALI dalam satu purnama
untuk bertanyakan kembali Cintanya
bukan untuknya, bukan untuk siapa
tapi untukku, karena aku INGIN KAMU
ITU SAJA

Disebabkan puisi ni la si Cinta gaduh dengan Rangga.
Gaduh-gaduh terus fall in love.
SWEETTT..............
So sesapa yang layan movie ni, confirm lebih ke angan2.
Betul tak? :D

Salah satu lagu dalam lagu ni yang paling aku suka dengar,

*bila lagi saya nak dengar orang bawakan lagu ni untuk saya :')*


♥ hidup ini indah tapi tak seindah surga. ingatlah Allah sentiasa ada untuk kita. Amin :') ♥

15 July 2012

♥ mimpi mainan tidur :'( ♥

"Ku bermimpi engkau kembali
Wajah tenang kau berkata Sayang aku CINTA.."

Kalau Emel tanya korang if tetiba je korang termimpi dengan apa yg ada kat lirik atas tu?
Apa korang buat? Sedih? Terpaku? Terkejut?
Ermmm...... Mesti korang nak benda tu jadi kenyataan kan?
Tipula korang taknak benda tu kenyataan dan bukan mimpi.
Mimpi ni kan mainan tidur.

Emel termimpi hal tu. 
Sebijik dengan lirik lagu stacy pelangi petang tu.
Entah, terbawa-bawa kot.
Yela, kan semalam show stacy buat v.clip ni.
Tapi pelik, kenapa baru jap tadi Emel termimpi?
Hahahahaha (dalam hati nak betul2 jadi)

Emel terkejut gak termimpi benda ni.
Tak terfikir pulak.
Plus, sebelum tidur kepala otak ni kosong pun.
Bab Emel tak sedar yang Emel ni tertidur.
Hahahahaha (ketawa belum tentu ketawa)

Tersedar je dari tidur, satu ayat je kuar dari mulut Emel.
"fuh mimpi rupanyer kenapa tak kenyataan je?"
Apalagi, Emel terus angkat dari tempat tidur
sebab tercium bau makanan.
Hahahahah

Lapar okey! Semalam mana da makan.
Satu benda pun tak makan.
So hari ni makan la.
Malam tak yah makan lagi.
Sebab Emel makan lewat. 
Orang lain makan petang, Emel lak makan tengahari jam petang.
Hahahahhaha (ketawa jahat)

Apapun, mimpi tu mainan tidur.
So Emel tak fikir sangat.
Bak kata last lirik lagu pelangi senja ni

" kini hanya tinggal kenangan, hanya waktu menentukan kita kan bersama "

Video klip Stacy kat semporna memang superb untuk lagu Pelangi Senja dia.
Tengok tak? Kat channel astro RIA?
Kalau tak tengok lagi, pergilah tengok okey!
Terbaik. Support gak la Stacy.
Dari mula dia inshallah sampai bila-bila.
Wah! Emel promote lak. Hahahaha Peace :*


♥ hidup ini indah tapi tak seindah surga. ingatlah Allah sentiasa ada untuk kita. Amin :') ♥

12 July 2012

♥ apa nak di taip ni ♥

Ermm malam ketiga Emel tak tidur lagi.
Sampai pagi la gamatnya.
Macam tak biasa.
Kan kan kan kan.

Tetiba je rasa nak buat entri. Hahahah Entri tadi PADAM!
Apapun, puasa nak dekat dah.
Kejap betul masa berlalu kan.
Rasa macam baru semalam je Emel rasa puasa tahun lalu.
Hahahahahaha (okeylah tu daripada tak terasa)

Nak buat kuih pa tahun ni ek?
Baju raya warna apa ek?
Kasut lagi?
Survey-survey, tapi takde yang disuka.
Tak pandai pilih barang sangat. :'D

Tahun ni simple je la.
Macam malas je nak raya.
Baik dok uma, tunggu tetamu datang.
Lagi BESTT!! Wihuuuuu~~

Okey ker? Beli flip flop? Mahal tu!
Mami nak beli gak untuk Emel dan adek.
Bukan pa, baik duit tu bagi Emel, Emel beli sendiri.
Hahahahaha Tau ker? Selipar flip flop tu cam mana?

Malas nak beli mahal tahun ni.
Simpan duit buat lokasi dalam frame!
Hahahahahahaha (ketawa jahat)
Selepar cam ni haa.
Cantek memang cantek, kat ruma ni ada dua selepar macam ni.
Takkan nak beli lagi?
Fikirlah lagi ni.
Buntu buntu buntu lerrr sesangat~~~
Baik beli kasut. Or flat shoes ker!
Okey la sikit, boleh bawa pergi turun kerja kan.
Kan kan kan kan kannnnnn!

What do you say? Hahahahaha
Okey! Peace. Ayukk kita joget sesama yukkk pagi2 begini. RARRRWW!!


♥ hidup ini indah tapi tak seindah surga. ingatlah Allah sentiasa ada untuk kita. Amin :') ♥

10 July 2012

♥ cakap pasal kucing ♥

Comel tak kucing kat atas tu? Hahaha

Seriusly, Emel suka kucing.
Tapi Emel tak suka jaga.
Yela, kadang2 susah gak nak jaga.

Jiran sebelah Emel ni bela kucing.
Kucing dorang la Emel selalu gaduhkan.
Hahahahaha
Jahatkan?
Sebab tu taknak jaga.

Kang kucing tu buat terajang dan sepak je nanti.
Taknaklaa, even Emel sayang kucing.
Kalau diberi peluang pelihara, Emel okey lagi.
Best jaga kucing even payah.
Sebab dorang peneman di kala sunyi kan???

Tahla, sebab Emel tak pernah jaga kucing.
Hahahaha (ketawa jahat teramat)
Sapa peminat kucing sini ek?
Meh2 bagitau Emel. Boleh sama2 borak apa yang korang suka pasal kucing korang.
Hehehehehe Nak gak Emel tau, apa kebaikan pelihara kucing ni.

Btw, ni pict Emel ambik tadi. Kucing jiran sebelah je pun. :D

Ignore wajah tu. Wajah masai sikit tadi. Hahaha Kucing Emel salu gaduhkan sebab suka masuk dalam ruma. Hahahaha :D



♥ hidup ini indah tapi tak seindah surga. ingatlah Allah sentiasa ada untuk kita. Amin :') ♥

09 July 2012

♥ kisah kami ♥

Hari ni Emel mengadu boring bosan dok umah kan?
Yela, mana tak nya sabtu ahad ni macam isnin sampai jumaat.
Naik gila tau bila asyik dok dalam umah je!

Dalam jam 6 camtu, dapat call.
Terkejut gak dari adik angkat.
Rupanyer ajak jejalan.
Laa dia dah balik sini rupanyerr..
Apalagi, ON TERUS LA!

WEII! Lama da kami tak jumpa okey!
Dalam duam bulan gitu la. Lama gak tu! :D
Apalagi huhuhu hahaha la gamatnya!
Tak kuar berdua. Kami kuar bertiga.

Emel, Sha (adik angkat) dan Nono.
Rindu kat dorang lerrr.
Dorang je tinggal study sekarang. Ala kesiannyaa......

Banyak gak aktiviti di pergi.
Sedangkan pergi makan, pastu karoke! Pergghh! Siot gilerr!
Time nyanyi kan lagu AGGAPANMU by ziana zain, suma tengok!
Mana tak nya. MACAM FRUST JE NI? Oppppssssss........

Lastly, tempat terakhir kami pergi FAMILY KAFE.
Tempat makan terkenal bagi remaja sekarang.
Ala g minum2 je, pas karoke. Hahahahaha

Yang lucu nya, Emel kuar pakai jersey german!
Nono pakai jersey arsenal.
Sebab kami tukar lagi sebelum nak karoke.

Lucu tak? Hahahhaha :D

Takde hal la, janji enjoy okey! :D

Lastly, ni adek-adek peneman di kala sunyi dan riang.
Comeii tak?? Yang pakai purdah tu la SHA, Emel salu mention nama dia kat blog ni. Adek angkat. An d kat tepi tu Nono adek yang nakal tapi senang di jaga. Dua-dua ni nakal! :D Follow je blog dorang okey. Just Klik je nama dorang tu.
Btw, thanks adek2 akak. Ajak akak jalan2 malam ni. Takkan akak lupa tu karoke! Peace :D

♥ hidup ini indah tapi tak seindah surga. ingatlah Allah sentiasa ada untuk kita. Amin :') ♥

07 July 2012

♥ kalau benci bagitau ♥

Kalau benci bagitau. Tak payah sembunyi.
Kalau tak suka. Minta maaf, saya tau dan saya faham.
Kalau nak saya lari, lari ke mana?
Saya tetap disini.

Suatu hari pasti tersedar.
Takde yang seperti saya. 
Tak pernah marah pun.
Dengan apa yang dah jadi.

Tapi orang yang sakitkan hati saya buat saya marah.
Orang buat saya jadi berfikiran pendek.
Membuatkan saya lepaskan sesuatu yang berharga yang pernah saya miliki.
Tapi sekarang saya nampak dorang semua bahagia.
Wajah dorang.

Walau dulu pernah saya cakap, tapi sorang pun tak pernah balas apa saya tanya.
Saya rasa kerdil dan sedih.
Tapi saya tetap gak tegur.
Nak berbaik semula.
Dua minggu saya perlu bersabar apa yang di depan mata.

Tapi tak pernah tau kan??

Pastu sekarang, saya nampak dorang dah okey.
Alhamdulillah. Saya lega.
Betapa peritnya saya lalui sebelum ni.
Allah je tau semua.

Saya tak tau nak bagitau macam mana.
Saya selalu lewat tidur.
Bab nanti saya tak tinggal sini lagi.
Saya nak sentiasa ingat kenangan kat sini.
INDAH. Memang indah.

Menangis bila tengok sekeliling.
Sebab tu suka duduk sorang-sorang.
Dorang parents tak marah.
Sebab dorang faham dah.
Tak macam dulu.

Sejauh mana pun saya pergi.
Saya takkan pernah hilang dan putus asa.
Saya sentiasa pegang janji saya.
Sampai bila-bila.

Itu pun kalau sudi tunggu
Ermm jangan pernah benci cara saya k.
Selagi tak ganggu status diri.

Sekarang mula menjauh.
Kalau nak saya menjauh, boleh.
Tapi itu lah sakit yang saya rasa sekarang.
Tapi kenapa saya macam kuat? Saya yang paling lemah kan.

Cukup lah sakit yang saya pernah rasa dulu.
Tapi saya tetap tunggu...............................
Peace. :')
Saya cuma nak ............... tau. :')
"Ku ingin kau berada disisiku. Dalam waktu suka atau bahagia. Oh cinta panjatkanlah pinta hamba ini."

♥ hidup ini indah tapi tak seindah surga. ingatlah Allah sentiasa ada untuk kita. Amin :') ♥

06 July 2012

♥ mami bagi dengar lagu ♥

Thanks my mom! :')
Bagi Emel dengar lagu Stacy dan Akim ni KEMBALI.
Very meaningful! Memang bermakna.

Tak tau apa napa mami bagi Emel dengar lagu ni.
Tadi masa segmen Akim akustik tu.
Dia bagi Emel dengar and hayati lagu tu.

Mami salu ask something yang mengejut.
Sebab dia tengok Emel nampak tabah je kot lepas apa terjadi.
Emel still gak act nothing happen.

Tapi kan, pernah sekali tu Emel nangis depan mami.
Mami bagi sapu tangan dia, and soh lapkan cepat untuk bagi dia tak nampak Emel menangis.
Mami, first time Emel menangis depan keluarga sendiri melainkan kawan-kawan.
Sakitkan mi? Mami tau semua.

Pernah dia tegur, kenapa Emel tabah sangat?
Mami, kalau Emel tak tabah, Emel jatuh.
Tipu kalau Emel cakap Emel tak lemah.

Depan orang Emel kuat, tapi Emel lah orang paling lemah sekali!
Kalau ada yang faham dia tau macam mana Emel.
Mungkin disebabkan Emel buat terbaik depan dorang.
And Emel nampak dorang happy, Emel jadi semangat.

Semangat Emel letak pada senyuman je. 
Tak pada hati.

Someone ask me, OMAIGAD! 
Napa tanya soalan panas ni? (tak sedar airmata menaglir masa tu)
Emel tak mampu nak jawab soalan dia.
Emel mampu explen je apa yang patut.
Harap faham lah yee.

Emel hilang segalanya. :')
Tapi Emel tau, pasti ada juga nanti.
InshaAllah.




Emel pakai mask buat masa sekarang. 
Taknak kasi orang tengok wajah Emel sebetul nya. :')
Kebahagiaan dulu takkan ada lagi kan?
Emel tunggu. :')

Btw, lagu yang tengah berkumandang kat blog ni la mami bagi dengar. For us dear. :* Peace all!



♥ hidup ini indah tapi tak seindah surga. ingatlah Allah sentiasa ada untuk kita. Amin :') ♥

05 July 2012

♥ Bebas kau terbabas! ♥

Emel bebas sekarang! Bebas sebagai graduate diploma(SOMBONG)
Hari ni, Emel cari peluang pekerjaan dalam on9. Pergghh!! 
Memang payah giler!
 Kena isi itu ini, tapi itulah, nak sangat keja kan. 
At least ada gak DUIT POKET ni ha. 
Yang ada kat bank pun, cukup je tu. Hahhaha

Simpan buat raya la nanti kan. Hahhahhahaah
Belum puasa fkir raya dah?
Ala, semangat ba.
Tapi raya taun ni malas nak enjoy.
T lebih ke KLMJ la pulak. Hhahahahha

Btw, Emel lulus penuh untuk sem akhir ni.
Alhamdulillah, so next year Emel KONVO!
See you all kat kondo day okey.
Diploma dah ada kat tangan dah sekarang.
Senang hati makbapak tengok Emel dah habis study.

Memang niat nak sambung degree tu ada.
Tapi Emel nak cari pengalaman la dulu kerja.
Teringin pulak nak ada duit sendiri.
Tak la juga membebankan parents kan.
At least boleh bantu dorang.

Tapi masalah nya sekarang, Emel tengah befikir nak buat resume ni.
Untuk bagi kat mami.
Yela, peluang kerja dah ada depan mata.
Tapi Emel melengah2 kan gak. Hhahahahah
Santai sekejap lagi siap lah ni.

Nak isi semua tempat.
Mana tau rezeki di tempat lain gak kan.
Takla kita tertumpu sangat kat satu tempat.
Nak try SPA, SPA okey tak?
Sebab first time nak isi ni. Hehehehhe

Ada satu laman web yang Emel teroka tadi.
Kak wawa yang bagi link tu, mak aih!
Banyak ke enjin niyor and akaunting pulak!
Hahahahahha 
Ada clerk juga, tapi try jela.
Mana tau rezeki ada di mana-mana kan..

Ni gambar yang sempat Emel ambik tadi. Hhahahahahah


JobStock for sarawak.

Try la korang-korang yang baru habis study ke apa,
yang tengah dok pening cari kerja tu korang boleh try gak.
Klik je gambar kat atas, Confirm jumpa terus. Jangan belok2 ye.
Hehehehhe ala, sama2 kita cari rezeki. 
Kalau terlambat, nasib badan.

Btw, selamat maju jaya dan melangkah di alam pekerjaan ye.
Peace :D


♥ hidup ini indah tapi tak seindah surga. ingatlah Allah sentiasa ada untuk kita. Amin :') ♥

04 July 2012

♥ Kisah hari ini ♥

Kisah hari ini? Apa yee? Oh ya, Emel jadi master chief kat dapur.
Hahahhaha Tergelak la sangat.
Betul pa. Cuma buat mee bihun citarasa sendiri.
Mana ada perencah untuk buat semua tu.
Nak tak nak idea sendiri je la.

Kesian tu adek, Farah nak mintak tolong buat mee.
So Emel buatkan je la untuk dia.
Lucu giler! Tengah bermasak hari hujan pulak.
Potong bawang puteh, bawang besar sambil dihujani.
Hujan yang turun bagaikan mutiara. (nyanyi plak.)

Takpe, at least Emel tak basahkan. Hahahha
Siap je potong semua Emel tumiskan terus.
Mak aih, bau masakan menusuk kalbu! PERGGHH!
Wey! Pandai gak Emel masak ek?
Sedangkan mana ada perencah cukup rasa la, apala.
Buat sendiri. (bangga nyeee saya wwiieee)

Okey pe, Emel masuk dapur gak. 
Pandai gak hiris, potong2, masak pa semua.
Daripasa dok kat uma tengok tv tak buat pa.
Baik buat sesuatu yang orang kata apa? BERFAEDAH!
Hahahahhaa (berfaedah kata koooo)

Ala, berkat usaha belajar memasak dengan adik angkatku Shahi.
Thanks ya banyak bantu akak. :')
Rindu dia, lama dah tak contact.
Akak doakan sihat yeee, maaf diam dan hilang terus.
Kalau baca blog ni, gtau akak cepat! HAHAHHA
T kita tak jumpa lagi dek. Banyak benda nak gtau adek.
Payah da nak jumpa da nantiii. :')))))
Sha, jum masak sama2. Boleh hidangkan untuk dorang yeee. APUUU~~~ (mimpi!)
Akak KLMJ pulak laaa sha. :'D

Apapun, sample mee bihun Emel buat tadi. Maaf tak tercapture mee tadi. Hahahaha (sebab makan terus ba)


Ermm lapar tengok! :D
Tapi ni SAMPLE je okey!
Emel tak la taruh udang. 
Tapi Emel taruhkan ayam.
SEDAP OKEY! :D
Esok buat lagi la kan. Heheheh

Tah sekarang banyak ke memasak je keja ni.
Keja tak nak cari.
Mami mintak buat resume sampai sekarang tak terbuat!
Mana nak datang rezeki tu kan.
Hahahhhaah

Ala rileks laa, Emel tak cukup rehat lagi laa mi.
Nak gak rehat masa ni.
Kan sakit lagi ni. Aiyaaa!
Sakit jiwaaaa! Hahahahah (ketawa jahat dan jahat)

So enjoy my new entry.
Nanti buat entri baru lagi.
Okey guys?! PEACE :D

♥ hidup ini indah tapi tak seindah surga. ingatlah Allah sentiasa ada untuk kita. Amin :') ♥

03 July 2012

♥ Bila saya rasa..... ♥



No call no mesej and NO MISSCAL! Omg! Kesian kat hp Emel. Kredit pun maintain je. HAHAHAH Hidup yang dulu kembali lagi laa. Sedih sesangat. (Sedih la jua) Setahun lebih hp tu asyik bunyi je masa tengah tettttt. Asyik text je. Tapi sekarang? Sunyi jee. Napa ek? Mana pergi teman-teman? Sahabat? Yang selalu call ajak lepak, jalan-jalan, gaduh, luah SEMUA DAH HILANG, DIAM, ENTAH KE MANA. Terima kasih la yooo! :D

Life macam takde apa-apa dah Emel rasa je pun. Ada keluarga je. PUN? (ermmmm) Bukan nya DUA PULUH EMPAT JAM bersama. Kan kan kan kannnnnn. Kalau dah sorang-sorang duduk kat uma, sunyi takde teman nak beborak. Duduk tengok tv. Kerja pun belum ada. Nak pergi jejalan? Member-member sampai sekarang takde bunyi. (rindu tau Emel kat korang) 

Emel sejak akhir ni rasa KEHILANGAN pulak. Cara Emel kot salah. Takpe, orang tak faham. Tiap-tiap malam fikir. Sampai tak tidur pun. Nasib bek pagi tadi layan SPAIN dan ITALI! Pergghh! Teror la SPAIN! So tak tidur sampai pagi terus je la mandi, buat apa yang patut kat uma. Kalau nak tidur pun tah, jam berapa baru tidur. (wah! TRAGIS) bukan pa, EMEL CUKUP sangat tidurla! KOTTT! :D

Happy ker tengok Emel macam ni? Mesti happy kan. Lebih-lebih lagi yang rampas kebahagiaan Emel pertahankan selama ni. Terima kasih. Hidup Emel dah tak macam dulu. Dah tak seceria dulu. Oh ya, Cerita pasal kehidupan, rasanya tipa-tiap entri Emel selalu sebutkan pasal kehidupan. Kadang-kadang hidup ni DI ATAS, kadang-kadang DIBAWAH.

"Orang bahagia bila tengok kita sengsara"

Pernah dengarkan ayat tu? Tipu la kalau tak pernah dengar. Since dari kecik lagi Emel salu dengar ayat ni. Lebih-lebih lagi dari arwah mama (al-fatihah) baru je minggu lepas 2 syabaan genap 10 tahun mama pergi. Dia selalu bahaskan benda ni. Sebab Emel dah belajar dari kecil tentang kehidupan sampai ke besar ni.

Emel tak pernah MENYESAL sekalipun dengan apa yang pernah terjadi. Belajar dari kesilapan. Mungkin masa ni Emel diuji. (dosa banyak sanga tak terhitung tah terampun ke tak) So Emel nak cakap redha? Tah. Tapi ini semua sebab ALLAH. Kalau kehidupan bahagia dulu kembali lagi, Emel TERIMA. Takde yang terindah selain orang yang kita sayang. Sebab Emel betul-betul rasa sunyi sangat masa ni. Sebab tu Emel nak kebahagiaan dulu. Tapi buat masa ni Emel fikir apa ke hadapan. Nak sedih pun? Ermm mana-mana la. Cakap dengan dinding pun bole jadi. Mana tau dia lagi FAHAMKAN.. :')

Hahahahaa teruk ker cakap dengan dinding? Okey pe. Sekurang-kurangnya kita melatihkan diri kita bercakap. (abah ekauuu!) T tak pasal-pasal orang cakap Emel ni gila lak. Hahahaha JUST JOKING. Tak sala ker? Ala, Emel nak hiburkan hati.

"tak selama nya hidup begini"

Ye, tak selama nya begini. Tapi bagi Emel lama! :D hahaah yela, kerja takde, nak kuar pun  bukan nya ada yang ajak. (macam desperate pulak) Takpela, memang ni jalan cerita hidup Emel kena hadapi. Wah!! Kehidupan penuh dengan LAKONAN! Emel jadi pelakonnya. Berlagak KUAT! Tapi sebetulnya Emel la INSAN PALING LEMAH kat dunia ni.

Apa-apa pun, Suka pulak Emel dengar lagu dalam BLOG ni. Layan plus sungguh bermakna. Sekali sakala tukar lagu. Bukan selalu pun kan. :D Lagipun sebelum ni ENTRI Emel kisahkan lagu ni gak. Entri ni MAAFKAN KU BERTANYA.

Lasty nak tanya ni. Teruk sangat ker entri kali ni? Takkan? Hehehe Emel nak share je kat kawan-kawan. Sebab Emel nak macam dulu, member salu call ajak lepak, tempah bergaduh, tempat meluah. Semua la. Kalau faham TERIMA KASIH. Peace =)
♥ hidup ini indah tapi tak seindah surga. ingatlah Allah sentiasa ada untuk kita. Amin :') ♥

01 July 2012

Maafkan ku bertanya.



 

Ku bertanya - Adam

Adakah diriku kau tak perlu lagi?
Adakah cintaku kau tak perlu lagi?
Adakah dirimu dah berubah hati terhadap diriku.

Adakah insan lain bertahkta di hatimu
Hinggakan dirimu mengubah cintamu
Manakah cintamu yang kau beri dulu kepada diriku.

Kau pernah berkata cintamu adalah untuk selama-lamanya
Bulan menjadi saksi pada malam itu
Kau kata kau cinta.

Sayangku dengarlan RINTIHAN hatiku
Ingin kau KEMBALI seperti dahulu
Kenangan dijiwa membuat ku RINDU kepada dirimu.

Kiranya diriku kau tak perlu lagi
Simpanlah KENANGAN CINTA KITA dihati
Walaupun ku skukar ku akur kali ini
Biarlah ku pergi.

Maafkan ku bertanya..

Lagu ni Emel memang minat dari dulu. Motif nak post lagu ni sebab tadi ada satu post member blogger Emel, dia post lagu ni. Nama dia AFZAN. Lama dah tak dengar. So teringin pulak nak dengar. Tetiba lak sedih bila dengar lagu ni. Nak kata ada maksud, ADA KOT. Tapi faham sendiri laa.

Ada satu movie yang bertemakan lagu ni. Apatu movie yang ADAM DAN MISHA lakonkan. Siap lagu ni jadi pengingat cinta dorang. Melepaskan seseorang disebabkan apa? Pastu mISHA try nak sakitkan hati Adam dan sesama sendiri, last2 dorang hidup bersama gak. Sebab SETIA ADAM kat MISHA membuat kan MISHA tak sanggup kehilangan ADAM. Pergghh! Fav movie gak suatu ketika dulu. Okey Emel ingat dah, tajuk movie tu MAIN2 CINTA. Okeyla movie tu. Rantai AF tu, MEANS ADAM dan FARAH (lakonan MISHA) pengikat cinta dorang.

Pernah lah dulu Emel dengar orang gtau, Kalau seseorang bagi sesuatu macam gelang, rantai, gelang kaki, cincin, benda tu pengikat kita untuk selamanya. Sebab kita dah ikat dia dengan benda macamtu. Ala tu tahyul je. Kalau betul pun, sukar nak percaya. Sebab takde dalam ISLAM. HAHAHA :D

Ermm lagu ni memang menyentuh perasaan. MENYENTUH KER? Kalau yang takde perasaan je cakap lagu ni TAK BEST LA! Yola tu tak best ABAH EKAUUU! Sebab dia tak pernah lalui, Tu cakap tak bestkan. 

Apapun, hari ni memang nasib malangla. MALANG sikitla. BIARLAH RAHSIA. Nak ditelan mati mak, Nak diluah mati bapak. Eh betul ker Emel punya peribahasa ni ye? BLING BLING BLING. TAK TAU! :D

Hidup ni kadang2 sukar untuk kita terima kenyataan. Tapi! TAK SELAMANYA BEGINIKAN? Ermm since bila yek Emel pakai ayat ni? Dah berpuluh-puluh ratus-ratus kali kot Emel luah benda yang sama. So betul lah tu. Tinggal KIAMAT je. Tapi Emel takut, bab AMALAN Emel tak cukup lagi. Masih lagi NAKAL ni ha! Jangan ko. Hahahahaa :D

Emel saja je nak borak-borak untuk buat post baru begini. Bagi dia selari sikit dengan sisi blog Emel. HAHAHHAAH KO ADA? Aku je ada okey! :D

Ermm apa yang korang faham pasal KEHIDUPAN? Share je la. Even Emel tak letak POST COMMENT, At least Emel ada FIBOX. Tu pun KORANG baca ker post ni. Tah2 korang skip dan LIKE je! :D AIYAAA!!

Apa pun, korang hayati je la lagu ni ek. Tak mampu nak cakap apa. Semua dari lubuk hati yang tengah...................................................................... okey! PEACE! :*

Selamat JULAI korang. :*



♥ hidup ini indah tapi tak seindah surga. ingatlah Allah sentiasa ada untuk kita. Amin :') ♥