My photo
Malaysia
Having a great name is wonderful feelings i ever had. Nurul Emildza Binti Jaya. Born on May 1991. Live at Kuching Sarawak. Borneo blood. Mix bidayuh malay. Having a suck life but still make it wonderful. No one knows what she's feelings until they know her. If they know. If only the knew the truth. But not inside. the best word for describe her " AKU TABAH BERJALAN SEMBUNYIKAN HARAPAN..." - xoxo

30 June 2012

Bila kami jejalan :D

Pstt.. Pstt.. Ada kisah baru. Sorila guys, lambat nak update. Letih sangat DUA HARI ni. Tu takde ONLINE terus. Nak tau ker kisah apa? Meh sini, dekat lagi, dekat, dekat lagi, dekatlaaa. :D

Tepat jam 12.00 tengahari muncul kereta SAGA milik KAK WAWA tersayang tersergam indah depan ruma Emel. Yala, janji kami nak kuar sesama hari tu. Apa lagi, Emel OFF segala-galanya kat rumah. Takut lak terjadi apa-apa. Masuk terus dalam kereta. Pas je ambik Emel, kitaorang ambik KAK LALA plak. Rumah Emel dgn Kak lala tak la jauh sangat. Dekat je pun. :D

Tepat jam 12.30, dengan terburu-buru, KAK WAWA pecut laju kereta SAGA terus ke POLIKU. Ada urusan sikit kat sana. Nak uruskan hal-hal tamat study pa suma. So kitaorang uruskan je la dulu sebelum nak kuar jejalan. Pas je urus semua tu, APALAGI! Time to PARTY laa. HAHAHAH (takdela gurau je)

Destinasi yang kami nak pergi pun selamat sampai, kitaorang plan nak pergi makan dulu. Yala kan, sejak pagi lagi belum isi apa-apa untuk perut. Nak tak nak kitaorang "MELANTAK" la dulu kat FOOD BAZAAR, The Spring, Kuching, Sarawak. (fullname lagi tu Emel tulis). Bagi semua tau, t ingat kat BAZAAR RAMADHAN plak. Tengah dok sibuk kami borak tempat makan, naaa Emel nak sajikan beberapa lauk yang kitaorang order sepanjang pusing-pusing kat food  bazaar. (jangan lapar sudah)


HAHAHAHAHA (ketawa jahat) Lapar tengok. ADEH! Sedap kan? :D ni sajian yang kami bertiga makan. Siap ada sushi lagi. Kak WAWA belanja. TERIMA KASIH KAK. :D

Kat atas tu destinasi pertama. Destinasi kedua, apa lagi KAROKE LA! Dah plan awal2 tau nak karoke sama-sama lepas je habis final hari tu. ARRGG! Tercapai hasrat Emel nak karoke. Yela suka nyanyi gak. Tapi biasanya suara Emel ke laut la. :D Kitaorang sempat gak ambik gambar sepanjang perjalanan kami. Tak tau la korang berminat ke tak. Sesila la tengok yek! Nak share kegembiraan dengan korang. :D


Ermm HAHAHAHA macam nak tergelak je tengok diri sendiri gambar full gitu. Yang kat sebelah Emel tu, KAK LALA DAN KAK WAWA. :*


Saya la Emel. Suka sangat bergambar. Ni gambar sepanjang kat bilik karoke. Orang sibuk nyanyi, Emel sibuk ambik gambar. I love camera hp KAK WAWA. TERBAIK SANGAT! :D


Ini lah KAK WAWA! Dia cantek kan? Yup! She very beautiful lady! Belum kawen lagi. Tapi dah ada empunya. Melepas la jejak-jejaka kat luar tu :D


Ini KAK LALA! Semua gambar dia aku ambik! Chinese look right? Ala-ala korea tau wajah dia! Ayat yang dia suka sebut "OPPPAAAA" dengan gaya dia sekali! Cute okey orangnya! SINGLE!! Sapa nak? :D


Hahahahaha Ni wajah bertiga kami sepanjang karoke. Kitaorang karoke je, tak pulak jejalan shopping. Penat okey?!! HAHAHAHA


Bila Emel dengan Kak Lala dah mula bergambar, naaa begini la jadinya. Al maklum la Emel paling muda. Wahahhahahhah (copy ayat ni paste kat FB) :* cara kak lala! :D


Oh akak ku tersayang. Masing2 dari benih yang cantek dan sentiasa muda! Sayang korang. :*


LASTLY! Mesti korang suprise kan gambar ni? This is the last day for our final! Akan Emel rindu wajah ni semua. Terima kasih sebab jadi kawan Emel selama ni. Suka duka Emel tetap ingat okey? Maaf kalau selalu buat ragam especially yang sentiasa rapat dan tau perangai Emel cam mana. Tak terniat sekalipun. Sayang korang semua. Emel takkan pernah lupa.  PEACE :*

♥ hidup ini indah tapi tak seindah surga. ingatlah Allah sentiasa ada untuk kita. Amin :') ♥

27 June 2012

Kisah kami semua yang terakhir.

Kisah terakhir ker? Rasa nya bagi Emel memang terakhir kot. Sebab pas ni, INSHALLAH kalau takde hala melintang Emel tak jejak kaki lagi kat POLI. Yela kan dah tamat study. Tinggal nak grade je okey? WAH! SOMBONG JE BUNYI. Takde laaa. T korang pelik pulak kenapa mesti kisah terakhir kan. HAHAHA

Sepanjang Emel habiskan masa dalam seminggu ni, di sebab kan minggu LAST dah. Minggi FINAL orang katakan, Emel sempat gak dengan geng-geng Emel g jejalan pusing satu tempat study Emel. Yela pasni mana ada lagi macam ni. Rindu plak bila dah satu kawasan kami ronda sampai maghrib. Tengah kepoh-kepoh jejalan, sibuk gak ambik gambar. Ala buat kenangan. Nanti payah nak ambik agi, tunggu KONVO lama lagi. Tahun depan tu. HAHAHAHA

Banyak gak gambar-gambar yang terhasil MELALUI hanphone2 canggih geng2. TAK PAYAH NAK PAKAI CAMERA SANGAT! Guna handphone tetap lawa. Kalau dah tetap EDIT gak. BAIK TAK PAYAH kan. HAHAHHA (oopppsss Jangan terasa) Emel mengaku pa salu edit gambar. Bagi kasi CANTEK LAGI MAAA. (gedik-gedik sambil taip dengan wajah yang happy).

Memang akan merindu la tempat Emel study ni. Lebih2 lagi bila kita banyak kenangan yang sukar nak dilupa. Dengan member, dengan adik2 yang dikenal, dengan ehem-ehem (opppsss mara suda). Takde laa. Dengan member laaa kebiasaan. (tolong saya perlu cover ker?hipokrit nyerr)

So ni lah semua gambar2 yang dah di pilih dan terpilih sehinggakan kami memerlukan seseorang yang memang kebetulan tengah melepak kat sana gak minta tolong ambik gambar kitaorang BERENAM INI.  
Ni lah wajah kesayangan hamba. HAHAHAHHA sorila, Emel terlampau MENGGEDIK KAT SANA. Sebab Emel je YANG PALING MUDA. Dorang Semua akak2 daa. :D


Pasti Emel akan merindui semua ni. Tengok macam2 je ragam yang ada. Hahahaha


Kami memang KANAK2 RIANG ek? Taklaa. Memang dah begini.


Wah! Buat wajah GEDIK la Emel kat sana. Ni akak2 yang rapat dengan Emel. :D


Kak Lala dan Kak Wawa. The best sis EVER! Selain adek angkat tersayangku SHA! Dorang penyeri pelawak pembuli penyindir semua la dorang! Tapi BAIK OKEY! :D


LAST SEKALI, Ni la Emel. Emel tak cantek, tak lawa, tak GORJES macam perempuan lain. Tak tau la kalau beruntung dapat Emel ke tak. Sebab Emel suka buat kesalahan yang boleh buat hati sendiri yang luka.  Sebab nak jaga perasaan semua. (menulis sambil teringat seseorang..dah2 out2..t membebel pulak)

So sampai sini je la kisah kami semua. Kalau ada lagi Emel update kan okey. Suka kerr? Macam tak? Macam boring je? EK? Cam mana Emel nak tau korang boring ke tak ye? :D PEACE SEMUA! 

Buat semua akak2 yang masih lagi study, sebab dorang semua INTERGRASI melainkan KAK LALA DAN KAK WAWA. Emel ucapkan selamat maju jaya yeee. Emel tau korang boleh buat nanti. JUMPA KAT KONVO ye akak2 semua. Sayang korang! :D

♥ hidup ini indah tapi tak seindah surga. ingatlah Allah sentiasa ada untuk kita. Amin :') ♥

24 June 2012

Kucing buat Emel popular dan diusik! :D

Emel ada cerita baru laa. Kali ni kisah kucing plak. Yela, kucing kat kawasan belakang rumah Emel "ramai" sangat! Tapi kucing JIRAN SEBELAH lah ye. Emel tak pandai jaga kucing. Tapi suka kucing. Lebih2 lagi kucing yang berbulu lebat. Aik? "lebat"? (jangan kolot la)

Ermm sebut pasal kucing ni, pernah satu hari tu. Tak silap bulan lepas laa kisah ni. Uih, lambat betul Emel nak kisahkan ye? Bukan apa, tiba2 teringat pulak. tu nak buat entri. Bagi korang baca. BESSTT nii! :D

Malam tu, habis je makan malam, Emel tolong laa bawakan segala2 piring mangkuk untuk diletakkan kat sinki belakang ruma. Emel punya tampat basuh pinggang mangkuk memang kat belakang rumah. senang sikit. Tak mengganggu bahagia tempat makan dan tempat memasak. Kuar je dari  ruang memasak, aleh2 kucing perliharaan JIRAN SEBELAH dah siap mendongak tengok Emel bawakan pinggang mangkuk yang memang masih ada sisa2 makanan. Kesian pulak tengok kucing2 ni  semua. Macam lapar.

Dah macam artis pulak kucing2 ni jalan2 tepi Emel. Suka pulak tengok. Nak tak nak, Emel ambik sisa2 makanan lepas makan, letak dalam plastik dan letak kat hujung laman belakang rumah. Bagi kucing2 tu makan. (baik jugak Emel ni kan) 

Tapi terus terang la, Emel memang tak pandai jaga kucing. Nak tengok tak kucing yang salu dorang KAK WAWA dan KAK LALA usikkan kat Emel kalau di kampus? Ni dia! Si MBOK dorang panggil. Hahaha


Sedap betul dia tidur. Ni kat kantin kampus kitaorang. Tangah2 dok sibuk makan, dia datang pulak singgah. tapi terbaik la ni kucing. Dia tak kacau kami yang tengah makan-makan dan borak-borak.

Ada kisah gak di sebalik kucing ni sampaikan dorang member usik Emel dengan kucing ni yang diberi nama "mbok". Emel baru je tidur semalam kat hostel, kucing ni jalan-jalan la kawasan blok Emel sampai je dia depan bilik Emel, tiba2 je kucing ni masuk. Cute pulak, apa lagi, Emel dukung dia. Bulu dia bersih. Rasanya kucing ni kucing yang dijaga. Dan ada tuannya. Betul2 bersih bulu dia. Sebab tu Emel tak kisah nak pegang or sentuh. 

So Emel lepaskan dia depan bilik Emel. Aleh2 dia masih gak nak masuk. Aik? Takkan nak jadikan Emel ni tuan dia. TAKNAK LAA! Emel tak pandai jaga kucing. Makan minum, mandi semua, Emel mengaku, tak pandai nak jaga sangat. So nak taknak, Emel lepaskan dia jauh dari bilik Emel. Dalam 15minit gitu, Emel jalan2 nak menuju ke almari. Tiba2 tak sengaja, Emel tertoleh almari roomate. Masa tu Almari roomate pun terbukak. Atas beg bagasi roomate, ternampak kucing ni tengah lena tidur!! Mana tak tergelak habis kami.

Sejak hari tu la, Emel diusik. Sampai member panggil tu anak Emel la apala. Hahaha! Takpe, tu gurau senda kawan2. Takde dorang Emel SUNYI tau. So now, Emel takde ROOMATE daa. Roomate Emel da balik. Bercuti. Rindu awak la NORHAYATI BT MUSAhttp://www.facebook.com/noyanne Ni FB dia. :D

Okeylaa, Sampai sini jee. Apa2 pun, wish me luck. Untuk last sem ni okey! Hujung bulan 6 ni Emel dah merdeka! Segulung DIPLOMA untuk BAPA DAN MAMI. Tunggu YE! :D Inshallah, akalau umur panjang, Emel sambung DEGREE. Kat semenanjung kot. INSHALLAH. Peace ye kawan2. :D


♥ hidup ini indah tapi tak seindah surga. ingatlah Allah sentiasa ada untuk kita. Amin :') ♥

23 June 2012

Kisah SI jannah ni!

Suka tak lagu dalam blog Emel?
Dapat dari BLOG member blogger gak.
Susah giler nak cari lagu ni.
Cause Emel try chat box member blogger tu dia tak reply.
Aleh2 Emel cari sendiri. 
So AWSOME!
Lirik dia memang terbaik la setakat ni bagi EMEL.

Jarang jugak dengar nama NUR JANNAH ALIA ni.
Dia yang bawak lagu ni.
Sweet jgak la. Suara dia comel kan?
Search je nama dia kat you tube.
Tak banyak sangat lagu dia ada.
Yang ni je lagu asal dia.

Tak dapat kalahkan NAJWA LATIF laa.
Tu memang idol setiap insan diluar sana.
Nak jugak aku dengar sendiri Si JANNAH ALIA ni bawa lagu ni.
Susah gak cari lagu yang memang dia sendiri bawa.
Yang ada pun, naa artis tah popular ke tak letak video sendiri.
Suara pun sama je Emel dengar.
Tapi okeyla, SUARA KORANG MANTAP! 
Suara Emel takla SEMANTAP KORANG! SALUUTTEE!

Memang tertarik la dengan suara si JANNAH ALIA ni.
Mana ko dapa suara cam ni ek??
Ni mesti makan ASAM banyak2 tak? 
Gurau je la kawan. (kalau jannah baca ni terbang gak kepala Emel)

Apa2 pun, Emel doakan semoga berjaya kat JANNAH and all vlogger!
Terima kasih hiburkan bakat korang.
dan sudi kongsikan bakat yang korang pendam kan.
Tak dapat jadi penyanyi cukupla sekadar orang ramai kenal dan minat.
Okey geng VLOGGER? Peace kat korang. :D


Salah satu part dalam lirik lagu ni paling Emel suka. :D



♥ hidup ini indah tapi tak seindah surga. ingatlah Allah sentiasa ada untuk kita. Amin :') ♥

22 June 2012

Kisah LIPAS!

Pssstt... Emel tak leh tidur ler kengkawan. Ermm nak share satu cerita kat korang. Itu pun kalau korang sudi baca. Baca lah yeee. Bukan KISAH JIWANG atau KISAH KUAR AIR MATA ke apa. TOKSAH NAK MENJIWANG malam ni! Ni nak kata kisah LUCU pun tak kot. Saja je, bagi penuh blog emel ni! Macam boring je tengok takde entri baru. :D

Ermm peristiwa ni baru je jap tadi. Hahahahaah Macam ni. Tengah dok asyik tengok tv, emel dan adik kena serang! Tau ker benda pa yang menyerang kami? SEEKOR LIPAS BESAR YANG BOLEH TERBANG! Tah mana datang LIPAS tu tetiba je ziarah kami yang tengah dok sibuk melayan TV! HAIISSSHHH! Apalagi, lintang pukang la kami lari kuar dari bilik TV! Hahahaha Adehh.

Euwww! Banyak-banyak binatang ker, serangga ker, benda paling emel alah ni laa benda terbang2. Lebih-lebih lagi LIPAS! Mana tak nya, pernah satu kali tu boleh agi LIPAS tu merayap dalam BAJU! Ya ALLAH! Mana tak termuntahnya bila tengok dia dalam baju sendiri! Seminggu emel TRAUMA taknak baring, duduk kat bilik tv rumah!

Satu malam tu kan. Emel lepak dengan dorang mami, plus adek2 emel yang lain. Tengah syok berborak sambil makan-makan benda ringan, emel letakkan makanan emel kat meja. Tanpa tengok makanan tu, emel ambik je la. Aleh-aleh LIPAS siap agi duduk tersenyum tengok emel. Mana tak kecoh bilik tv, dengan makanan yang bertaburan agi. Hahahaha

Tipula kalau rumah korang takde LIPAS! Lipas tu datang tak semestinya rumah kita kotor ke apa. Cuma dia memang wujud pun. HAHAHAHA! Tengok rumah OGGY. Ada juga kan LIPAS. Siap di bagi nama lagi. MARKY JOEY dan DEE DEE. DEE DEE paling comei laa! :D Hari-hari OGGY dan JACK try nak bunuh dorang. Masih jugak hidupkan. HAHAHHAH

Terbaikla KARTUN OGGY! Memang favourite emel dari dulu lagi. Kalau di bagi peluang tengok kartun tu tiap2 hari pun sanggup! Tapi memang pun emel tengok tiap2 hari. HAHAHAHA

OGGY AND THE COCKROACHES


PAKWE BARU AKU! AUMMM! :D


♥ hidup ini indah tapi tak seindah surga. ingatlah Allah sentiasa ada untuk kita. Amin :') ♥

18 June 2012

Kisah baru ye kawan-kawan

Bukak buku baru. Betul ker nak bukak buku baru ni? :')


Maaf beberapa hari ni aku kena off dulu memblogging sampai ada yang cari blog aku ni dlm page blogger. Ada masalah sikit. So from now on, we start our new chapter. Takde nak SHODEH2 lagi. Hahahahaha hidup ni cuma sekali je. So hargai peluang yang ada. Aku dah selesa begini. Selesa sesangat (perut bergendang menandakan nak mamam la ni tapi still gak buat entri baru)

Entri kali ni KISAH BARU. Apa korang buat dalam sati minggu ni? Ada tak yang PUTUS CINTA? Tengah FRUST? Ada tak? Kalau ada, meh sini aku CILI2 KAN! Hahahahaah (nak marah orang sendiri tengok dulu) Betul pa, tipu kalau kita nak lupa semua. Apa2 pun KITA ENJOY!! Umur muda lagi hargailah baik2 ye. Peluang ada tu, bangkit diri untuk jadi yang terbaik. Motivasikan diri selagi mampu. Macam yang aku buat selama ni. (even jiwa raga terSHEKSHO!!) hahahaha ITU UNTUK KEBAIKAN.

Apa korang rasa dengan kehidupan korang sekarang? Okey? Baik? Terbaik? Bahagia? Ermm kalau aku, okey je kot. Yela, sejak akhir2 ni selalu je sakit dada kan. K.O je tak WEYY! (kang betul baru tau) Hahahaha Takde laa, aku gurau je. Lama dah tak gurau dengan AHLI BLOGGER TERSAYANG AKU SUMA. Korang sihat ke tidookkk?? :D

Macam mana dengan FOLLOWER? Ramai dah ker? Aku setakat ni nak cari lagi laa. Bab ramai yang mencari jugak. PUIIIII (macam la retis nak dicari orang) HAHAHA Ala santai jak laaa.

Lupa satu benda, bagi yang tengah SHODEH tu, MEH SINI TENGOK BLOG AKU. Aku bagi lagu peneman di kala sunyi. Sengaja jugak aku letak suma lagu cam ni. Buat bangkit semangat. (bukan nya bangkit, melemah dan menangiskan lagi laaa) HUHUHUHUHU

Apa2 pun, ni je idea aku ada masa ni. Tak tau nak gtau apa lagi. At least aku share sesuatu, bab rindu sangat kat blog ni. Nak cari member2. Ada ke yang sudi nak berkawan dengan saya ek? Meh sini.. Saya jadi rakan yang sedikit gedik untuk korang. HAHAHAHAHAHH~~

Nak pesan lagi, sekarang hidup ni payah. Untuk menghappy kan diri senang je, buat kueh kat dapur bagi hilang boring! HAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAH (ketawa jahat) PEACE ALL!!


Aku sedekahkan senyuman yang memaksa diri untuk senyum. HAHAHAHAHAHA! Thanks untuk korang yeee sebab asyik tanya mana pergi blog aku ni. MAAF SESANGAT. PEACEE! :'D



♥ hidup ini indah tapi tak seindah surga. ingatlah Allah sentiasa ada untuk kita. Amin :') ♥

10 June 2012

Kisah semalam yang memenatkan



RILEKSLAAA. Nak gedik sikit tunjuk wajah g jalan-jalan semalam. HAHHAHAHAHA

Hari ni aku nak kisahkan tentang semalam. WAHH!! Memang memenatkan sesangat. Yela, dari jam 12 tengahari, kitaorang sekeluarga besar ada makan-makan kat rumah sepupu. Ala, makan-makan untuk family jauh dari BRUNEI dan SABAH. Dorang nak balik dah juga nanti. So untuk memenuhi kegiatan sebelah petang jam 2 lepas makan-makan, banyak pulak perancangan diorang sekeluarga. Ada yang nak jalan-jalan tengok wayang. Ada yang sibuk shopping membeli hadiah. Bapak aku pulak sibuk dengan kamera dia, tu haa sanggup jejalan pergi TUN JUGAH bawa kitaorang yang tengah kepenatan sangat~ Adeh, tu lah kawasan AKU DAN DIA selalu shopping. TAHAN SEBAK JE LAA jalan-jalan kat sana~~

Sampai ke kat TUN JUGAH, ada EVENT pulak. Tak tau la EVENT apa. Ada game, ramai pulak yang mengunjungi. Aku sempat gak ambik gambar-gambar sepanjang EVENT kat Tun Jugah tu. Tak la semeriah selalu kan. Yela, Dorang buat kat dalam shopping complex yang tak ramai sangat pengunjung. HEHEHEHE


Ni tarian tradisional dari kaum IBAN. Aku pernah pakai pakaian iban ni. PERGGHH!! Berat. Yang melekat kat atas kepala tu berat sebetul nya. HAHAHAHHAAHA


Sori la tak clear sangat, sebab aku ambik gambar ni dari atas. Ni salah satu aktiviti yang dorang mainkan. Aku tak la ambik semua gambar aktiviti dorang sebab sibuk bershopping. Belikan hadiah untuk ANAK BUAH. Birthday party dia malam tu juga. Hari yang sama kami jalan-jalan. Mana tak penat! HAHAHA


Ni NURUL AINA SOFIYA. Adik aku yang paling bongsu sekali! Perghhh!! Nakal! Nak jugak barang mainan. Ni gelagat dia sepanjang jalan. Nakal nya adik ku.


Ni NURUL FARAH SYIKIN. Adik aku yang kedua. Tengok buat wajah HODOH! Sibuk dok ikut gak nak tengok barang permainan. ADEHHH~~~

MAAF, ADIK LELAKI AKU JE TAK DE. BAB DIA TAK SAMA-SAMA DENGAN KITAORANG SEMALAM. TERLEWAT SIKIT. TU GAMBAR DIA TAKDE. HAHAHAHHAHAHA


Barang permainan yang menarik perhatian aku sepanjang jalan-jalan tengok barang. Siap ada gitar lagi. Pilih je yang mana satu nak. Ada Skate lagi. Terus terang, barang kat atas semua tu benda yang aku suka sesangat. SAMALA DENGAN SI NAKAL. Memang ni yang kami selalu tengok kalau singgah kedai permainan. HEHEHEH Rindu dia. Selamat sampai KE KOTA KINABALU YEEE~~~

Erm lepas je kami sibuk-sibuk jalan naaa. Malam menjelma. Siap-siap nak ke BIRTHDAY PARTY! Btw, HAPPY BIRTHDAY MARSHA! Anak buah yang tah ke berapa ni. Tahun depan ramai timang ANAK BUAH. ANAK SENDIRI JE BELUM NI. Inshallah, JODOH ADA KAWEN. ADALAH TU REZEKI. 


HAHHAHAHA JANGAN MARAH. Ni wajah menunggu nak ke BIRTHDAY PARTY WEII!! Saya ni TAMBAM! TAKLA CANTEK MANA PUN KAN macam orang lain. hehehehe


WAH! NI BIRTHDAY GIRL KITA semalam. Suka dia wajah cute macam tu. Dua tahun da umur dia. Dulu Kecik je tengok. Sekarang, cepat nya ko membesar.


Banyak gak hadiah dia semalam aku tengok. Nak satu la marsha. Boleh tak? Aunty pun nak hadiah jugak.


Ni hidangan makanan semalam. Banyak laa. Sampai aku kena tambah dua kali. SEBAB SEDAP SANGAT! ADEHHH~ So hari ni aku kena puasa dari makan. HAHAHAHA!!


Pas je makan-makan. TIME TO POTONG KEK LA MARHSA. Ni sepupu aku KAK SITI. MAMA Si MARSHA. COMEL JE AKU TENGOK DIORANG NI! HAHAHAAHA


Dalam diam-diam aku AMBIK GAMBAR CANDID sepupu. HAHAHAH jangan marah ye NUR NABILA. Jap lagi ko menyusul la ke POLITEKNIK MELAKA. JAUH!!!

Sebetulnya, kitaorang masa tu tengah sibuk bincang nak singgah mana pas ni. Aleh-aleh kitaorang pergilah WARUNG UNCLE. Yang memang tak jauh dari siti gak. ALA? TAKKAN NAK MAKAN LAGI WEI?


Satu meja panjang memang kami semua yang CONTROL HABIS. KAT DEPAN LAGI TU. SIAP tv lagi kat tempat kami duduk. YELA, Kan semalam perlawanan BOLA. HAHAHAHAH


Ni PARENTS AKU. Dok sibuk buat hal sendiri. HAHAHAHA MUDA TAK? Umur aku da 21 TAHUN DA. Tapi dorang tetap MANTAIN MUDA JEE.

Last sekali, aku sempat ambik gambar dengan sepupu dari brunei. Sebab tengahari tadi FLIGHT dorang.


Adik beradik HAJI ALI HAJI AWANG. Semoga selamat sampai ye SEPUPU KU. 

So ini lah pengakhiran kisah semalam kami. Dengan wajah yang penat semua, AKU TERTIDUR TAK INGAT DUNIA pas bertexting dengan BUAH HATI AKU! Aleh-aleh pagi tadi dia g KK pulak. So sekarang tengah dalam perjalanan ke KOTA KINABALU GAK. Semoga selamat sampai ye SI NAKAL KU. Hati-hati WEIII SI NAKAL! SEBAB KO NAKAL SANGAT! Tu aku RISAU! HAHAHAHHA (KETAWA JAHAT) RINDU DIA. PEACE!


♥ hidup ini indah tapi tak seindah surga. ingatlah Allah sentiasa ada untuk kita. Amin :') ♥

03 June 2012

Kisah kawenan UNCLE yang terakhir! :D

Hari ni nak buat entri baru pasal kawen! Btw, SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT UNCLE HAZEMI DAN AUNTY INA! :D Bukan main lebak naaa senyuman depa pagi tadi. Aku tengok pun teringin plak nak kawen. Tapi itula, mana da calon lagi. HAHAHAHA (ketawa jahat)

Sebelum tu, aku nak post dulu la gambar-gambar ala DIVA tak menjadi ni dulu. Yela, tunggu mami bersiap aleh2 aku sibok dok ambik gambar kat ruang tamu rumah sendiri. HAHAHAHAHAH~~~

NURUL EMILDZA BINTI JAYA
BOLEH JADI MODEL TUDUNG KER? :D Wajah berseri2 nak pergi orang kawen. Sebab ni kawen adik beradik sebelah bapa yang paling last sekali! :D

Ala, tengah aku dok sibok take2 pict, ada jugak yang sibok nak take jgak! HAHAHAHA~~~

NURUL AINA SOFIYA BT JAYA
Adik tersayang ku yang paling gedik sekali! Umur belum lagi 5 tahun.

Tepat jam 9.45 perjalanan yang ditunggu pun berlangsung jugak (ayat main). Sampai je kat uma pengantin, mak aih, ramai jugak! Tu buat aku jadi malu. Yela, family jauh dari SABAH BRUNEI SEMENANJUNG semua datang. Nak tak nak kena ramah jugak. Ala aku PERAMAH PE! (puji sendiri tak malu :P) semua tanya bila habis study, SO aku mengumumkan HUJUNG BULAN 6 ni aku tamat la study dan sah menjadi penganggur yang terhormat sementara tunggu KONVO je. HAHHHAHA~~ Macam best ada gak, bab jumpa family besar semua. Lebih2 lagi si gedik AMALINA BINTI JAMALUDDIN ni. HAHAHAHHA~~

Tengok, tah mana dia dapat PATRICK. HAHAHHAHA

So sekarang saya nak tunjuk2 gambar yang sempat saya ambik sampai lenguh kaki ni berdiri gara2 nak ambik gambar untuk buat ENTRI BARU malam ni! Bosan juga lah, kalau asyik entri pasala sedih, so buat la entri yang menceriakan lagi dengan wajah ku yang dah genap 21 TAHUN NI! ADOII :D


DIKIR, aku sibok ambik gambar! HAHAHAHH~~ Tak ramai dulu masa ni. Sebab belum ramai yang datang lagi.


Bunga telur, DUA BUNGA TELUR AKU AMBIK PASTU KU MAKAN KAT UMA! HAHAHHHA


Ni la uncle dan aunty aku. COMEL plak aku tengok. Adakah aku akan macam ni jugak? Jeng...jeng...jeng... ADA KER YANG BERMINAT? :D



Apalagi, family photo la lagi. Ni semua keluarga sebelah bapa. Aku tak masuk sebab dok sibuk ambik gambar gak. Malas baaa, nak posing maut. Ramai tu jurukamera termasuk AKU! HAHHAHA


Ni aku tak tau la apa benda, tapi cium bunga ni mak aih, bau nyerrr. WANGI SESANGAT! Ni hadiah dari si pengantin kat tetamu2 yang hadir.


Kesian dorang ni. Mana tak nya kebosanan buat wajah tak okey pulak! Tu adik aku si NURUL FARAH SYIKIN, yang pakai baju biru.


Ni sepupu-sepupu aku. HAAHAHAHHA!! Pas tengok penganti semua kepenatan. Wajah pun dah tak okey lagi. Hilang segala make up! HAHAHAHHHA


Tengok, mana tak gelak nyer bila ambik gambar semua buat wajah bodoh. Sampai nak tercabut tali usus perut aku bila tengok.


Gambar ni Sepupu aku ambik, Amalina. Yela, tengoh dok bosan layan hp apalagi, mintak tolong ambik gambar dulu boleh! HAHAHHA maaf, terlampu gedik jak ni! :D

Apa-apa pun, berbaloi gak pergi. Makanan pun SODAP! HAppening giler. Sebab sepupu semua nya gila2. Banyak lagi gambar2 dorang. Cuma aku tak sumbat semua ni. Sebab penat mengedit! Ingat senang ker? Cukup la ni je ku bagi untuk ENTRI TERBARU. Kalau suka, klik je k! PEACE TO ALL :D


♥ hidup ini indah tapi tak seindah surga. ingatlah Allah sentiasa ada untuk kita. Amin :') ♥

02 June 2012

Semporna tu INDAH! :D



Erk? Bercakap pasal SEMPORNA SABAH. Rindu pulak aku kat SI NAKAL sorang ni. Yala, dah asal dia kat sana. Mestilah aku RINDU SESANGAT! Mana taknya, kami masing2 jauh. Bawa haluan hidup sendiri. Tak macam dulu, dulu lain. Masing2 sama TEMPAT STUDY. Nak DATING pun SONANG! HAHAHAHA (ketawa jahat). Kalau dah masing2 jauh ni, tak tau jugak la kegiatan dia buat sekarang. Yang pasti aku tau kalau dia kat uma masa ni tengah :


  • Duduk2 tengok tv lebih2 lagi dorang anak buah ada. 
  • Kalau tak, tu haa berSHOPPING dia kat BUNDLE. Yela, dah tu hobi dia MEMBUNDLE!! :D
  • ermm kalau petang dia suka SKATING.
  • Tengahari begini kalau tak, JAMMING. Or main GITAR KAPOK dia.
  • Malam pulak, Kalau tak FUTSAL, Jalan-jalan seluruh semporna.
  • Plus, MAIN GAME sampai tak ingat dunia. Espeacially GAME BOLA. HAHAHAHA
Ni aktiviti dia sepanjang aku tau sesangat laaaa.

Teringin pulak nak pergi SEMPORNA. Sebab dia gtau, kat sana pantai-pantai nya biru, sejuk, jernih! Ala, kalau kat SABAH sana, Tempat aku selalu pergi bandar KOTA KINABALU je. Mana ada sibuk-sibuk nak pergi SEMPORNA, KUDAT, LAHAD DATU, SANDAKAN, takla! Sebab,memang ASAL FAMILY sebelah BAPA ku kat sana. Tu selalu jugak pergi. So kali ni, AKU NAK PERGI SEMPORNA! SEMPORNA TUNGGU AKU DATANG!! :D

Sepanjang aku buat research pasal PANTAI SEMPORNA, gambar-gambar kat bawah yang akan aku tunjukkan ni banyak menarik minat aku nak ke sana. Air laut dia BIRU SESANGAT! Pantai yang jernih. GERAM!!! :D


Ni PULAU MABUL. Selalu gak dia ke sini dengan family dia. Memang aku teringin sangat nak ke sini. Sebab dia tempat yang memang pelancong selalu kunjung. TERMASUK DIA PELANCONG! HAHAHA


Ni lah SIPADAN ISLAND! HAHAHAHHA Disini lah lokasi dorang SAIFUL APEK DAN MAYA KARIN sebagai pelakon  bersama kru KRU dalam pembikinan FILEM DUYUNG. Orang pangil kawasan ni TAMPI-TAMPI. Tempat dia suka lepak gak. HAHHHAAHAH :D


Ni PULAU SIBUAN. Jarang jugak aku dengar dia sebut pasal PULAU ni. Apa-apa pun, tempat ni memang cantek. Aku tengok aku selidik, memang sesuai untuk penginapan BULAN MADU! UIH? HAHAHA lama lagi laaa. Aku MUDA LAGI OKEY! :D


MAIGA ISLAND. Lagi lah jarang aku dengar. Tapi masih gak kawasan SEMPORNA. Air laut yang biru, jernih. Sesuai dengan percutian untuk keluarga. Tempat yang indah. :D


LAST! TEMPAT YANG AKU TEROKA DAN SELIDIK DI KAWASAN SEMPORNA. OMADAL ISLAND! Jarangkan dengar pulau ni. Aku yang bukan asal sana lagi la jarang dengar. Tapi pantai dia cantek. Bila budak2 bajau yang mandi manda sebab kat sana banyak kawasan perkampungan. RASANYA LAAA. Aku tak tau sangat. Tunggu aku sendiri yang pergi sana. Boleh gak bagi BUKTI. HHAHAHA


Bagi sahabat2 yan g tinggal di kawasan SEMPORNA ni, aku tak tau sangat. Ni mengikut research aku. Kalau ada salah MAAFKAN. Bab dulu masa DATING DENGAN DIA, tak banyak sangat cakap pasal pantai kat sana. SEBAB SIBUK NAK BERCINTA! HAHHAHAHAHAH (ketawa jahat lagi)

Apa-apa pun, AKU RINDU KAT SEMPORNA BOY! AKA SI NAKAL KU! Bila RINDU, aku bukak lokasi gambar2 SEMPORNA TAU! Untuk lepas RINDU NI! Bila NAK BALIK KUCHING LAGI? HAHHHAAHAH~~~ PEACE! MISS A LOT MAR.

♥ hidup ini indah tapi tak seindah surga. ingatlah Allah sentiasa ada untuk kita. Amin :') ♥