My photo
Malaysia
Having a great name is wonderful feelings i ever had. Nurul Emildza Binti Jaya. Born on May 1991. Live at Kuching Sarawak. Borneo blood. Mix bidayuh malay. Having a suck life but still make it wonderful. No one knows what she's feelings until they know her. If they know. If only the knew the truth. But not inside. the best word for describe her " AKU TABAH BERJALAN SEMBUNYIKAN HARAPAN..." - xoxo

25 December 2012

♥ kalau disitu masih ada aku ♥



" Jika diberikan ku satu peluang, apa yang ku impikan pulihkan kesilapan "


Cobalah kau rasakan airmata ini
Sanggupkah kau temani setiap titis setiaku
Aku bagai mendung yang setia pada hujannya
Akan selalu ada dan terus bertahan

Senyummu takkan terganti
Maafku takkan memilih
Sabarku selalu berharap kau kembali

Jawab.... Jawablah tanya ku ini
Apa ku telah dihatimu?
Atau kau hanya mimpiku?

Tolong katakan katakan pada ku bila?
Ku tak ada dihatimu
Biarlah kau hidup dimimpiku

" Kalau disitu masih ada aku. (dihatimu masih untuk aku)
Itu bermakna masih ada setia di hatiku lagi untuk terus bertahan  dan menerima "

" Terhenti nafasku berlari. Dibelai lembut seindah mimpi. Belagu berbisik hatimu, semulajadinya AKU JATUH.."

Teruskanlah tersenyum walau sesukar mana pun keadaan. Kerana pasti bertemu jua kebahagiaan.
Biarkan orang nak kata apa, apa orang nak lontarkan, kerna yang pasti, Allah lebih mengetahui.
Assalamualaikum.



♥ hidup ini indah tapi tak seindah surga. ingatlah Allah sentiasa ada untuk kita. Amin :') ♥

22 December 2012

♥ ombak rindu lautan berombak ♥




" Rinduku umpama ombak yang tak berhenti. Kasihmu bagai pantai yang setia menanti "

Tersentak...
Terpana akan kehidupan yang bagaikan roda
Terkapai kapai melawan ombak di lautan
Namun kekuatan diri hanyut
Bersama derasnya air yang mengalir
Hanya pasrah dan kejujuran dalam diri
Kental diiringi imbauan kembali
Mereka yang telah pergi

Rindu...
Rindukan kesempurnaan hidup
Pilunya hati dikelilingi suasana berliku
Walaupun tersergam di sisi
Mahligai istana lengkap segala
Ia hanyalah pelengkap diri yang tiada makna
Ketidaksenangan hati tetap menghantui 
Menyesalkah?

Kesepian.... Kehampaan.... Kerinduan....
Bagaikan teman saban hari
Tiada siapa yang mengerti

Suara yang nyaring diiringi pandangan nan menusuk
Perintah yang tiada bantahan
Walau hati tak lekang dek ngomelan
Tak siapa mendengar
Hanya dinding dan hiasan berwarna
Sama warna dengan tak keruan
Tak pasti sampai bila

Namun terlihat seketika
Senyuman menawan, layanan istimewa
Dan ketawa kedengaran
Serta.......... Kebenaran terpaksa
Penyeksaan hampir terlerai
Sayangkah? Cintakah?
Ianya sementara cuma yang pasti.......
Kepercayaan masih terhalang
Tersangkar kembali di mahligai indah

Hati nan terluka
Sentiasa tercari-cari 
Apakah sebenarnya yang tersirat
Apakah itu telah tersurat

Ombak yang bergelora kian menghilang
Rindu yang terlerai tampak indah
Bila.....
Tabir cinta tersingkap
Semarak cinta terbela
Lalu....
Melakar kebahagiaan.....................


Petikan dari novel "ombak rindu". Fauziah Ashari.

" Aku suka lautan. Lautan menggambarkan kehidupan. Lautan yang tenang sentiasa dipukul ombak yang mendatang. Begitu juga kehidupan. Setiap kehidupan pasti merasa kepahitan. Kepahitan tu sering aku ibaratkan ombak. Bila ombak memukul. Seolah kesakitan tu dirasa sehingga terasa kepahitannya."
Pahitpun itu ku tersenyum.
Assalamulaikum.


 

♥ hidup ini indah tapi tak seindah surga. ingatlah Allah sentiasa ada untuk kita. Amin :') ♥

14 November 2012

♥ terimbas dulu kala ♥



Kalau nak view lirik dia, kat sini -----------> KLIK SINI

Mesti pelikkan kenapa update lagu ni lagi.
Pagi tadi punya kisah, time nak turun keja, tetiba je lagu ni berkumandang kat radio HOT.FM.
Tercalon dalam muzik-muzik gak. Jangan lupa tengok, Pelangi senja ada gak! Yeaa! :D
Masa dengar lagu ni dalam keta, naseb bek dok kat sit belakang.
Allah, betapa saya mampu menyembunyikan perasaan dan air mata ni.
SEBAK SESANGAT KAWAN! Allah je tau perasaan saya masa tu!
Lagu ni banyak kenangan.
Kenangan kenangan kenangan dan KENANGAN!!
Tak tau cam mana nak bagitau setiap bibit lagu ni.

Ermm, kalau boleh diulang lagi masa, nak je buat yang lebih baik. Kan?
Tapi apakan daya, suratan takdir kan.
Orang pun dah tak sudi.
Lagipun semua yang terjadi, salah saya.
Saya tak leh nak maafkan diri sendiri dah sekarang! :'(
Dilema buat saya tertekan masa tu.
Saya tanggung sendiri!
Tapi takpelah. Tak guna dibahas dah.
Pilihan saya buat memang memakan diri.
Tapi tu semua takdirkan?
Ya saya kena terima takdir!
So saya kena pendam kan je peluang kedua tu.
Untung bagi yg pernah merasa peluang kedua, tapi ttp tak buat yg terbaik.
Peluang kedua, ketiga keempat pun penah diberi, tapi? Tetap tak buat terbaik!!
So NOW! (dgn terpaksa!) saya kena terima dengan hati yang ikhlas.
Redha dengan ketentuan.
Bukan apa, bila di fikir balik, banyak sgt cabaran dan dugaan yang ditempuh dulu.
Dari mula berkawan, sampai kan dicemuh, bercinta dan last sekali?
YAA! KISAH DONGENG SAJA.

Tapi bagi saya, NI KISAH LAGENDA KAMI!
Apapun, buka buku baru je lah. 
Dengan pasrah, saya buka buku baru.
Tinggalkan semua, ITU PUN SAYA MAMPU KE TAK.
Apa yang terjadi pasti ada hikmahnya.
Hari ini berakhir ZULHIJJAH.
Sempena bulan MUHARAM esoknya, semoga hidup sentiasa diberkati.
Buang yang keruh, ambil kan yang jernih.
Tapi takkan saya lupa setiap apa yang terjadi.
Setiap apa yang org buat selama ni kat saya.
Apa yang saya terluka ker apa ker.
Saya biarkan pergi.
Dan juga.
Dosa semalam saya biarlah pergi.
Senakal mana pun, INGAT ALLAH!
Nakal tu tetap ada. Saya tak leh nak buang. 

Apa-apapun, jadikan semua ini satu pengajaran dalam hidup.
Dulu kalau muharam ada teman, tapi sekarang?
NVM~
Ampun maaf jika tersalah kata taip tersakiti disakit and so on.
Ingat janji 5 Tahun lagi.
Selagi mampu untuk jadi yang terbaik.
SALAM 1 MUHARAM SEMUA.

" Kan ku abadikan dikau, suatu kenangan yang manis. Yang tak mungkin aku lupa untuk selamanya.
Kan ku coretkan kenangan mu. Dalam sanubari ku ini. Agar jadi yang terindah di dalam hidupku ini.. "


=) : Kenapa bagi ayg matahari?
:D : Yela, matahari kan sinarkan daun bunga. Sebab tu ayg matahari, b ambik daun.

Okey. Saya simpan dan jaga ni elok2. Terima kasih sebab sempat bagi masa tu. :')) 
Buka buku baru? Saya cuba. D;
Tapi macam mana saya nak lupa?
Kenangan tu sana sini!!
Setiap kali lalui jalan yang pernah dilalui sama2, bayang tu sentiasa ada.
Ya Allah, tabahlah hati hamba yg hina ini sentiasa. Hanya kau yang tau. :'))
Salam. PEACE.

Selamat tinggal buku lama. Kau tetap ku kenang dan sabar menunggu~
"Jika mampu ke kembali mengulangi masa pasti ku tunaikan permintaan terakhir. Kini hanya tinggal kenangan. Hanya waktu menentukan kitakan bersama..- Pelangi Senja "

PRAYFORGAZA!! ALLAHUAKBAR ~



♥ hidup ini indah tapi tak seindah surga. ingatlah Allah sentiasa ada untuk kita. Amin :') ♥

11 November 2012

♥ apa ingin dikatakan ♥



Salam! Ada lagu mau di sampaikan. :DD

Dengar lagu ni masa kat ofis. SUPERB! Best.
Balek rumah terus cari lagu ni dalam youtube.
Hahahaha ENJOY IT! Lirik dia best. =)


Hangatnya Cinta - LYANNA

Sering aku merindu
Rindu pada dirimu
Sering aku teringat
Teringatkan dirimu

Walau waktu/musim berlalu
Kau masih di hati
Sentiasa wajahmu
Bermain di mata

Betapa indahnya cinta
Engkau dan aku
Tak mungkin ku lupakan

Engkau masih ku sayang
Sayang seperti dulu
Cinta mu di hati ku
Masih seharum dulu

Bersama kita rasa
Suka dukanya bercinta
Sedang hangatnya cinta
Kita pun berjanji setia
Di antara kita
Tidak rela berpisah
Demi kerana cinta

Apapun terjadi
Kau tetap ku cinta
Kerana cintamu abadi di hatiku
Apa pun terjadi
Pulanglah sayangku/padaku
Kerana kau kekasihku

Adat orang bercinta
Semuanya indah saja
Bila sudah kecewa
Sungguh pahit terasa

Alangkah indahnya
Jika kau dan aku
Saling menyayangi/memahami dan
Saling setia
Betapa rindunya/indahnya
Di dalam hatiku
Kasih dan sayang

* hargai peluang yang pernah diberi. Sebab saya tak pernah diberi peluang untuk tunjuk yang saya boleh jadi yang lebih terbaik *
Peace yoo! :D



♥ hidup ini indah tapi tak seindah surga. ingatlah Allah sentiasa ada untuk kita. Amin :') ♥

04 November 2012

♥ tiada yang mengerti ♥


Ini bukan kisah cinta juga bukan kisah dongeng. Tapi ini kisah kehidupan.
Siapa kata kehidupan itu indah? *ya,memang betul*
Tapi sejauh mana indah itu? Selagi kau belum jumpa keindahan surga.
Jangan pernah merasa hidup kau sentiasa bahagia.
Tidak kau sedar bahwa kesakitan hati, kebencian hidup, selalu menerpa.
Jangan pernah merasa HEBAT dengan setiap yang terjadi.
Tidak kah kau tahu, musibah sedang melanda?
Jaga lah setiap perbuatan dan percakapan mu agar tidak ada insan lain yang terluka dan sakit hati.
Bila satu membenci kau, sampai matilah kau sukar dimaafkan.

Selalu ku ingatkan pada diriku.
Bahwa hidup tidak selalu indah.
Ingatlah MAHA PENCIPTA disetiap kau senang maupun susah.
Bila kau susah, Dia lah sentiasa mengingatkanmu.
Jangan kau sentiasa bahagia dengan apa kau buat.
Tidak kau tahu, Allah dan malaikat sentiasa melihat.

Semalam kau berdosa, andai hari ini diberi kesempatan hidup, mintalah keampunan.
INGATLAH!!
Andai hari semalam kau bahagia, kau kena ingat bahwa hari ini kau pasti sedih.
Andai hari semalam kau sedih, ingat bahwa hari ini kau bahagia.
Dan esok nya, kau jadikan ia suatu pengalaman untuk mengajar kau lebih KUAT DAN TABAH!
Manusia disekeliling kau takkan pernah merasa AIRMATA mu.
Hanya ALLAH s.w.t yang mengerti.
Betapa pahit dan pedihnya hati mu untuk jalani kehidupan ini dan kehidupan yang mendatang.
Hari ini adalah MASA DEPAN! Cepatlah berubah!
Jangan seperti kebudak-budakkan.
Fikirlah hati yang kau sakiti.
Fikirlah hati yang sentiasa menangisi disebabkan perangai kau.
Fikirlah hati yang sentiasa kau rendahi.
Fikirlah hati yang sentiasa kau sindirkan.
Jangan kau bangga dengan apa kau buat.
Allah sentiasa ada untuk menurunkan musibah.

Hari ini kau lupa Dia.
Tapi Dia tidak pernah lupa kita.
Hari ini kau senang.
Jangan kau lupa Dia.
Kerna masa kau susah, Dialah membantumu.

Ingatlah siapa sentiasa disisi ketika kau susah dan senang?
Jangan kau pergi disaat kau senang.
Dan kau datang di saat kau susah.
Tidakkah kau melukai hati insan itu?
Tidakkah kau merasa hati insan itu disakiti?
Seribu satu kisah telah ku lalui selama ini.
Baru ku tahu erti sahabat, baru ku sedar siapa kawan dan lawan.
Betapa sedihnya hati ini, bila disaat kau memerlu, aku kau cari.
Betapa sedihnya hati ini, bila disaat kau bahagia, aku kau lupa.
Jangan kau buat hati ini seperti permainan.

Sedarlah aku! Kerna aku banyak menyakiti hati insan lain di ketika dulu.
Di ketika ini, Tuhan menguji. TERIMA KASIH YA ALLAH!
Setiap ujianmu, aku jalani penuh ikhlas.
Walau kadang2 hati ini perit!
Mengeluh! Menangis! Sakit hati! Dan Benci!
Tapi itu semua mengajarku untuk lebih tabah dan sabar!
Mengajarku bahwa kehidupan ini sentiasa banyak dugaannya!
Kerana ini MENDEWASAKANKU! Siapa aku hari ini, dan siapa aku esok juga siapa aku seterusnya!

WAHAI HATI INI!
JANGAN KAU FIKIR SIAPA PASANGAN MU!
JANGAN KAU FIKIR SIAPA PENGGANTINYA!
JANGAN KAU FIKIR SIAPA YANG BERJAYA MENAMBAT HATIMU!
FIKIRLAH SIAPA KAU SEBENAR!
KAU BOLEH BERJAYA DIMATA ORANG!
BUKTIKAN YANG KAU BOLEH HIDUP TANPA SESIAPA!
KERNA ITULAH YANG MANGAJAR MU LEBIH TABAH!!!
WAHAI HATI!
SIMPANLAH CINTAMU!
SIMPANLAH RINDUMU!
SIMPANLAH SAYANGMU!
JANGAN KAU BAGI PADA HATI YANG TIDAK SETIA!
SIMPANLAH IA UNTUK YANG LAMA!
ANDAI KISAH ITU KEMBALI LAGI, AKAN KU CUBA YANG LEBIH BAIK DARI SEBELUMNYA.
KERNA AKU TAHU, KISAH ITU HANYA CORETAN!
UNTUK KU MENJADI LEBIH BAIK PADA HARI YANG MENDATANG.

Berterima kasih kepada orang yang MENYIKSAmu kerana dialah jua yang MENGUJI kesabaran dan ketabahanmu.
Berterima kasih pada orang yang MENJATUHKAN kamu kerana dialah orang yang MEMPERHEBATKANmu.
Berterima kasih pada orang yang tidak MENGENDAHKANmu kerana dialah insan yang MEMUPUKmu BERDIKARI.
Berterima kasih pada orang yang MENYAKITImu kerana dialah yang mengajarmu erti tabah.
Adakalanya kita perlu KETAWA agar kita tahu mahalnya nilai AIR MATA.
Kerana inilah yang sentiasa membuat ku tersenyum menempuh khidupan. 

Doa ku setiap pagi sebelum menunaikan tanggungjawab ku sebagai penghuni alam.

" Ya Allah Ya Tuhan ku, telah kau beri rezeki kepada ku. Kan ku sambut dengan hati yang terbuka. Akan ku lapangkan dada ini daripada mengeluh. Kerna setiap keluhan ku ini satu dosa iaitu tidak mensyukuri apa yang kau beri. Betapa peritnya sebelum ini kerna rezekiku tertutup. Ya Tuhan, andai aku bersedih hari ini, kau ceriakanlah hatiku untuk ku tempuh semuanya. Andai hatiku terluka dan tersakiti, kau jauhkanlah sikap dengki dan benciku terhadap orang yang ku sakiti. Kerna ku tahu, setitik kebencian didiri pasti timbul tiada kemaafan dihati. Ya Tuhan, kau limpahilah rezeki ke atas insan yang sentiasa mengingati ku setiap waktu. Kerna ku tahu, rezekinya pasti akan lebih baik dariku. Ya Tuhan, jagalah hati mereka yang menyanyangiku, tabahlah mereka, berilah mereka rezeki, berilah mereka umur yang panjang. Berkatilah hidup kami. Ya Tuhan, andai ada hati yg ku lukai, aku mohon agar mereka sentiasa ingat akan diriku, dengan setiap pengorbanan yang telah sama2 dilalui. Ya Tuhan, dengan apa yang terjadi selama ini, kau berilah ku kekuatan. Dan ketabahan untuk meneruskan kehidupan. Kerna ku tahu, perancanganMU lebih baik daripada perancanganku. Amin Amin rabbalalamin.."

Disetiap doa, selitlah doa untuk sahabatmu, saudaramu dan keluargamu.
InshALLAH, doa dipagi hari sentiasa didengari.
Aku bersyukur atas rezekiku yang Kau beri Ya Allah!

" KERANA KESABARANKU INI, AKU TERSENYUM AKAN KEPEDIHAN HATI, AKAN HATI YANG TERSAKITI AKAN HATI YANG MERINTIH AKAN HATI YANG TIDAK BAHAGIA.."

PAHITPUN ITU KU TERSENYUM :'D





♥ hidup ini indah tapi tak seindah surga. ingatlah Allah sentiasa ada untuk kita. Amin :') ♥

27 October 2012

♥ di sudut kamar hatiku ♥



DI SUDUT KAMAR HATIKU = JAMAL ABDILLAH

Resah  hatiku  merindui
Terbayang-bayang  anggun
Senyum  dan  tawamu
Baru  semalam  rasanya  bagai  setahun
Pemergianmu  tak  tertanggung

Indah  suasana  tika  bersama
Siang  dan  malam  seolah  Di  alam  syurga
Cintamu  itu  cinta  yang  setulus  jiwa
Dimana  ku  cari  gantinya

Telah  kulupa  detik  hitam  selamanya
Yang  menodai  cinta  kita
Tidak  terdaya  menahan  takDirnya
Engkau  abaDi  Di  dalam  dada

Korus
Sepi  dunia  Didalam  riuh  rendahnya
PeDih  jiwaku  tanggung  derita
Patah  hatiku  kesalan  tiada  terhingga
Kau  satu  dalam  berjuta

Kepada  tuhan  tempatku  taruh  harapan
Engkau  selamanya  dalam  bahagia
Cintamu  itu  biar  kukenanginya
Di  Sudut  kamar  hatiku

Sekadar  coretan  buat  kenangan
Cerita  kita  Di  sini  kuabaDikan
Tinggi  harapan  semoga  Diketemukan
Di  alam  impian  syurga  idaman
Tinggi  harapan  semoga  Diketemukan
Di  alam  impian  syurga  idaman.

* dah lama cari lagu ni. At last, baru tau ni tajuk dia. Haha enjoy this song. Lirik dia penuh makna. :')
Assalamualaikum sayang semua.




♥ hidup ini indah tapi tak seindah surga. ingatlah Allah sentiasa ada untuk kita. Amin :') ♥

24 October 2012

♥ saat cinta dikhianati ♥



Assalamualaikum sayang semua. Salam ukhuwah fillah! :D


Entri kali ni pasal jodoh. Tak semestinya saya cakap pasal jodoh terus nak kawen kan? Haha taklah. Cuma ingin kongsi sesuatu yang menarik. Tentang kehidupan ini. DI harap sudi2 jugalah membaca. Sudi2lah komen gak. Peringatan! Tidak ada kena mengena dengan diri ini. Ini hanyalah perkongsian pengetahuan untuk semua. :')



"Saat aku mulai mencintai seseorang, aku ditinggalkan…
Saat aku sangat mengharapkannya, dia menghilang…
Ketika aku mulai merasakan bahagia, aku dicampakkan…

Ketika aku sangat memerlukannya, dia memilih yang lain…"

Aku bertanya pada Tuhan:
“Ya Tuhan.. Kenapa semua yang aku inginkan tidak aku miliki??”

Tuhan Menjawab:
“… kerana kamu tidak pernah merasa yakin memilikinya.”

Aku Kembali Bertanya:
“.. tapi mengapa pada saat aku bahagia dia meninggalkanku?”

Jawab Tuhan:
"kerana kamu tidak pernah memahami apakah dia bahagia bersamamu.”
"Aku tidak akan memberikan pasangan yang baik untukmu, jika kamu masih kasar.”
“Aku tidak akan memberikan pasangan yang setia untukmu, di saat kamu selalu mencari yang terbaik.”
“Aku tidak akan menganugerahkan seseorang yang sabar bagimu sedangkan kamu masih ego.”
“Aku akan memberikan pasangan yang sesuai untukmu, maka perbaikilah dirimu sesuai dengan apa yang kamu inginkan dari pasangan hidupmu.”




“ Sesungguhnya wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah untuk wanita-wanita yg keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yg baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia (Syurga) ” - (QS. An-Nur [24]:26)

Untuk diri :

- Aku tidak pernah mengimpikan seseorang yang terbaik, alim, dan baik perilakunya. Cuma cukuplah mampu menjadi iman di dalam hidupku dan sama-sama membimbing ke jalan yang benar serta tahu islam itu benar!
- Andai tiada cinta di hati atau tiada yang memiliki diri ini, biarlah aku bersandar hanya kepada cinta yang hakiki.
- Aku sedar aku masih bukan yang terbaik untuk mencari yang terbaik dihidup ini.
- Bukan jodoh ku butuhkan selama ini tapi bila kematian ku akan tiba. Kerana aku tau, jodoh ku mungkin sukar untuk menerima siapa aku. Wallahualam  :') 

Wasalam.


♥ hidup ini indah tapi tak seindah surga. ingatlah Allah sentiasa ada untuk kita. Amin :') ♥

19 October 2012

♥ KISAH AISHAH ♥


Siapa yang dah pernah dengar cite ni bole diam. Anyway ni kisah benar. Aishah (bukan nama sebenar). Dia pergi KL untuk cari kerja. Sekitar tahun 1984. Aisyah ni ada penyakit dimana mata dia tak boleh kena cahaya. Dia sensitif kepada flash camera. Nanti dia migrain teruk. Al kisahnya. 

Kilang tempat kerja Aishah buat jamunan tahunan. Nak dipendekkan cerita, ada satu photographer Terambek gambar Aishah. Aishah migrain teruk sampai berbuih mulut dia. 3 hari dia duduk kat hosp. Photographer tu pun dtg melawat dia mintak maaf. Then Aishah ni nak balik kampung. 

Masa otw pergi bus stop, dia kena culik 4 lelaki. Aishah dibawa ke satu rumah kosong dan diikat pada tiang lalu dibogelkan. Dan dia dirogol secara bergilir-gilir oleh 4 orang lelaki ni.Si setan gondol 4 ekor ni pulak nak amek gambar aksi durjana dorang tu. Jadi mereka pun amek la gambar Aishah sedang dirogol.

Snap pertama, migrain Aishah datang balik. Aishah merayu2 sambil menerangkan penyakit yang dia alami tapi setan gondol ni tak hiraukan.Setiap kali lampu flash menyala, kepala Aishah rasa macam dihiris-hiris. Sampai mata, hidung dan mulut dia keluar darah. Bayangkan lah, dah la migrain lepastu sambil kena rogol pulak. 

Then..... Setelah diperkosa selama 4 jam, setan gondol 4 ekor ni bawa Aishah ke atas sebuah jambatan. Dorang nak campak Aishah yang tak bermaya ni. 

Sebelum dorang campak Aishah ada cakap, ''Sesiapa yang melihat gambarku yang diambil tanpa rela..... Aku akan seksa mereka di dalam mimpi dengan kesakitan yang sama yang aku alami.......... Aku sumpah. Dalam matiku sekalipun, celakalah mereka yang melihat gambarku!" 

Esok harinya 4 setan gondol ni pergi kedai gambar nak cuci gambar2 yang mereka amek. Dia rasuah tokei kedai tu jangan bagitau sesape. Mereka ketawa terbahak-bahak melihat gambar Aishah yang tidak berdaya dalam keadaan bogel yang sgt memalukan tu. 

Otw balik, tiba2 kereta mereka yang naik tu terlanggar pokok yang jatuh kat atas jalan.Dahan pokok tu tembus ke kereta mereka dan tembus ke kepala setan gondol pertama. Esok harinya, setan gondol kedua mati akibat pendarahan.Setan gondol ketiga selamat. Tetapi esoknya dia tersadung dan terjatuh dalam longkang yang besar. Kakinya patah dan... Dia tak sempat naik atas dan mati lemas. Sebab masa tu tengah hujan lebat. 

Setan gondol yang keempat pulak... Dia terselamat. Dia balik rumah dan malam tu Aishah datang dalam mimpi dia dan pukul kepala dia dgn kayu. Bila dia bangun, kepala dia sakit. Bila tak tahan sangat dengan sakit kepala dia, dia pun toreh kepala dia dengan garfu. Dia menyesal & rasa macam dah terkena sumpahan Aishah. Lalu dia pun menyerah diri kat balai polis & dia pun serah gambar2 Aishah. 

Akhirnya dia mati di dalam lokap, sebab dia hentak kepala kat dinding sbb sakit yang amat sangat. Beberapa hari kemudian. Mayat Aishah ditemui terapung. Dia dibawa ke hosp utk bedah siasat. 

Polis ada amek gambar Aishah. Bila flash menyala jantung Aishah berdegup. Berdegup seketika dan polis dengar mayat Aishah menghembuskan nafas terakhir. Polis agak kompius la. Selepas gambar mayat dicuci, doktor yang tengok gambar Aishah ditemui mati kerana overdose makan ubat penahan sakit. 

Gmbr Aishah yang ada pada polis dimusnahkan kerana dikatakan sape yang tengok gmbr Aishah akan kena sakit kepala kronik. Tapi kini gambar tersebut telah tersebar kembali.... Sape yg tgk gambar ni, malam nanti Aishah akan datang di dalam mimpi dan... Apabila anda terjaga anda akan mengalami sakit kepala yang kronik. 

# nak tunjuk gambar dia, tapi t korang pening plak. Sebab sekarang aku pening dah. Akibat tak tidur lagi. Hahahaah memang menyeramkan lah. Tapi aku tak lah percaya sangat. Untuk hiburan kot. Tapi ada yang bagitau kisah benar. Jadi seram pulak! JANGAN SAMPAI DIA DATANG DALAM MIMPI. TENGOK BETOL2 GAMBAR DIA. PASTI ADA SESUATU YANG ANEH. ------> KLIK INI dan KLIK SINI JUGA untuk lebih lanjut. HIHIHI PEACE! :D



♥ hidup ini indah tapi tak seindah surga. ingatlah Allah sentiasa ada untuk kita. Amin :') ♥

15 October 2012

♥ kisah kami ♥



Adik aku yang paling sporting.
Even sometime buat aku marah dan benci.
Sebab perangai dia.
Tapi kalau takde dia, aku plak yg sunyi.
Dia lah tempat aku mengadu.
Dia lah tempat aku meluah.
Dan dia lah tempat aku bergosip.
BEST SANGAT !!
Air dicincang takkan putus kan. :D

Walau kami ni sederhana, tapi kami sedar kami ni siapa.
Kadang2, kami perlu jaga hati di sekeliling kami.
Kami buat yang terbaik even benda tu orang tengok macam takde pa2.
Tak semua orang kita boleh puas kan.
Kami takla sempurna untuk menjadi sempurna.
Tapi kami masih punya hati untuk saling mengasihi walau perlu benci.

Hidup ni, kami hargai.
Memang kami nakal dulu, tapi setiap orang perlu peluang keduakan untuk berubah?
Dan perlu peluang kedua untuk kecapi lagi kan kebahagiaan?
Itulah Farah selalu cakap kat aku.
Dia matang dah sekarang, walau umur masih 19 tahun.
Alhamdulillah.
Dia sedih, dia menangis, dia gembira, semua dia luah kat aku.
Aku jarang tunjuk air mata kat dia.
Tapi dia?
Walaupun nampak kuat, hanya aku yang faham.
Tapi orang tak faham.

Thanks god, walau hidup ini tak sempurna dan tak indah, terima kasih, dia masih ada untuk aku.
Sebab aku sayang mereka lah..................kebahagiaan aku.......................? :')
Dia tengking aku, dia marah aku, dia herdik aku,
Aku tetap sayang. 
Sebab dia adek aku.
Kawan datang dan pergi.
Keluarga?
Sejahat mana pun mereka, mereka tetap keluarga.
Dan aku sayang mereka.

Dihina, dicaci, dibenci.
Tak pernah kami nak balas balik.
Allah ada. Dan sentiasa ada.
Betapa Allah uji kami seberat ini. :')
Tapi tetap tersenyum. =)

" Ya Allah, berilah kami kesempatan lagi untuk bersama dan merasa kebahagiaan ini lagi. Dan merasa ciuman rindu buat yang tersayang di sana. Al- Fatihah. I miss you my mom. Dayang bt Shamsudin. :') "





♥ hidup ini indah tapi tak seindah surga. ingatlah Allah sentiasa ada untuk kita. Amin :') ♥

07 October 2012

amalia alias - takut





Tajuk Lagu: Takut
Artis: Amalia Alias

Mungkin ku tak bisa menyatakan
Apa yang terintas di benakku
Bukan kerana ku tak mencinta
Cuma kerana ku tak mampu menatap matamu
Tapi bukankah semua rasaku
Sedia kau tahu tanpa ku perlu
Menggapai pena dan menulis
Apa yang ada di hatiku

Kerna dalam hatiku
Selalu ada kamu
Tuhan tolonglahku
Kerna aku takut kehilangan dia
Kerna aku takut dia kan pergi
Meninggalkan ku sendiri di sini

Tuhan tunjukkanlah
Apa yang terukir dalam hatinya
Jalan mana yang harusku datangi
Agar terlerai kusut ini

Tapi bukankah semua rasaku
Sedia kau tahu tanpa ku perlu
Menggapai pena dan menulis
Apa yang ada di hatiku
Kerna dalam hatiku
Selalu ada kamu
Tuhan tolonglahku
Kerna aku takut kehilangan dia
Kerna aku takut dia kan pergi
Meninggalkan ku sendiri di sini
Tuhan tunjukkanlah
Apa yang terukir dalam hatinya
Jalan mana yang harusku datangi
Agar terlerai kusut ini


# Farah adik aku, ingat aku yang bawak lagu ni. Haha Tengok2 si AMALIA ALIAS. Tak kenal dia kan? Okey korang tengok sendiri la BLOG dia ni. COmel orang nya. Lagu dia la kat BLOG AKU ni :D



Jika kita marahkan dia jangan sampai tak nampak lagi kebaikannya. Jika kita menyukai dia jangan sampai tak nampak lagi keburukannya.. - Ustaz Azhar Idrus. " Peace. :'D


♥ hidup ini indah tapi tak seindah surga. ingatlah Allah sentiasa ada untuk kita. Amin :') ♥

04 October 2012

sepi sekuntum mawar merah


ELLA
SEPI SEKUNTUM MAWAR MERAH

 Berulang Kali Kumencuba
memujuk Hati
lupakan Semua
kenangan...

namun Mimpi Bertemu Lagi
di Saat Engkau
tiada Di Sisi...

ku Berpegang Pada Janji
tercipta ... Antara Kita Dulu
hilangmu Tiada Berganti
biarlah ... Begini

ku Belayar Di Lautan
tidak Bertepian
sesekali Disedarkan
ombak Yang Mendatang
aku Seperti Hilang
punca Arah Dan ... Tujuan

aku Puisikan Namamu
bersama Rindu
di Dalam Sendu ...

Kalau la mak tau yang anaknya ini masih menyayangi si dia. Kerana itula anaknya ini masih bersendiri dan menyepi sehingga sekarang. #AdamHawa

♥ hidup ini indah tapi tak seindah surga. ingatlah Allah sentiasa ada untuk kita. Amin :') ♥

28 September 2012

ARMADA BAND


Assalamualaikum. Entri kali ni Emel nak share sikit pasal band Indonesia ni. Armada Band. Memang lama dah minat band ni. Lagu dorang memang tangkap leleh laa. Even slow. Kalau rajin nak baca. Baca je lah. Yang Emel tick2 kan tu. Lagu yang memang best gilerr jugaa laa. XD

ARMADA Band adalah nama baru di blantika musik Indonesia. Namun personelnya telah lama berkecimpung di dunia musik Indonesia. Terbentuk di Jakarta di pertengahan bulan Oktober 2007, band yang sebelumnya bernama Kertas ini telah meluncurkan album di tahun 2008 lalu berjudul “Balas Dendam” dengan hits single “Gagal Bercinta”.
Band : Andith (DRUM), Rizal (VOCAL), Endra’ (BASS), Mai (GUITAR) dan Radha (GUITAR). Tahun 2009 pula, Armada band merilis album kedua ‘Hal Terbesar’ dengan single andalan ‘Buka Hatimu’. Tahun 2012 pula merilis album 'Satu Hati Sejuta Cinta'. 


Balas Dendam [Full Album 2008]

Hilang /
Jawab /


Hal Terbesar [ Full Album 2009 ]



Satu Hati Sejuta Cinta [Full Album 2012]


* album baru Armada 2012 ni diolah lagi semula. Kebanyakkannya lagu yang Armada ambik semula dari album lama dorang. Contoh Pemilik Hati, Buka Hatimu. Btw, ada certain je yang Emel suka! Hahaha klik je kalau nak dengar. Okey. Yang lagu Emel tick2 tu memang AWESOME ever laa. Tangkap lentok aa sikit. :D k PEACE.


♥ hidup ini indah tapi tak seindah surga. ingatlah Allah sentiasa ada untuk kita. Amin :') ♥

18 September 2012

♥ semalam telah pergi ♥


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم . السلام عليكم
  

" saya tak mampu untuk sentiasa berada di sisi awak setiap masa. So be strong sis/bro. Ingatlah Allah sentiasa ada "

" tapi saya tak mampu bila perlu keseorangan menahan pahit di dada tanpa diluah " :'(

Allah sentiasa ada untuk umatnya, ayat dia bagi untuk sentiasa kuatkan hati aku.
Harap kau masih ingat sang X kekasih dan kini sahabatku yang jauh. :')

Tipu kalau saya cakap saya tak rindu sahabat-sahabat saya.
Banyak salah silap saya ini.
Saya tak layak untuk digelar sahabat mereka.
Saya sang pemusnah persahabatan.
Mungkin saya selalu disalah ertikan.
Sebab saya selalu buat orang marah.
Bagi siapa pernah saya buat macam tu, korang mesti kenal saya lebih.
Kalian sentiasa ingat saya ker?
Jangan risau kalian sentiasa di ingatan dan dihati.


" ingatlah, ini yang sering aku doakan. Moga di JANNAH nanti kita bertemu kembali.. "
Maaf tu sentiasa ada, walau hati ini sukar untuk memaafkan bila hati sentiasa disakiti.
Jangan pernah membenci diri ini walaupun diri ini cuba untuk membuang kebencian pada diri anda.
Tidak semestinya kebencian tu untuk selamanya.
Berjuanglah selagi masih bernafas.
Berjuang demi Islam.
Yang pergi tetap pergi.
Umur panjang kita berjumpa lagi sayangku semua.
Ada jodoh tidak akan ke mana.
Cinta itu SATU. Semuanya untuk SATU.
Semoga Tuhan berkatimu.
Wahai insan yang bergelar SAHABAT.
Kenangku di dalam doamu.
Wahai Sahabat yang ku kasihi.
Aku rindu adek sha, sahabat lain dan yang selalu disayang. :'))
Maafff.................................
Allahuakbar!!

" Terkadang, ketika kamu sedih, kamu menyendiri. Kerana kamu tahu satu-satunya orang 
yang bisa membuatmu tersenyum kembali adalah dirimu sendiri.. "

Copy photo from  lukisan bercerita 

Si blogger yang hensem --> " Rusydee Artz SELAMAT TINGGAL kalian " promote sikit. Blog yang best! :')


♥ hidup ini indah tapi tak seindah surga. ingatlah Allah sentiasa ada untuk kita. Amin :') ♥

16 September 2012

♥ centerkan tajuk post dan sidebar ♥

Assalamualaikum semua.
Hari ni nak buat tutorial pasala blog!
Hihihihi so tutorial kali ni "cara nak centerkan tajuk post dan sidebar"
Yang macam dalam blog Emel ni.
Tapi blog Emel takde lah sidebar. 
Sebab Emel pakai layout untuk satu page je.
So, check it out!

Cara-cara dia :

1. Log in > Dashboard > Design > Edit HTML
2. Then, tekan ctrl + F dan korang cari kod ni

-> Untuk SIEDEBAR

h2 {

-> Untuk POST TITLE

h3.post-title {

@atau

h4 {

3. Copy kod bawah ni :

text-align:center;

4. Then, PASTE kat bawah kod yang korang cari tadi.
5. Jangan lupa save yek. :D

SIAP!! 

* peringatan, back up semua dulu yang ada dalam edit HTML. Untuk mengelak sebarang kecacatan dalam blog korang. Untuk maklumat lebih lanjut dan lebih faham, ikut je blog akak faizureen ni. Okey.

* SELAMAT MENCUBA KAWAN-KAWAN *


♥ hidup ini indah tapi tak seindah surga. ingatlah Allah sentiasa ada untuk kita. Amin :') ♥