My photo
Malaysia
Having a great name is wonderful feelings i ever had. Nurul Emildza Binti Jaya. Born on May 1991. Live at Kuching Sarawak. Borneo blood. Mix bidayuh malay. Having a suck life but still make it wonderful. No one knows what she's feelings until they know her. If they know. If only the knew the truth. But not inside. the best word for describe her " AKU TABAH BERJALAN SEMBUNYIKAN HARAPAN..." - xoxo

19 December 2011

Belajar bercinta =)


Seseorang yang mencintai kamu, tidak mampu memberikan alasan mengapa dia mencintaimu. Dia hanya tahu, di matanya, kamulah satu-satunya.
Seseorang yang mencintai kamu, sebenarnya selalu membuat kamu marah, gila, sedih atau stress. Tapi dia tidak pernah tahu hal bodoh apa yang sudah dia lakukan, kerana semua yang dia lakukan adalah untuk kebaikan kamu.
Seseorang yang mencintai kamu, jarang memujimu, tetapi di dalam hatinya kamu adalah yang terbaik, hanya dia yang tahu. Seseorang yang mencintai kamu, akan marah-marah atau mengeluh jika kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dia peduli dan dia tidak ingin sesuatu terjadi ke atas diri kamu.
Seseorang yang mencintai kamu, hanya menjatuhkan air matanya di hadapan kamu. Ketika kamu mencuba untuk menghapus air matanya, kamu telah menyentuh hatinya, di mana hatinya selalu berdegup, berdenyut, bergetar untuk kamu.
Seseorang yang mencintai kamu, akan mengingat setiap kata yang kamu ucapkan, bahkan yang tidak sengaja dan dia akan selalu menggunakan kata-kata itu tepat waktunya.
Seseorang yang mencintai kamu, tidak akan memberikan janji apapun dengan mudah, kerana dia tidak mahu mengingkari janjinya. Dia ingin kamu untuk mempercayainya dan dia ingin memberikan hidup yang paling bahagia dan aman selama-lamanya.
Seseorang yang mencintai kamu, selalu memberitahu kamu untuk tidak berfikir terlalu banyak, kerana dia sudah merencanakan semuanya untukmu. Dia ingin memberikan kehidupan yang terbaik di masa mendatang. Dia ingin memberikanmu suatu kejutan, percayalah dia dapat melakukannya.
Seseorang yang mencintai kamu, mungkin tidak mampu mengingat kejadian, kesempatan istimewa, seperti perayaan hari ulang tahun kamu, tapi dia tahu bahawa setiap detik yang dia lalui, dia mencintai kamu, tidak peduli hari apakah hari ini.
Seseorang yang mencintai kamu, tidak mahu berkata ‘aku mencintaimu’ dengan mudah, kerana segalanya yang dia lakukan untuk kamu adalah untuk menunjukkan bahawa dia bersedia mencintai kmu, tetapi hanya dia yang akan mengatakan kata I Love You pada situasi yang istimewa, kerana dia tidak mahu kamu salah mengerti, dia mahu kamu mengetahui bahawa dia benar-benar mencintai dirimu.
Seseorang yang benar-benar mencintai kamu, akan merasa bahawa sesuatu harus dikatakan sekali saja kerana dia berfikir bahawa kamu telah mengerti dirinya. Jika berkata terlalu banyak, dia akan merasa bahawa tidak ada yang akan membuatnya bahagia dan tersenyum.
Seseorang yang mencintai kamu, akan pergi ke lapangan terbang untuk menjemput kamu, dia tidak akan membawa seikat mawar dan memanggilmu sayang seperti yang kamu harapkan. Tetapi, dia akan membawakan beg kamu dan bertanyakan, ‘mengapa kamu menjadi lebih kurus dalam masa dua hari?’ dengan hatinya yang tulus.
Seseorang yang mencintai kamu, tidak tahu apakah dia harus menelefon ketika kamu marah, tetapi dia akan mengirimkan SMS setelah beberapa jam. Jika kamu menanyakan, mengapa dia tidak menelefon, dia akan berkata, ketika kamu marah penjelasan dari dirinya semua hanyalah sampah. Tetapi, ketika kamu sudah tenang, penjelasannya baru akan benar-benar berguna.
Seseorang yang mencintaimu, selalu memanggil kamu dengan sebutan gadis kecil, tapi sewaktu dia menginginkan untuk membuat keputusan besar, dialah orang pertama yang ingin mendengar pandangan dari kamu.
Seseorang yang mencintaimu, akan selalu menyimpan semua benda yang telah kamu berikan, bahkan kertas kecil bertuliskan ‘I LOVE U’ ada di dalam dompetnya.
Seseorang yang mencintai kamu, saat bertengkar, dia akan meminta maaf dengan terus menerus meskipun kamu yang bersalah dan nantinya dia akan mengirimkan SMS kepada kamu – Sayang, sebenarnya itu adalah kesalahan kamu dan kamu sendiri sudah mengetahuinya.
[ Percayakah kamu, bahawa orang yang mencintai kamu akan melakukan perkara seperti di atas?]



♥ hidup ini indah tapi tak seindah surga. ingatlah Allah sentiasa ada untuk kita. Amin :') ♥

2 comments:

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

belajar bercinta daripada pengalaman.. hehe

farahh said...

Cinta itu buta..