My photo
Malaysia
Having a great name is wonderful feelings i ever had. Nurul Emildza Binti Jaya. Born on May 1991. Live at Kuching Sarawak. Borneo blood. Mix bidayuh malay. Having a suck life but still make it wonderful. No one knows what she's feelings until they know her. If they know. If only the knew the truth. But not inside. the best word for describe her " AKU TABAH BERJALAN SEMBUNYIKAN HARAPAN..." - xoxo

20 December 2011

mari bericnta.. =P

Jika ia adalah cinta, ia tidak mendengar…
Namun sentiasa bergetar!Jika ia adalah cinta, ia tidak buta…
Namun sentiasa melihat dan merasa!
Jika ia adalah cinta, ia tidak menyeksa…
Namun sentiasa menguji!
Jika ia adalah cinta, ia tidak memaksa…
Namun sentiasa berusaha!
Jika ia adalah cinta, ia tidak cantik…
Namun sentiasa menarik!
Jika ia adalah cinta, ia tidak datang dengan kata-kata…
Namun sentiasa menghampiri dengan hati!
Jika ia adalah cinta, ia tidak terucap dengan kata-kata…
Namun sentiasa hadir dengan sinar mata!
Jika ia adalah cinta, ia tidak hanya berjanji…
Namun sentiasa cuba memenuhi!
Jika ia adalah cinta, ia mungkin tidak suci…
Namun sentiasa harmoni!
Jika ia adalah cinta, ia tidak hadir kerana permintaan…
Namun hadir kerana ketentuan!
Jika ia adalah cinta, ia tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan…
Namun hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan!

[ Masihkah kamu mengharapkan cinta seseorang yang tak pernah cuba dibuktikannya? Apakah itu yang kamu katakan sebagai sebuah penantian atau kesetiaan, atau ia sekadar sebuah kesia-siaan? Tak ada definisi tentang bagaimana cinta itu, tetapi sebahagian dari cinta itu adalah memberi dan menerima. Tanyakan kepada diri kamu; andai kamu sudah memberi, sudahkah kamu menerima? ]



♥ hidup ini indah tapi tak seindah surga. ingatlah Allah sentiasa ada untuk kita. Amin :') ♥

19 December 2011

Belajar bercinta =)


Seseorang yang mencintai kamu, tidak mampu memberikan alasan mengapa dia mencintaimu. Dia hanya tahu, di matanya, kamulah satu-satunya.
Seseorang yang mencintai kamu, sebenarnya selalu membuat kamu marah, gila, sedih atau stress. Tapi dia tidak pernah tahu hal bodoh apa yang sudah dia lakukan, kerana semua yang dia lakukan adalah untuk kebaikan kamu.
Seseorang yang mencintai kamu, jarang memujimu, tetapi di dalam hatinya kamu adalah yang terbaik, hanya dia yang tahu. Seseorang yang mencintai kamu, akan marah-marah atau mengeluh jika kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dia peduli dan dia tidak ingin sesuatu terjadi ke atas diri kamu.
Seseorang yang mencintai kamu, hanya menjatuhkan air matanya di hadapan kamu. Ketika kamu mencuba untuk menghapus air matanya, kamu telah menyentuh hatinya, di mana hatinya selalu berdegup, berdenyut, bergetar untuk kamu.
Seseorang yang mencintai kamu, akan mengingat setiap kata yang kamu ucapkan, bahkan yang tidak sengaja dan dia akan selalu menggunakan kata-kata itu tepat waktunya.
Seseorang yang mencintai kamu, tidak akan memberikan janji apapun dengan mudah, kerana dia tidak mahu mengingkari janjinya. Dia ingin kamu untuk mempercayainya dan dia ingin memberikan hidup yang paling bahagia dan aman selama-lamanya.
Seseorang yang mencintai kamu, selalu memberitahu kamu untuk tidak berfikir terlalu banyak, kerana dia sudah merencanakan semuanya untukmu. Dia ingin memberikan kehidupan yang terbaik di masa mendatang. Dia ingin memberikanmu suatu kejutan, percayalah dia dapat melakukannya.
Seseorang yang mencintai kamu, mungkin tidak mampu mengingat kejadian, kesempatan istimewa, seperti perayaan hari ulang tahun kamu, tapi dia tahu bahawa setiap detik yang dia lalui, dia mencintai kamu, tidak peduli hari apakah hari ini.
Seseorang yang mencintai kamu, tidak mahu berkata ‘aku mencintaimu’ dengan mudah, kerana segalanya yang dia lakukan untuk kamu adalah untuk menunjukkan bahawa dia bersedia mencintai kmu, tetapi hanya dia yang akan mengatakan kata I Love You pada situasi yang istimewa, kerana dia tidak mahu kamu salah mengerti, dia mahu kamu mengetahui bahawa dia benar-benar mencintai dirimu.
Seseorang yang benar-benar mencintai kamu, akan merasa bahawa sesuatu harus dikatakan sekali saja kerana dia berfikir bahawa kamu telah mengerti dirinya. Jika berkata terlalu banyak, dia akan merasa bahawa tidak ada yang akan membuatnya bahagia dan tersenyum.
Seseorang yang mencintai kamu, akan pergi ke lapangan terbang untuk menjemput kamu, dia tidak akan membawa seikat mawar dan memanggilmu sayang seperti yang kamu harapkan. Tetapi, dia akan membawakan beg kamu dan bertanyakan, ‘mengapa kamu menjadi lebih kurus dalam masa dua hari?’ dengan hatinya yang tulus.
Seseorang yang mencintai kamu, tidak tahu apakah dia harus menelefon ketika kamu marah, tetapi dia akan mengirimkan SMS setelah beberapa jam. Jika kamu menanyakan, mengapa dia tidak menelefon, dia akan berkata, ketika kamu marah penjelasan dari dirinya semua hanyalah sampah. Tetapi, ketika kamu sudah tenang, penjelasannya baru akan benar-benar berguna.
Seseorang yang mencintaimu, selalu memanggil kamu dengan sebutan gadis kecil, tapi sewaktu dia menginginkan untuk membuat keputusan besar, dialah orang pertama yang ingin mendengar pandangan dari kamu.
Seseorang yang mencintaimu, akan selalu menyimpan semua benda yang telah kamu berikan, bahkan kertas kecil bertuliskan ‘I LOVE U’ ada di dalam dompetnya.
Seseorang yang mencintai kamu, saat bertengkar, dia akan meminta maaf dengan terus menerus meskipun kamu yang bersalah dan nantinya dia akan mengirimkan SMS kepada kamu – Sayang, sebenarnya itu adalah kesalahan kamu dan kamu sendiri sudah mengetahuinya.
[ Percayakah kamu, bahawa orang yang mencintai kamu akan melakukan perkara seperti di atas?]



♥ hidup ini indah tapi tak seindah surga. ingatlah Allah sentiasa ada untuk kita. Amin :') ♥

18 December 2011

Siapa PEREMPUAN di sisi LELAKI.


Hawa atau perempuan itu tercipta dari tulang rusuk Adam atau lelaki. Tafsirannya, tidak ingin menempatkan kaum perempuan setara dengan lelaki, tapi tetap menginginkan kaum perempuan sebagai pendamping.
Kenapa dari tulang rusuk? Kenapa tidak tulang lain? Jawapannya, kerana kedudukan tulang rusuk berada di tengah-tengah, tidak di atas atau di bawah. Jika dari tulang kaki, ertinya perempuan akan dipijak-pijak oleh lelaki. Kalau tulang kepala, maka perempuan pula akan menguasai lelaki. Itulah sebabnya digunakan tulang rusuk yang letaknya di kawasan dada, antara kepala dan kaki.
Tulang rusuk itu pembentuk rongga dada yang berfungsi sebagai pelindung hati [penjaga hati]. Kamu tahu bahawa hati adalah pengatur perilaku seseorang. Baik buruknya seseorang ditentukan oleh hatinya. Jadi perempuan pengaja hati lelaki.
Jika perempuan itu berasal dari tulang rusuk lelaki, maka bererti ada tulang rusuk lelaki yang hilang. Bermakna lelaki menjadi tidak lengkap. Rongga dada pelindung hatinya tidak kukuh. Hal ini akan membuat hatinya menjadi tidak tenang, resah, dan tidak menentu. Agar hati dapat dilindungi, agar fikiran juga menjadi tenang, dan bersemangat untuk melakukan kerja, maka tulang rusuk yang hilang itu harus dicari!
Dalam mencari tulang rusuk yang hilang itu, bagaimana hendak membuat penilaian? Kamu lihat saja begini, apabila penawaran banyak, permintaan rendah, harga akan turun! Penawaran sedikit, permintaan tinggi, harga akan naik!
Berkaitan dengan ‘harga’ keindahan seorang perempuan dilihat dari caranya berpakaian. Maka bila perempuan berpakaian kurang kain, maka banyaklah ‘barang’ yang ditampilkannya. Semakin banyak yang ditampilkan maka semakin rendah harganya. Yang harganya mahal sesuatu yang yang belum ditampilkannya. Jika terlihat telapak kaki, maka yang berharga mahal adalah betis, jika terlihat betis, maka yang mahal dan adalah paha! Apabila sudah terbuka semua, mungkin tidak ada lagi yang indah!
Namun keindahan seorang perempuan tidak hanya dilihat dari sesuatu yang bersifat luaran, tapi juga dalamannya. Bukan hanya sesuatu yang dapat dilihat, tapi bukan dengan mata kasar. Sesuatu yang dapat dirasa, tapi mungkin tidak dapat diraba.
Setelah pilihan ditemui, ertinya tulang rusuk telah dipasang pada tempatnya, tetapi tetap akan ada persoalan yang datang. Lelaki kadang-kadang bingung bagaimana menghadapi persoalan dengan perempuan. Jika dimarahi tidak sesuai, namun jika didiamkan juga tidak boleh.
Tulang rusuk itu bentuknya bengkok dan jika dibiarkan saja, maka ia semakin lama akan semakin membengkok. Tapi jika dibetulkan dengan keras, maka ia akan langsung patah – begitulah perempuan. Kadang-kadang lelaki memang tidak tahu bagaimana harus menghadapinya. Mungkin ada dari sikap perempuan yang menurut penilaian lelaki tak boleh diterima, yang jika didiamkan saja akan membuat perempuan semakin menjadi-jadi. Namun jika dimarahi, dia akan patah atau rosak. Jadi caranya harus dengan kelembutan dan kesabaran. Namun jika ternyata dengan cara itu juga tidak dapat diatasi, lepaskan saja dia dengan baik-baik…
[ Mengapa kaum perempuan mesti disayangi? Kerana memang mereka diciptakan di dunia ini untuk disayangi.... ]

♥ hidup ini indah tapi tak seindah surga. ingatlah Allah sentiasa ada untuk kita. Amin :') ♥

17 December 2011

INILAH LELAKI!!


Jika kamu melayaninya dengan baik, dia fikir kamu jatuh cinta padanya. Jika tidak, kamu akan katanya sombong.
Jika kamu berpakaian cantik, dia fikir kamu sedang mencuba untuk menggodanya. Jika tidak, dia akan kata kamu out-of-date!
Jika kamu berdebat dengannya, dia kata kamu keras kepala. Jika kamu tetap diam, dia akan kata kamu tak punya otak.
Jika kamu lebih bijak daripada dia, dia akan kehilangan muka. Jika dia yang lebih bijak, dia akan kata dia paling hebat.
Jika kamu tidak cinta kepadanya, dia akan mencuba mendapatkan kamu. Jika kamu mencintainya, dia akan cuba untuk meninggalkanmu.
Jika kamu beritahu dia masalah kamu, katanya kamu menyusahkan. Jika tidak, dia akan kata kamu tidak mempercayai mereka.
Jika kamu cerewet pada dia, katanya kamu seperti seorang pengasuh baginya. Tapi jika dia yang cerewet pada kamu, katanya itu kerana dia prihatin.
Jika kamu melanggar janji kamu, katanya kamu tidak boleh dipercaya. Jika dia yang ingkari janjinya, dia kata dia melakukannya kerana terpaksa.
Jika kamu merokok, katanya kamu adalah gadis liar! Tapi kalau dia yang merokok, katanya dia adalah seorang gentleman, wahhhhh sengalnyer!
Jika kamu menyakitinya, katanya kamu perempuan kejam. Tapi jika dia yang menyakiti kamu, katanya itu kerana kamu terlalu sensitif dan terlalu sulit untuk dibahagiakan.
Jika kamu mengirimkan semua ini kepada lelaki, mereka pasti bersumpah bahawa semua pernyataan ini tidak benar. Tapi jika kamu tidak mengirimkankan pernyataan ini kepada mereka, mereka akan bilang kamu egois.

[ Jadi… kirimkan pernyataan ini kepada semua teman lelaki kamu - yang special mahupun yang biasa-biasa di luar sana dan juga kepada semua teman sekaum kamu untuk berkongsi tawa bersama. ]





♥ hidup ini indah tapi tak seindah surga. ingatlah Allah sentiasa ada untuk kita. Amin :') ♥

16 December 2011

Mencinta?


Bertahun-tahun yang lalu, kamu berdoa kepada Tuhan agar memberi kamu pasangan hidup.
[ “Kamu tidak memiliki pasangan kerana kamu tidak memintanya.” ]
Kamu bukan saja meminta kepada Tuhan, tetapi kamu turut menjelaskan ciri-ciri pasangan yang kamu inginkan. Kamu menginginkan pasangan yang baik hati, lembut, mudah memaafkan, hangat, jujur, penuh dengan damai dan sukacita, murah hati, penuh pengertian, pintar, kelakar, penuh perhatian. Kamu juga tak lupa memberikan ciri-ciri fizikal pasangan idaman kamu tersebut.
Seiring dengan berubahnya waktu, kamu terus menambahkan senarai ciri-ciri yang kamu inginkan tentang pasangan idaman kamu itu.
Suatu malam, di dalam doa, Tuhan berkata dalam hati kamu;
[ “Hamba-KU, AKU tidak dapat memberikan apa yang kamu inginkan.”
Kamu bertanya, “Mengapa Tuhan?”
Dan DIA menjawab, “Kerana AKU adalah Tuhan dan AKU adalah Adil. AKU adalah Kebenaran dan segala yang AKU lakukan adalah benar.”
Kamu bertanya lagi, “Tuhan, aku tidak mengerti mengapa aku tidak memperolehi apa yang aku minta dari-MU?”
Jawab Tuhan, “AKU akan menjelaskannya kepada kamu… adalah satu ketidak-adilan dan ketidak-benaran bagi-KU untuk memenuhi keinginanmu kerana AKU tidak dapat memberikan sesuatu yang bukan seperti kamu. Tidaklah adil bagi-KU untuk memberikan seseorang yang penuh dengan cinta dan kasih kepada kamu jika terkadang kamu masih kasar, atau memberikan seseorang yang pemurah tetapi kamu masih kejam, atau seseorang yang mudah mengampuni tetapi engkau sendiri masih suka menyimpan dendam, seseorang yang sensitif, namun engkau sendiri tidak…”
Kemudian DIA berkata lagi kepada kamu, “Adalah lebih baik jika AKU memberikan kepada kamu seseorang yang AKU tahu dapat menumbuhkan segala kualiti yang kamu cari selama ini daripada membuat kamu membuang waktu mencari seseorang yang sudah mempunyai semua itu. Pasangan kamu akan berasal dari tulang dan daging kamu, dan kamu akan melihat diri kamu sendiri di dalam dirinya dan kalian berdua akan menjadi satu.” ]
Pernikahan itu ibarat institusi pengajian – suatu pendidikan jangka panjang. Pernikahan adalah tempat di mana kamu dan pasangan akan saling menyesuaikan diri dan bukan hanya bertujuan untuk menyenangkan hati antara satu sama lain, tetapi untuk menjadikan kalian manusia yang lebih baik, dan bekerjasama. [ “AKU tidak memberikan pasangan yang sempurna kerana kamu tidak sempurna. AKU memberikan kamu seseorang yang dapat berkembang bersama kamu.” ]



♥ hidup ini indah tapi tak seindah surga. ingatlah Allah sentiasa ada untuk kita. Amin :') ♥

15 December 2011

Hargailah insan yang menyayangimu


Dunia ini tidak selalunya indah, itulah sebuah hakikat di dalam kehidupan ini. Ada kalanya kita berada di dalam kesenangan, ada masanya pula kita akan berasa kesusahan. Yang lebih menyedihkan lagi, kesenangan itu hanyalah dirasa dalam masa yang singkat sahaja dan kesusahan dirasa dalam masa yang agak lama.

Setiap insan di muka bumi pasti ingin disayangi dan dihargai, begitu juga untuk menyayangi dan menghargai. Tetapi sudah menjadi lumrah kehidupan apabila kita disayangi, kita lupa untuk menghargainya buat masa yang panjang ataupun buat selama-lamanya. Bila sudah disayangi, kita berasa senang dan gembira selalu apabila hidup kita diambil berat oleh orang lain. Tetapi benar-benarkah kita menghargainya?

Hargailah insan yang menyayangimu walaupun dia bukan insan yang kamu pilih untuk disayangi, kerana dia juga mempunyai hati dan perasaan untuk dihargai. Walaupun tidak setinggi gunung penghargaan yang kamu beri, cukuplah sekadar mengjaga hati dan perasaannya. Sesungguhnya ia lebih bermakna daripada wang ringgit.

Kehidupan ini hanyalah sementara, setiap yang hidup pasti akan berakhir jua. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Itulah ungkapan yang sering kita dengar, tetapi adakah kita benar-benar menghayatinya? Tidak jawapanya untuk jangka masa yang lama, ya dalam jangka masa yang singkat. Kita tidak pernah sedar akan hakikat itu, tetapi bersyukurlah jika kita diberi ingatan yang kukuh mengenainya.

Kasih sayang seseorang bukan barang atau objek untuk dimainkan, tetapi ianya adalah satu kurniaan tuhan yang perlu kita hargai dan hormati. Tetapi bukanlah kita perlu berlaku hipokrit, atau berlakon semata-mata untuk menghargai seseorang. Hargailah dan hormatilah dia dengan seikhlas hati kamu. Jangan sesekali menyakiti hatinya, kerana sudah pasti dia rasa tidak dihargai.

Ingatlah selalu bahawa kehidupan ini tidak selalunya mudah untuk kita lalui, tambahan pula dalam membina sebuah perhubungan. Antara dua insan pasti ada yang ketiganya, hargailah dan hormatilah insan yang menyayangimu sentiasa. Jangan sesekali melukakan hatinya, kerana dia insan yang patut kamu hargai.

Entri ini adalah sekadar bingkisan sebuah hati daripada seorang insan, tapi untuk membuka mata insan2 lain agar bisa menghargai insan yang ada sekarang.

sekian.. =)


" mungkinkah hatiku milikmu jua, ku sayang padamu... =) "


♥ hidup ini indah tapi tak seindah surga. ingatlah Allah sentiasa ada untuk kita. Amin :') ♥

KONGSI CERITA JAP!


KORANG FAHAM TAK APA MAKSUD DISEBALIK LAGU KISAH DONGENG YANG STACY BAWA???????

Kalau faham baguslaahhhh....hahaaahha

aku akui, aku takla cantek manapuunnnn....aku takla selawa manapuunnn....takla kurus manapuunnn.....takla menarik sgt punnnn........takla seindah manapunnn...takla sepandai manapuunnn.....TAPI!!AKU TETAP MANUSIA, YANG PUNYA PERASAAN UNTUK DISAYANGI!UNTUK DICINTAIII!!!ALA MACAM LAGU STACY TUU,




"Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja "



Bagi dia, hal itu takkan berlaku, hanya sekadar kisah dongeng..ya betull!!itu aku rasakan sebelum aku jumpa seseorang yang amat beerti dlm hidup aku.

lagu ni dulu mencerminkan siapa aku sebelum aku kenal dia.tapi sekarang,tiada lagi KISAH DONGENG untuk aku.
Aku bersyukur aku dihadir kan insan yang sanggup menerima aku seadanya.
COBA LETAKKAN DIRI KAMU DALAM DIRI AKU!!HANYA AIRMATA JADI PENEMAN SEPANJANG HIDUP!
Tapi sekarang?aku bahagia.INSHALLAH.tak lihat ker kegembiraan di wajah aku??aku kecapi kebahagiaan itu, aku hargai apa yang ALLAH telah bagi kepadaku.Allah beri peluang untuk aku merasa kebahagiaan yang tak pernah aku merasa sebelum ni, maksud aku, bercinta..Hanya Allah yang bisa pisah kan kami!!!Selagi ku bernyawa, dia tetap milikiku hingga akhir hayat.MENGERTILAHH!!!!AMIN... :')

DOA UNTUK KEKASIH

Ya Allah,…Seandainya telah Engkau catatkan..
Dia milikku tercipta buatku,Satukanlah hatinya dengan hatiku.
Titipkanlah kebahagian antara kami, agar kemesraan itu abadi.

Dan Ya Allah…ya tuhanku yang maha mengasihi…
seiringkanlah kami melayari hidup ini ketepian yang sejahtera dan abadi.
Tetapi ya Allah, sekiranya engkau telah takdirkan dia bukan milikku, bawalah ia jauh dari pandanganku,.
Luputkanlah ia dari ingatanku. Dan peliharalah aku dari kekecewaan.

Serta ya Allah ya Tuhanku Yang Maha Mengerti, berikanlah aku kekuatan.
Melontar bayangannya jauh ke dada langit.
Hilang bersama senja nan merah,agar aku bahagia, walaupun tanpa bersama dengannya.
Dan ya Allah yang tercinta, gantilah yang telah hilang.
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah.
Walaupun tidak sama dengan dirinya.

Ya Allah ya Tuhanku….
pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu..sesungguhnya apa yang telah
Engkau takdirkan adalah yang terbaik buatku kerana
Engkau Maha Mengetahui segala yang terbaik buat hamba Mu ini..

Ya Allah…
cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan diakhirat.
Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang daif ini…
Jangan Engkau biar kan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat..
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran..
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman,
supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup ke jalan yang engkau redhai.
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh.

Amin…….Ya Rabbal A’lamin..



JANGAN ADA YANG DENGKI KERANA KAMI.KAMI HANYA LAH PASANGAN YANG BIASA.SAMA MACAM KAMU SEMUA.AKU SEDAR AKU BUKAN SIAPA.TAPI AKU JUGA MANUSIA YANG SAMA MACAM KALIAN JUGA.INI KEBAHAGIAANKU, DOAKANLAH YANG TERBAIK.RESTU DARI KALIAN KAMI HARAPKAN..AMIN.. :')


♥ hidup ini indah tapi tak seindah surga. ingatlah Allah sentiasa ada untuk kita. Amin :') ♥

14 December 2011

saya happyyyy kaa????????

ini yang saya rasa sekarangggg.hahahhhaha


SAYA HAPPYYY, MCM NI LAH WAJAH SAYAAA.HAHAAHHAHAAH

KALAU BOLEH SAYA NAK GELAKKKKKKK!!!

MACAM NIIIII....


TAPI KAANNNNNNN????????? SAYA RIIINNNDUUUUUUUU DDIIIAAAA!!!!!! =(


SAYA RINDU AWAK SANGAT2 LAAAAAA SAYANNGGG.... :')
♥ hidup ini indah tapi tak seindah surga. ingatlah Allah sentiasa ada untuk kita. Amin :') ♥

12 December 2011

kecewa!!!


I'M A FRUSTRATED LADY RITE NOWWWWWW!!!!!




can i cry?????????? EVERY MINUTE, EVERY SECOND AND EVERY HOURRRRRRRRRRRRRR!!!!
♥ hidup ini indah tapi tak seindah surga. ingatlah Allah sentiasa ada untuk kita. Amin :') ♥

10 December 2011

ini yang saya rasa sekarang ='(




kesedihan mengelam hancurkan semua sendi jiwa.
sejauh memandang hanya airmata
hilang sudah segala teori ketabahan

kepengecutanku berharap ini mimpi
tapi gigitan sang malam bisa nyata kudengar
tak ada yang bisa kulakukan,
hanya berdoa...
TUHAN...KUATKAN AKU!





♥ hidup ini indah tapi tak seindah surga. ingatlah Allah sentiasa ada untuk kita. Amin :') ♥

09 December 2011

biarlah rahsia......................





[Verse 1]
Pernahkah Kau Bermimpi Seketika
Berada Di Tempatku
Membayangkan Pahit Manis Berlaku
Entah Siapa Yang Tahu

[Verse 2]
Mungkin Nanti Kau Jua Merasakan
Berdepan Dengan Kata Menyesakkan
Takkan Tugumu Kebal
Tiada Pertimbangan

[Chorus]
[ Lyrics from: http://www.lyricsmode.com/lyrics/s/siti_nurhaliza/biarlah_rahsia.html ]
Keheningan Malam Membangunkan
Kepayahan Jiwa Meluahkan
Andai Kau Jujur Memahami
Tiadaku Menjauhi

Dan Kisahku Yang Masih Panjang
Menambahkan Berat Yang Memandang
Lantas Ku Pendam
Ku Putuskan Biarlah Rahsia

[Bridge]
Semakin Aku Hidup Dalam Cinta
Tiada Kuasa Mampu Menghalangnya
Hentikan Kata Kata
Bertulangkan Dusta

[Ulang chorus]

Pernahkah Kau Bermimpi Seketika
Berada Di Tempatku

*lagu ni bukan untuk yang saya cinta.tapi untuk yang saya sayang selamanya.tiada ganti dlm hidup saya.yang menjaga saya sejak dari kecil hingga saya sekarang.Kadang2 kehidupna yang bahagia saya impikan.Kenapa perlu jadi begini?biarlah rahsia...sesuai untuk saya ungkapkan dengan cara begini*

DAN PERNAH KAH KAU BERMIMPI SEKETIKA BERADA DI TEMPAT KU :')

P/S luahan hati seorang teman kepada saya.apa pendapat anda semua?
♥ hidup ini indah tapi tak seindah surga. ingatlah Allah sentiasa ada untuk kita. Amin :') ♥

07 December 2011

Bertunang Tanpa Ibu Bapa

Jika seorang lelaki menyatakan hasrat kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri dan wanita itu bersetuju, adakah ia dikira bertunang walaupun ibu bapa perempuan itu belum tahu atau tidak kenal pihak lelaki?

Jawapan

Makna pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan berkata setuju, maka perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut.

Contohnya apabila seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan, "Aku ingin jadikan kamu sebagai isteriku."

"Kahwin la dengan kita bila-bila," jawab perempuan tersebut.

Maka dari segi hukum syarak, tatkala pihak perempuan itu bersetuju, dia telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut; walaupun ia disebut dalam telefon.

Jadi, haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika hal itu diketahui. Namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk meminang itu tidak tahu, maka ia tidak haram.

Bagaimana dengan kebiasaan orang Melayu yang menghantar rombongan meminang untuk lelaki meminang perempuan?

Ia hanyalah adat Melayu, dan tiada kena mengena dengan hukum Islam. Antara hukum Islam dan hukum adat, mana satu lebih penting?

Namun tiada masalah dengan adat Melayu itu, cuma dari segi hukum Islam, bertunang itu adalah apabila seorang perempuan itu bersetuju dengan hasrat pihak lelaki untuk menjadikannya seorang isteri.

Bagaimana Jika Perempuan Itu Ketiadaan Ibu Dan Ayah?

Mengikut hukum syarak, jika perempuan itu persetujuannya sudah diizinkan oleh syarak seperti perempuan yang cerdik, yang sudah baligh dan sebagainya, ia sudah dianggap bertunang jika dia bersetuju dengan pelawaan lelaki yang menyatakan hasrat mengahwininya.

Apabila perempuan itu persetujuannya tidak menepati hukum syarak seperti belum baligh, gila dan lain-lain, maka wali diperlukan untuk menjawab 'pinangan' tersebut

Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati kerana kita boleh menjadi tunang orang tanpa kita sedar. Pastinya ramai yang tidak tahu dan perasan akan hakikat ini.






♥ hidup ini indah tapi tak seindah surga. ingatlah Allah sentiasa ada untuk kita. Amin :') ♥

04 December 2011

The Twilight Saga: Breaking Dawn - Part 1


synopsis

The highly anticipated fourth installment of The Twilight Saga, directed by Academy Award® winner Bill Condon, "The Twilight Saga: Breaking Dawn - Part 1" reveals the mysteries of this romantic epic that has entranced millions.

In "The Twilight Saga: Breaking Dawn - Part 1," Bella (Kristen Stewart) and Edward (Robert Pattinson), plus those they love, must deal with the chain of consequences brought on by a marriage, honeymoon, and the tumultuous birth of a child… which brings an unforeseen and shocking development for Jacob Black (Taylor Lautner).

With more of the romance, passion, intrigue and action that made "Twilight," "The Twilight Saga: New Moon" and "The Twilight Saga: Eclipse" worldwide blockbusters, "The Twilight Saga: Breaking Dawn - Part 1," based on Stephenie Meyer’s bestselling book series, begins the conclusion of the tale of vampire love, boundless friendship, acceptance, and finding your true self.

Stephenie Meyer is a worldwide publishing phenomenon. The translation rights for her four "Twilight" novels have been sold in nearly 50 countries and 116 million copies have been sold worldwide. Her books have been on the bestseller list for over 142 weeks, and counting.

The first of a two-part adaptation, "The Twilight Saga: Breaking Dawn - Part 1" is directed by Bill Condon ("Dreamgirls," "Gods and Monsters") from a screenplay by Melissa Rosenberg, based on the novel "Breaking Dawn" by Stephenie Meyer.


if you want more, and wanna know more about it, just watch this movei!SUPERBB!!!OKEY ;)
♥ hidup ini indah tapi tak seindah surga. ingatlah Allah sentiasa ada untuk kita. Amin :') ♥

01 December 2011

kegiatan menyihat kan di rumah SHAHIOCHAE

Boleh ker saya tidur tak sedar?


pastu saya makan makan makan makan makan dan terus makan!


dan saya minum minum minum minum minum dan terus minum!!


bila semua kegiatan tu saya dah buat, akhirnya saya onlineee....!!HAHAHHAH!


boring laaa cerita kat tv!tah pa2..dgn wajah blur saya tonton jugaaaaaakkk!!!waaaaaaaaaarrr!!



dan akhir kata aku memblogging jugaaakkk!!!


jum ketawa sepuas2 hatii!!!untuk hilangkan BORING!!!


♥ hidup ini indah tapi tak seindah surga. ingatlah Allah sentiasa ada untuk kita. Amin :') ♥