My photo
Some days are just bad days, that's all. It's sad to know I'm done. Tears come from the heart and not from the brain. The good times of today, are the sad thoughts of tomorrow. Let my soul smile through my heart and my heart smile through my eyes, that I may scatter rich smiles in sad hearts.... - emildzajayy

02 July 2011

Cara mudah muhasabah diri



Untuk itu sebaiknya kita tahu bagaimana kita mahu muhasabah diri. Mulakannya dengan cara yang lebih mudah supaya sedikit demi sedikit diri kita lebih menyayangi Allah, Nabi Muhammad SAW, kitab al-quran dan agama kita.

Ingat Allah

Perkara pertama yang kita wajib buat sebagai orang islam selepas mengangkat tauhid kita dalam ucapan syahadah dalam rukun islam dan yang pertama dalam ketertiban rukun iman.

Perbanyakkan zikir sama ada zikir lisan mahu pun zikir hati – tasbih, tahmid, tahlil dan takbir.

Aku akui sejak mengamalkannya dan memakai, segala urusan harian menjadi semakin mudah mahu pun didalam perniagaan aku. Yang paling mudah untuk aku amalkan ialah sentiasa melakukan zikir hati.

Lakukannya dalam melakukan apa sekali pun. Boleh lakukan ketika bersembang, boleh lakukan ketika mandi dan juga boleh lakukan ketika masak daging kebab.

Solat

Sesiapa sahaja yang mengaku umat islam boleh melakukan solat tetapi adakah solat kita dapat menghalang kejadian keji dan mungkar?

Sabda Rasulullah SAW bermaksud,

Solat itu adalah tiang agama. Maka sesiapa yang mendirikannya, sesungguhnya ia menegakkan agamanya dan sesiapa yang meninggalkannya ia telah merobohkan agamanya.

Renungkan sabda tersebut dan bandingkan apa yang berlaku disekeliling kita pada hari ini. Bukankah apa yang berlaku pada masa ini ada sangkut paut dengan apa yang kita lakukan setiap hari? Tepuk dada tanya iman.

Dan dirikanlah solat untuk menyebut dan mengingati-Ku – Thoha: 14.

Solat juga merupakan titik tolak atau penanda aras sama ada kita mengingati Allah atau tidak. Solat 5 waktu adalah wajib jika kita melakukan banyak solat-solat sunat, maka kita semakin mengingati Allah.

Insya allah, kita semakin dekat dengan Allah sehingga apabila ada yang menyebut perkataan Allah atau mendengarnya sudah meremang satu badan!

Selawat

Sesiapa yang rajin berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW, dia dianggap kekasih kepada kekasih Allah.

Menurut petua mencuci hati dari Datuk Dr Haji Fadzillah Kamsah,

Selawatlah ke atas nabi sekurang-kurangnya 100 kali sebelum tidur. Ia merupakan pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki dan orang akan sayangkan kita.

Tip mudah yang aku tulis disini adalah dari rujukan pembacaan buku-buku ilmiah dan dari pengalaman diri ketika mengamalkannya. Bergantung kepada setiap hati masing-masing.

Tarikat Allah ada banyak, jika dapat salah satu jalannya sudah cukup untuk memahami antara pro dan kontra ilmu ketuhanan. Tapi dalam masa yang sama jangan menidakkan ilmu-ilmu sedia ada selagi ia tidak lari dari landasannya yakni dari rujukan al-quran dan sunnah nabi.

Amalkan ilmu tersebut supaya mendapat hidayah seterusnya yang lebih seronok untuk kita jelajahi. Semakin kita ingat Allah, semakin banyak rahsia Allah yang kita ketahui. Insya allah, aku akan kongsikan ilmu-ilmu berguna untuk kita amalkan demi kebaikan menuju ke jalan Allah pada masa akan datang.

Bagaimana cara kamu bermuhasabah diri?
♥ hidup ini indah tapi tak seindah surga. ingatlah Allah sentiasa ada untuk kita. Amin :') ♥

4 comments:

farahh said...

muhasabah lah dirimuuu... (:

nurul emildza bt jaya said...

aoklaa..... huhuhu sedihh woo..

farahh said...

ayihhh. sabarrrr. (;

nurul emildza bt jaya said...

sabar lahh tok.. hahah