My photo
Malaysia
Having a great name is wonderful feelings i ever had. Nurul Emildza Binti Jaya. Born on May 1991. Live at Kuching Sarawak. Borneo blood. Mix bidayuh malay. Having a suck life but still make it wonderful. No one knows what she's feelings until they know her. If they know. If only the knew the truth. But not inside. the best word for describe her " AKU TABAH BERJALAN SEMBUNYIKAN HARAPAN..." - xoxo

24 February 2011

kisah lucu yang tak lah lucu sangat kan . ahahah !!!


Ujian Darah

Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Amin.

Shan : Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah terpotong jari saya.
Mendengarkan penjelasan Amin, Shan pula menangis.
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing...

tersalah potong habis






Anak yang baik

Dua orang wanita yang sudah lama tidak berhubung akhirnya bertemu di sebuah pasar.. Mereka masing-masing bercerita tentang keluarganya....

Wanita 1: "Aku ada seorang anak lelaki yang kelakuannya sangat sempurna"

Wanita 2: "Apakah dia merokok?"

Wanita 1: "Oh, tidak!...tidak sama sekali!"

Wanita 2: "Dia kekadang minum bir?"

Wanita 1: "Oh, tidak! Dia anak yang baik-baik"

Wanita 2: "Dia kuat bersosial... dan selalu pulang larut malam ke rumah?"

Wanita 1: "Tidak pernah sama sekali! Namanya juga anak terbaik dalam keluarga"

Wanita 2: "Wah, nampaknya dia betul-betul anak lelaki yang sempurna, berapa usianya?"

Wanita 1: "Minggu depan akan genap usianya enam bulan!"





Bijirin

Udin disiapkan sarapan pagi bijirin dengan susu oleh ibunya. Mmg setiap hari ibunya akan menyediakan bijirin sebagai sarapan Udin.
Udin yang mempunyai aquarium, berjalan ke arah aquarium dengan segenggam bijirin di tangan, dia berniat memberikan bijirin tersebut untuk makanan ikan-ikan di dalam aquarium.
ketika Udin nak berikan bijirin, ibunya masuk ke ruang makan.

Si ibu: "Udin, jangan kamu berikan bijirin itu kepada ikan. Nanti ikan semuanya akan mati".

Dengan wajah pucat Udin menjawab, "Habis tue, kenapa Ibu bagi bijirin ini kepada saya?ibu nak bunuh sy ker?".

Si ibu: Bertuah punya anak!!
♥ hidup ini indah tapi tak seindah surga. ingatlah Allah sentiasa ada untuk kita. Amin :') ♥

3 comments:

kau kesah ke?? said...

hehehe bolh tahan lawak.

:: Nonoy :: said...

hahahahahahaha!! tetak jak lok~ ;)

nurul emildza bt jaya said...

kau kesah ke, lawak lah jugak. hahaah !!

noy, tetak jak sia .. hihihihi