My photo
Some days are just bad days, that's all. It's sad to know I'm done. Tears come from the heart and not from the brain. The good times of today, are the sad thoughts of tomorrow. Let my soul smile through my heart and my heart smile through my eyes, that I may scatter rich smiles in sad hearts.... - emildzajayy

16 February 2011

Denyut Kasih Medik


Denyut Kasih Medik .............



Denyut Kasih Medik merupakan sabuah novel yang ditulis oleh seorang doktor perubatan yang bernama Dr Farhan Hadi iaitu suami kepada Fatimah Syarha Mohd Noordin iaitu seorang novelis dan juga pensyarah universiti malaya. Didalam buku ini mengandungi 6 bab yang terdiri daripada Langkah Bermula, Cabaran Ortopedik, Sepak Terajang Jabatan Perubatan Am, Merempuh Badai Obstetrik, Gynecology, Surgery, Wanita dan Si Dia dan diakhiri dengan selembar fitrah di pediatrik, N.I.C.U dan Maternity.


Menurut sinopsis novel ini, ia merupakan kisah perjuangan seorang doktor muda mengaplikasikan syariat di hospital ketika bergelar doktor pelatih(houseman). Ia juga kisah masyarakat kerana menyentuh isu-isu perubatan dalam kehidupan masyarakat. Bukan itu saja, ia kisah seorang pemuda yang hidupnya sarat impian dan cita-cita. Lebih menarik, ia bukan hanya menyentuh fiqh perubatan bahkan turut menyelitkan fiqh wanita dan cinta. Nikmatilah satu kisah indah yang sungguh membina, Denyut Kasih Medik.


Komen salah seorang yang baca novel ni:

Bagi aku tentang novel nie, ada banyak unsur nasihat ada juga panduan terutamanya untuk para doktor, para wanita dan juga lelaki. Terdapat juga penerangan hukum dan soal jawab dalam buku ini, doa-doa untuk diamalkan. Buku ini banyak menceritakan pengalaman sebagai seorang bakal doktor. Rupanya memang susah dalam menjadi seorang doktor pelatih, bila baca novel nie aku dapat rasakan macam aku berada dalam situasi dia. Perlukan banyak kesabaran dalam melayan kerenah pesakit, doktor, kawan dan orang atasan. Plot buku ini mendatar kerana banyak diceritakan pengalaman dan tiada plot yang suspend tapi walaupun mendatar kisahnya menarik untuk dikongsi. Apayang aku dapat dari novel ini adalah:

1)ilmu/istilah perubatan
2)doa amalan
3)redha dengan pemberian ALLAH s.w.t
4)Hukum-hakam

dan banyak lagi. Walaupun tajuknya kasih medik, ianya bukannya terlalu banyak menyentuh isu percintaan lelaki dengan perempuan, bagi aku mungkin kasih medik itu bermaksud kecintaan terhadap kerjaya sebagai seorang doktor. Aku suggest korang patut beli novel nie. Selamat membaca.
♥ hidup ini indah tapi tak seindah surga. ingatlah Allah sentiasa ada untuk kita. Amin :') ♥

1 comment:

nuru emildza bt jaya said...

komen jika da yang minat, aku baru je mula baca buku ni.. memang best gak.. =)